Sunday, July 1, 2018

Gigi terbenam



Gigi taring ini sudah bertahun kami tunggu untuk keluar tapi tetap tidak mahu keluar...

Oleh kerana dah tak sabar untuk menunggu kalahiran gigi taring ini..kami terpaksa melakukan czer untuk menyambut kelahiran gigi taring yang dah lama terbenam ini.

Kami berikan laluan utk gigi ini keluar dengan mudah...walaupun kelihatan bentuk gigi taring ini tidak berapa normal.


Jalan terakhir kemungkinan memerlukan penggantian gigi secara implant atau bridge lah nampaknya.


Biasanya kalau nak tahu ada gigi terbenam ke tak, kena ambik xray dulu. Contohnya macam xray kat bawah ni:

                                                                       source: google
Jom datang check up dulu!

Klinik Pergigian Syarifah Geliga,Kemaman - wasap.my/60199554161
Klinik Pergigian Syarifah Dungun,Paka - wasap.my/60199704161
Klinik Pergigian Syarifah Kuantan,Indera Mahkota8 - wasap.my/60197794161
Klinik Pergigian Syarifah Kuantan,Teluk Sisik - wasap.my/60199814913

Sunday, June 24, 2018

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

"Doktor,gigi saya sakit lepas cabut" doc cabut tak habis!!! Saya dah pergi kat klinik lain dan doc tu cakap ada tertinggal akar gigi dan klinik yang awak pergi doktor dia tak bagus dan doktor tu tak pandai...
Saya nak saman doktor !! Ini yang diucapkan pesakit kami di corong telifon.
.
Ini cerita betul dari klinik kami...pesakit kami datang utk cabutan 2 gigi sebelum ni dah banyak cabut sebelumnyaa okey...dua gigi yang terbaru cabut ni ,pesakit ini call dan marah-marah...katanya dia dah pergi ke klinik lain dan doktor tersebut telah bercakap sesuatu yang tak pasti..hanya tengok tampa mengambil xray menuduh klinik kami mencabut gigi dan tertinggal akar didalamnya.. paling teruk mengapi2 kan...
.
ADUH..sayang2 semua...sedih,bila sakit datang jumpa kami...kami buat sehabis baik...jika kami tak pasti kami refer...jika cabutan susah..akar patah kami pasti beritahu pesakit...tiada istilah menipu disini.
.
Kami pujuk pesakit berkenan utk datang supaya dapat kami memeriksa dan mengambil xray..katanya tak mahu bayar..silap doktor...
.
Bila di ambil xray rupa2nya tiada akar...cuma maknan banyak terkumpul di dalam socket gigi yang dicabut..tidak bersih ...2 gigi yang dicabut. ..satunya okey hanya satu sahaja yang terjadi infected socket...atau juga dikenali sebagai dry soket.
Pernahkah anda mengalami situasi di atas?
.
Saya cuci dan bersih,masukkan ubat antibiotik...kita mengalah tak bermasuk kita kalah..malu pesakit berkenaan kerana tak sabar tak perlu marah2...saya cakap puan perlu makan antibiotik untuk baik..boleh beli dimana2 klinik gigi atau farmasi.
.
Tak apalah,terima kasihlah...rupa2nya ada diantara faktor2 dibawah pesakit ini telah lakukan..
Cuba tengok dan ambik tahu apa faktor penyebab DRY SOCKET ATAU INFECTED SOCKET terjadi .
1-Merokok
Anda dilarang sama sekali untuk merokok. Sekiranya anda seorang perokok, anda tidak boleh merokok selama 24 jam. Haba panas dan bahan kimia dari rokok akan menyebabkan gusi anda tidak dapat sembuh dengan baik.
2- Berkumur
Selepas cabutan,anda tidak boleh berkumur. Ludah sahaja darah dan air liur sekiranya anda merasa tidak selesa. Terlalu banyak berkumur dikhuatiri akan menyebabkan darah beku yang akan membentuk gusi tidak akan terbentuk,seterusnya mengganggu proses penyembuhan.Tiada darah beku bermakna makan akan mudah masuk kedalam socket gigi.
3- Cara makan.
Anda boleh makan,tetapi anda tidak boleh menggunakan kawasan cabutan sehingga gusi tertutup.
Kegagalan mematuhi tiga arahan utama ini akan menyebabkan gusi tidak sembuh atau lambat sembuh. Malah ruang yang kosong ini akan dimasuki oleh bendasing seperti makanan,tulang dan bakteria.
Bendasing ini akan menyebabkan gusi lambat atau tidak sembuh,malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan jangkitan.
Rujukan:i
Gambar 1-xray yang menunjukkan jangkitan poket gigi.(bulatan merah)gigi dan akar gigi tiada.
Gambar 2- bendasing yang dikeluarkan dari SOKET GIGI-makanan yang reput dan berbau busuk!!!ubat dan bahan2 untuk membersih socket gigi.


Sunday, June 17, 2018

CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT GIGI GERAHAM BONGSU ]
Doc boleh tak beritahu saya cara nak hilangkan sakit gigi geraham bongsu saya ni ?? Dah lebih 5 tahun saya tahan sakit ni...rasa dah tak mampu dah nak tahan...Tolong lah doc... rayu salmah ( bukan nama sebenar )
.
Ermmm okey jap ya saya perlu periksa dahulu tengok keadaan gigi awak kedudukan akar dan kepala gigi tu macam mana..
.
Doktor mengambil peralatan untuk memeriksa kedalam mulut Salmah dan memintanya untuk duduk di atas kerusi pergigian..
.
"Keadaan kepala gigi ni dah berlubang teruk,langsung tak nampak rupa gigi dah ni...tapi saya rasa masih ada lagi gigi didalam ni.Saya rasa pasti lama awak biarkan keadaan ini mengangu hidup awak kan..??"
.
Ya doktor, gigi ni dah mengHantui hidup saya ..huhuhu semua orang saya rasa nak marah kalau dia buat hal...sampaikan suami saya pun saya boleh tinggikan suara bila rasa berdenyut-denyut sampai ke kepala.." kata Salmah dalam nada kesal.
.
Paling saya tak dapat lupa bila datang rasa sakit waktu saya mengandung...rasa sakit dia tu..sampai perut saya pun sakit rasa macam nak bersalin...bila saya pergi ke klinik gigi semua doktor cakap tak boleh buat apa sebab dah dekat tarikh bersalin jadi bahaya untuk membuang gigi tu secara pembedahan waktu sakit dan ditambah lagi dah dekat dah nak bersalin.
.
Okey ya dokter perlu ambik Xray dulu tengok keadaan dalam dia yang dengan mata kasar ni tak nampak..saya nak tengok akar dia besar ke kecik...lurus atau bengkok dan yang paling penting kita nak tengok dekat tak dengan saraf.Lepas dah ambik nanti saya beritahu cara yang mudah untuk hilangkan rasa sakit gigi geraham bongsu ni..
.
[ SELEPAS XRAY DI AMBIK ]
Cuba tengok xray ni ..lubang dah berjangkit dekat gigi sebelah dah..jadi rosak 2 gigi dah ni.
Lama sangat biarkan kepala dia dah hancur tapi tengok akar dia besar dan dah sentuh dengan saraf dah.
Bila.akar dia dah tekan saraf memang boleh menyebabkan rasa sakit seluruh rahang bawah tambah lagi ada jangkitan kuman.
Jom lah saya cakap cara mudah nak hilangkan rasa sakit ni...awak buang lah gigi ni...baru hidup awak aman.Dah ada xray ni mudah untuk doktor buang gigi ni.
Ada pakcik tu umur dah 60 pun datang buang gigi geraham bongsu sbb dah lama sakit dok tahan tak hilang-hilang jugak sampai ke tua.
Lagi lama gigi tu di biarkan lagi susah...so cara mudah nak hilangkan sakit gigi tu...kena hilangkan gigi tu...selagi gigi tu ada selagi tu lah ia akan sakit tak kira masa...
Baiklah doc ,saya dah pasrah dah buat lah doc dah lama sangat dah dari tak ada anak sampai anak saya dah besar dah sakit ni tak hilang jugak.

Sunday, June 10, 2018

SEBELUM DAN SELEPAS BRACES

#DONE SEBELUM DAN SELEPAS ]
Inilah dia en Amir, beliau bersetuju untuk berkongsi gambar yang di ambilnya sebelum rawatan.
.
Makin hensem kan ??? Banyak perbezaan jika satu gigi kita hilang dan tiada.🤔
.
Paling ketara adalah rahang atas kecut akibat gigi yang tidak tumbuh.😑
.
Tuan Amir ni masih single tau..sekarang nampak makin manis dan hensem tapi sayang bulan 5 ni dah nak kawin yaa..😁😘🤣😅 melepas laah ya
.
Tuan Amir seorang yang banyak ilmu pengetahuan,banyak membaca di internet,banyak bertanya,seorang yang ceria dan positif.
.
Di doakan Tuan Amir akan menjadi semakin berkeyakinan dengan imej baru , dinaikkan pangkat dan dapat melayari alam rumah tangga dengan bahagia ke akhir hayat.Amin


=====================
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH
1.GELIGA KEMAMAN
2.TELUK SISIK KUANTAN
3.PAKA DUNGUN
4.INDERA MAHKOTA8
5.BALOK KUANTAN
6.KERTEH KEMAMAN

Saturday, June 2, 2018

Takut doktor gigi


Takut sangat ke jumpa Dr gigi nih? Dr gigi makan orang ke? Menakutkan macam movie The Dentist tu ke?

Eh eh mana ada
Dr gigi sekarang baik-baik tau. Yang penting anda kena bagitahu Dr gigi yang anda ni takut saaangaattt dengan Dr gigi.

Sebenarnya anda bukan takut kat Dr tu kan?
Anda takut bunyi mesin krekk krekk
Anda takut tengok jarum
Anda takut tengok darah
Anda takut SAKIT!

Bagitahu Dr apa yang anda takut.
Nanti Dr akan cuba tenangkan anda supaya anda tak takut lagi
Yang penting, trust your Dr =)

#klinikgigisyarifah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...