Tuesday, January 24, 2012

Plaque

What is plaque?


 
It soft, sticky film containing bacteria, constantly forming on your teeth, that can lead to tooth decay and gum disease.

Prevent plaque . Love your gums and teeth. Have your dental check up today and every six months.

Wednesday, January 18, 2012

Hukum Memakai Braces

Berikut adalah jawapan yang disiarkan dari Harian Metro berkenaan hukum memekai pendakap gigi atau braces.

Soalan :

APAKAH hukum menggunakan pendakap gigi dalam Islam? Adakah ia haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT daripada keadaan gigi yang asal bertukar kepada lebih teratur?

Jawapan :


Hukum memakai pendakap gigi adalah harus kerana ia tidak dikategori sebagai mengubah ciptaan Allah.
Maksud hadis yang melarang ialah tabiat mengasah gigi di kalangan wanita tua dalam bangsa Arab supaya mereka kelihatan muda untuk menarik lelaki mendampingi mereka bagi tujuan melakukan hubungan tidak sah.

Memakai pendakap gigi dengan tujuan memperbetulkan keadaan gigi bukan saja boleh mengembalikan keyakinan seseorang, bahkan membuat pertuturan lebih baik untuk berkomunikasi dan membaca al-Quran.

Tuesday, January 17, 2012

Proses Root Canal Treatment (Rawatan Akar)

Dalam entri sebelumnya, telah diterangkan apakah Root Canal Treatment dan kenapa ia perlu dijalankan. Kali ini, saya akan menerangkan proses semasa rawatan akar dijalankan.

1. Rubber Dam

  • Sebaik sahaja gigi diberikan ubat bius, 'rubber dam' digunakan untuk mengasingkan gigi.
  • Ia akan menghalang pesakit daripada tersedut atau tertelan alatan kecil semasa rawatan.
  • Namun jika pesakit tidak selesa dengan penggunaan rubber dam, iana tidak akan diletakkan di bahagian mulut, dan rawatan tetap dapat dijalankan.

2.  Mewujudkan rongga gigi.
  •  Sebuah lubang akan dibentuk ke dalam gigi.
  • Semu tisu pulpa yang berpenyakit akan dibuang menggunakan fail.
  • Selepas rawatan ini dijalankan, pesakit tidak akan merasa sakit gigi lagi.

3. Pembersihan dan Pembentukan saluran akar gigi.

  • Setelah kanal gigi dibersihkan, dan kuman telah dibasmi, mereka akan dipenuhi dengan bahan getah.
  • Bahan ini akan memenuhi terusan dari hujung akar bagi mencegah jangkitan gigi.

 Kesan RCT anda sempurna :
  • Ia menbuang bakteria yang wujud dalam gigi
  • Membuang tisu saraf yang tidak sihat yang hadir di dalam gigi di mana ia menjadi sumber makanan bakteria yang wujud di dalam gigi.
  • Ia mengisi dan menyekat di ruang saraf di dalam gigi  supaya secara fizikalnya tiada ruang bagi bakteria boleh hidup atau melawan tahap daya imunisasi badan anda.
Secara keseluruhannya, RCT perlu dijalankan jika anda mempunyai permasalahan gigi sebelum ianya memberikan kesan yang lebih teruk kepada kesihatan gigi anda.

Monday, January 9, 2012

Info Ringkas Implant Gigi


Implant gigi ialah sejenis rawatan di mana akar gigi tiruan yang ditanam ke dalam rahang. Proses penanaman dilakukan melalui mekanisme pembedahan minor, iaitu dengan cara membuka gusi dan kemudian membuat lubang di bahagian tulang dengan ukuran antara 3-4 milimeter.Implant gigi dibuat pada bahagian gigi yang sudah dicabut. 


Dental gigi atau gigi palsu yang akan ditanam berbentuk silinder dengan diameter 3-4 milimeter dengan panjang antara 10-13 milimeter. Jadi yang ditanam itu akarnya, kemudian ada baut yang menyambung antara implant yang ditanam di dalam dan yang keluar di bahagian rongga mulut. Gigi ini sifatnya statik dan tidak akan tumbuh.



Dental implant ini berfungsi bagi menggantikan gigi yang telah tercabut / dicabut atau gigi berlubang yang telah mati akar. Pemasangannya tidak memerlukan waktu yang lama. Mekanisme pemasangan gigi atau penanaman dental gigi ini hampir menyerupai tempoh cabutan gigi, iaitu dilakukan dengan bius lokal dan hanya memerlukan waktu kurang lebih 30 minit.


Kelebihan implant ini dibandingkan dengan gigi palsu pada umumnya, ialan kerana bentuk serta fungsinya amat menyamai gigi aslinya. 


Bahan implant dibuat dari titanium, atau logam yang bersifat bioinner yang di mana ketika bahan ini dimasukkan ke dalam tulang, badan tidak akan menganggapnya sebagai bahan asing. Jadi, tidak akan ada reaksi penolakan. 

Gigi yang ditanam dapat bertahan selama 10 -15 tahun, namun sekiranya kebersihan gigi sentiasa dijaga, gigi tersebut dapat bertahan buat selama-lamanya seperti gigi kekal.

Kunjungi Klinik Pergigian Syarifah di Kuatan atau Kemaman untuk mendapatakan nasihat dan rawatan berkaitan Implant Gigi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...