Monday, April 16, 2012

Type Of Braces ( Jenis Pendakap Gigi)

Klinik Pergigian Syarifah menyediakan pelbagai jenis rawatan braces khas untuk pelanggan kami. Jenis braces adalah bergantung kepada masalah gigi pesakit dan kemampuan dari segi kos. Braces yang ditawarkan di Klinik Pergigian Syarifah adalah yang terbaik dan rata-rata mereka yang telah memakai braces di klinik kami amat berpuas hati dengan hasilnya.


1. Metal Braces



Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan oleh pelanggan di Klinik Pergigian Syarifah. Kami menggunakan bracket braces dari jenis lotus atau 3M yang menjamin keselesaan anda dan paling penting menjamin keberkesanan rawatan agar gigi dapat diatur dengan lebih cantik. Jenis braces ini adalah amat paling selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yang diletakkan atas pendakap mereka. Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces. Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan.



2. Clear Ceramic Braces

Pendakap gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang kelihatan pada gigi berbanding metal braces. Ia kadang-kadang seperti si pemakai tidak memakai braces.Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik. Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces. Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda.


3. Self Ligating Brackets


Perkembangan terkini dalam orthdontics adalah self ligating brackets di mana bracket ini dapat berfungsi tanpa gelang getah elastic (rubber band). Namun, rubber band masih boleh diletakkan atas kehendak pesakit.Melalui kombinasi dengan wayar berteknologi tinggi, braces ini menggunakan daya yang lebih lembut ke atas gigi selain tempoh rawatan yang lebih pendek masa serta kesan yang lebih memberansangkan. Hasilnya adalah senyuman yang indah dan estetika muka yang lebih menarik terbentuk. Terdapat banyak jenis boleh didapati di pasaran seperti  Lotus bracket dan 3M bracket seperti yang digunakan oleh Klinik Pergigian Syarifah.
Dapatkan rawatan pergigian anda di Klinik Pergigian Syarifah yang berdekatan di Kuantan atau Kemaman.

12 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal pendakap gigi… sharing is caring… :) - Kaedah Memasang Pendakap Gigi

bluejackpot said...

salam Dr ,nak ty ...Dr tahu ade x klinik yg offer bt braces kt area kuala terengganu ??? dah lama survey tp x jumpa ,,nama jea kuala trg nie bandaraya tp klinik bt braces satu pon xde ...hope KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH dpt buka branch kt kuala terengganu ,sy konfirm mmg akan dpt sambutan sampai x menang tangan .. please reply me soon ..

bluejackpot said...

salam Dr ,nak ty ...Dr tahu ade x klinik yg offer bt braces kt area kuala terengganu ??? dah lama survey tp x jumpa ,,nama jea kuala trg nie bandaraya tp klinik bt braces satu pon xde ...hope KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH dpt buka branch kt kuala terengganu ,sy konfirm mmg akan dpt sambutan sampai x menang tangan .. please reply me soon ..

Anonymous said...

Klinik AZie kat jalan hiliran masjid..
Sy pun baru terbaca yg kat situ ada perkhidmatan pendakap gigi..

bluejackpot said...

Betul ke mmg ade kt sane???brpe k???plis inform me ....

Anonymous said...

Slm.Dr..mcm mane procedure ke arah pemakaian braces nie?brp kali appointment prlu dibuat till smuanye selesai?and brp kosnye?
Kalu kt kuantn,area mane yer?tq...

chua said...

Salam dr,
sya nk tnye klinik dr ad wat tok pendakap gigi lutsinar x??
Klaw ad bley sy twu brpe kos nyer 'n' bgaimna ia digunakn...??Adakh ianya skit??

.. ChiYoKo Hana .. said...

Salam Dr . Sy nk tnye , sy ada mslh gigi yg x tratur di bwh dan ada 1 gigi taring yg agk ke dlm pd gigi atas . Klau nk amik gambar dn senyum , msti nmpk mcm x de gigi kat bhgian gigi taring tu , sbb dia agk ke blkang . Jdi apa rawatan yg blh sy lakukan ? klau gne braces boleh ke untuk kedepankan gigi tu sme mcm gigi2 yg lain ? sy harap Dr dpt mmbntu ..

Anonymous said...

doktor, saya nak tnya.. sy mngalami msalah pada gigi atasa shj.. jadi perlukah sy memasang atas dan bawah? berapa kosnya? bgaimana pembayaran dibyar? adakah treatment by treatment atau terus mmbyr 3 ribu sumthing?

Anonymous said...

Dr saye nak tanya , saya mengalami sakit gigi geraham sebelah kiri hujung sekali. Saya tengok dekat cermin, Ada gusi tutup sikit gigi tu. Untuk menghilangkan rasa sakit, saya letakkan ubat gigi lepas tu kumur kumur. Apa yg saya harus buat doktor??

Anonymous said...

salam kalau saya nak pakai saja2 without any problem bolehke ? kalau boleh agak2 berapa ye

Anonymous said...

Salam dik. Bestnye kau xde problem gigi tapi ade duit nk buat braces. Hakak nii gigi tak teratur kadang tu nak cakap pun segan, tapi tak mampu nk pakai braces :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...