Friday, March 31, 2017

PROSEDUR SEBELUM MEMAKAI BRACES

1. WALK IN

Doktor akan bertanyakan maklumat pesakit dan tujuan memakai braces. Doktorr juga akan  memeriksa kedudukan gigi dan rahang serta memberi rawatan alternatif jika ada.

Jika pesakit bersetuju, Doktorr akan mengambil acuan gigi serta xray sebagai rekod. Anda juga boleh memilih jenis braces yang bersesuaian dan atas nasihat doktor.

Kos braces juga akan ditentukan selepas doktor memeriksa gigi anda.

2. CONSULTATION
-jika perlu

3.PRE-TREATMENT
-scaling/tampalan/ cabutan jika perlu

4. FIRST APPOINTMENT
-pemasangan braces. Anda perlu mengikuti langkah-langkah penjagaan gigi semasa memakai braces untuk mengelakkan gigi dari cepat rosak atau mengalami masalah gusi.

5.MONTHLY REVIEW
 -setiap 4-8 minggu, doktor akan memeriksa kedudukan gigi serta memeriksa kebersihan gigi anda. Gigi perlu dipastikan bersih setiap kali review

6.DEBOND & RETAINER
-pembuangan braces & pemakaian retainer.
Anda juga boleh memilih jenis retainer yang diinginkan. 

Wednesday, March 15, 2017

3 tips untuk gigi kekal putih selepas whitening

1. Elakkan makan makanan mengandungi stain dan berwarna seperti kopi, teh, air gas, sos, kicap, kari dll dalam masa 2 minggu selepas whitening. KURANGKAN mengambil makanan ini selama yang mungkin untuk mengelakkan gigi dari cepat kuning

2. Jika teringin sangat, boleh minum menggunakan straw!

3. BERHENTI MEROKOK =)

Jom putih!

PROMOSI PEMUTIHAN GIGI SEMPENA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah dah start esok kan? Bagi yang bakal menjadi ratu sehari, bridesmaid, mertua, penyambut tetamu dan terlibat secara langsung semasa majlis perkahwinan nanti, ayuh dapatkan senyuman baru melalui pemutihan gigi! PROMOSI berlangsung sehingga akhir cuti sekolah je tau.Hubungi mana-mana cawangan klinik kami berdekatan untuk membuat temujanji:

 -Kuantan -TELUK SISIK (0199814913)  dan INDERA MAHKOTA 8(0197794161)

-Kemaman-Geliga Kemaman.(0199554161)

-Dungun-Paka(0199704161)




Saturday, March 4, 2017

Sakit ke cabut gigi?

Cabut gigi tidaklah sakit jika anda tidak mencabut gigi semasa gigi tersebut sakit dalam 1-3 hari sebelum cabutan. Jika gigi tersebut tak sakit, biasanya selepas bius, bahagian gusi, tisu mulut dan gigi akan terasa kebas.

TETAPI

jika gigi tersebut sakit dalam masa terdekat, bahagian gusi, tisu mulut akan terasa kebas tetapi GIGI TIDAK KEBAS! Sebab itu ada yang kata cabut gigi tu sakit!

 Tapi ramai yang tak percaya bila doktor cakap macam ni. Bila doktor dah bius, masa nak cabut gigi rasa sakit tak tertahan.

Nasihat kami, elakkan cabut gigi semasa sakit =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...