Dalam entri sebelumnya, telah diterangkan apakah Root Canal Treatment dan kenapa ia perlu dijalankan. Kali ini, saya akan menerangkan proses semasa rawatan akar dijalankan. 1. Rubber Dam Sebaik sahaja gigi diberikan ubat bius, 'rubber dam' digunakan untuk mengasingkan gigi. Ia akan menghalang pesakit daripada tersedut atau tertelan alatan kecil semasa rawatan. Namun jika pesakit tidak selesa dengan penggunaan rubber dam, iana tidak akan diletakkan di bahagian mulut, dan rawatan tetap dapat dijalankan. 2. Mewujudkan rongga gigi. Sebuah lubang akan dibentuk ke dalam gigi. Semu tisu pulpa yang berpenyakit akan dibuang menggunakan fail. Selepas rawatan ini dijalankan, pesakit tidak akan merasa sakit gigi lagi. 3. Pembersihan dan Pembentukan saluran akar gigi. Setelah kanal gigi dibersihkan, dan kuman telah dibasmi, mereka akan dipenuhi dengan bahan getah. Bahan ini akan memenuhi terusan dari hujung akar bagi mencegah jangkitan gigi. K...