List of Treatments

BASIC TREATMENT (RAWATAN ASAS)

1. Scaling (Pembersihan Gigi)

  • Definisi: Proses membuang karang gigi (plak dan kalkulus) di sekitar gigi dan gusi.

  • Fungsi: Mencegah penyakit gusi, gusi berdarah, dan nafas berbau.
  • Sesuai untuk: Semua pesakit, terutama mereka yang tak pernah cuci gigi lebih 6 bulan.

2. Whitening (Pemutihan Gigi)

  • Definisi: Rawatan untuk mencerahkan warna gigi dengan bahan pemutih khas.

  • Fungsi: Estetik – gigi lebih cerah dan senyuman lebih yakin.

  • Sesuai untuk: Pesakit yang gigi kuning akibat kopi, teh, merokok, atau penuaan.

3. Root Canal Treatment (Rawatan Salur Akar)

  • Definisi: Prosedur untuk merawat jangkitan dalam pulpa gigi.

  • Fungsi: Menyelamatkan gigi daripada perlu dicabut.

  • Sesuai untuk: Gigi yang sakit berdenyut, gigi mati, atau bernanah.

4. Tooth Removal (Cabutan Gigi)

  • Definisi: Mencabut gigi yang rosak teruk atau tak boleh diselamatkan.

  • Fungsi: Elak penyebaran jangkitan, kurangkan kesakitan.

  • Sesuai untuk: Gigi rosak, goyang, patah, atau gigi bongsu bermasalah.


5. Dental Fillings (Tampalan Gigi)

  • Definisi: Menampal gigi berlubang dengan bahan khas seperti komposit.

  • Fungsi: Tutup lubang dan elak kerosakan lanjut.

  • Sesuai untuk: Gigi berlubang (karies).


6. Pulpectomy Treatment

  • Definisi: Versi root canal untuk gigi susu kanak-kanak.

  • Fungsi: Membuang pulpa yang dijangkiti tanpa cabut gigi.

  • Sesuai untuk: Kanak-kanak dengan gigi susu yang sakit.


7. Laser Treatment (Rawatan Gusi Laser)

  • Definisi: Penggunaan laser untuk rawatan gusi seperti gingivitis atau periodontitis.

  • Fungsi: Kurangkan bengkak, bleeding, dan lebih cepat sembuh.

  • Sesuai untuk: Pesakit gusi bengkak, mudah berdarah.


8. Wisdom Tooth (Pembedahan Gigi Bongsu)

  • Definisi: Minor oral surgery untuk keluarkan gigi bongsu terbenam.

  • Fungsi: Elak sakit berulang, bengkak atau gigi hadapan bergerak.

  • Sesuai untuk: Pesakit dengan gigi bongsu tumbuh senget atau separa tumbuh.


9. Tongue Tie (Frenectomy Lidah)

  • Definisi: Potong tisu bawah lidah yang pendek untuk bebaskan pergerakan lidah.

  • Fungsi: Baiki masalah sebutan, susuan bayi, atau makanan tersekat.

  • Sesuai untuk: Bayi, kanak-kanak, atau dewasa dengan pergerakan lidah terhad.


REPLACEMENT (PENGGANTIAN GIGI)

1. Dental Implant

  • Definisi: Implan titanium ditanam dalam tulang rahang untuk ganti akar gigi.

  • Fungsi: Gigi kekal, stabil, macam gigi semula jadi.

  • Sesuai untuk: Gigi hilang satu atau lebih.

2. Dental Bridge

  • Definisi: Gigi tiruan disambung pada gigi bersebelahan untuk menutup ruang gigi hilang.

  • Fungsi: Kekalkan fungsi kunyahan & estetik.

  • Sesuai untuk: Gigi hilang di antara dua gigi sihat.

3. Denture (Gigi Palsu)

  • Definisi: Gigi palsu boleh tanggal untuk ganti satu atau lebih gigi hilang.

  • Fungsi: Bantu kunyah, cakap & elak gigi bergerak.

  • Sesuai untuk: Pesakit banyak gigi hilang / budget friendly.

4. Crown (Mahkota Gigi)

  • Definisi: Sarung gigi custom yang tutup keseluruhan gigi asal.

  • Fungsi: Lindungi gigi rapuh, rosak atau rawatan akar.

  • Sesuai untuk: Gigi retak, besar tampalan, selepas root canal.

5. Smile Makeover

  • Definisi: Gabungan rawatan estetik (veneer, whitening, aligner) untuk senyuman ideal.

  • Fungsi: Transformasi senyuman secara keseluruhan.

  • Sesuai untuk: Pesakit mahu senyuman lebih simetri, putih dan tersusun.


AESTHETIC 

1. Braces (Pendakap Gigi)

  • Definisi: Rawatan ortodontik untuk betulkan susunan gigi.

  • Fungsi: Luruskan gigi & baiki gigitan.

  • Sesuai untuk: Gigi berlapis, jongang, jarang atau crossbite.

2. Aligners (Pendakap Gigi Lutsinar)

  • Definisi: Set aligner custom yang dipakai bertukar setiap 2 minggu.

  • Fungsi: Luruskan gigi tanpa besi.

  • Sesuai untuk: Pesakit dewasa/remaja yang nak rawatan estetik & removable.

3. Veneers

  • Definisi: Lapisan nipis porselin atau resin tampal di depan gigi.

  • Fungsi: Tutup cela, warna tak sekata, gigi senget ringan.

  • Sesuai untuk: Pesakit nak senyuman lebih cantik dengan cepat.


X-RAY & DIGITAL DIAGNOSTIC

1. 3D Dental X-Ray (CBCT)

  • Nama penuh: Cone Beam Computed Tomography

  • Fungsi: Lihat struktur tulang & gigi dalam 3D.

  • Kegunaan: Implan, gigi bongsu terbenam, kes orto & pembedahan.

2. PA X-Ray (Periapical)

  • Definisi: X-ray kecil satu atau dua gigi.

  • Fungsi: Lihat akar & sekitar gigi.

  • Kegunaan: Sakit gigi, root canal, tampalan dalam.

3. OPG (Orthopantomogram)

  • Definisi: X-ray panoramik seluruh mulut.

  • Fungsi: Nampak semua gigi, rahang atas & bawah.

  • Kegunaan: Kes orto, implan, gigi bongsu, gigi tersembunyi.

4. Lateral Ceph

  • Definisi: X-ray sisi tengkorak.

  • Fungsi: Analisis tengkorak & hubungan gigi/rahang.

  • Kegunaan: Kes braces (ortodontik), ketidakseimbangan rahang.

5. Intraoral Scanning

  • Definisi: Imbasan digital dalam mulut guna kamera khas.

  • Fungsi: Ambil rekod gigi tanpa acuan tradisional.

  • Kegunaan: Kes aligner, crown, bridge, dan smile design.


"Dental 1 Stop Centre with the Latest Technology."


Comments

Anonymous said…
assalamualaikum saya nak tanya berapa kos pembuangan graham bongsu ?
Yyy said…
Assalamualaikummm sis.. sy nk tya brapa kos keseluruhan pasang braces?☺

Popular Posts