Thursday, March 24, 2016

Rawatan fissure sealant untuk pelindungan gigi anak anda



                                Image from:  http://www.clontarfdentalpractice.ie/fissure-sealant/

Fissure sealant ialah rawatan pencegahan untuk melindungi permukaan gigi dari cepat rosak.

Gigi mempunyai permukaan atas yang berlekuk (fissure) dan mempunyai pit. Kawasan ini mempunyai risiko tinggi untuk mudah rosak disebabkan oleh struktur yang mudah terlekat makanan dan sukar dibersihkan jika tidak diberus dengan betul. Maka plak dan bakteria berkumpul serta membebaskan asid dan menyebabkan kerosakan gigi.

Indikasi:

  • Kanak-kanak yang sukar/malas memberus gigi
  • Rekod karies yang tinggi
  • Enamel defek
  • Pesakit yang memakai braces
  • Pit dan fissure yang dalam

Monday, March 21, 2016

GIGI GERAHAM BONGSU SENTIASA SAKIT

 
 
Mengapakah gigi geraham bongsu sentiasa sakit?

1. Kedudukan gigi geraham bongsu yang hujung menyebabkan anda sukar memberus gigi kerana sukar dicapai atau terlindung dengan pipi. Tambahan pula jika gusi menutupi gigi geraham tersebut tidak dapat dibersihkan, sisa makanan akan terperangkap di bawah gusi dan menyebabkan jangkitan kuman (Pericoronitis)

2. Kedudukan gigi yang senget juga menyebabkan sisa makanan terperangkap di antara gigi geraham tersebut dan gigi bersebelahan. Lama kelamaan, gigi akan menjadi berlubang pada kedua-dua gigi geraham.

Seeloknya, jika anda sukar untuk menjaga gigi tersebut, pembedahan membuang gigi geraham bongsu perlu dilakukan.

Hubungi kami untuk temujanji =)

Friday, March 18, 2016

GANTI GIGI HILANG


Mungkin ramai yang tak selesa memakai gigi palsu biasa yang keras, tapak lebar, susah utk membersihkan gigi dan gigi cepat berlubang.

Dan mungkin juga ramai yang tak tahu mereka boleh bertukar kepada bridge atau gigi palsu flexible. Bridge semestinya lebih selesa kerana tiada tapak dan senang dibersihkan!

 Segera datang ke klinik kami hari ini untuk mendapatkan penerangan & pemeriksaan lebih lanjut

1.TELUK SISIK-0199814913

2.GELIGA KEMAMAN-0199554161/ 098684161
3.INDERA MAHKOTA8-0197794161

Sunday, March 13, 2016

SAKIT SELEPAS CABUT GIGI

Sumber: DentalCare Matters
 
Kenapakan ada rasa sakit selepas cabut gigi?

Ia biasanya terjadi kepada pesakit yang berkumur-kumur selepas cabut gigi, dan darah tidak sempat membeku (blood clot) atau darah dalam soket hilang terlalu awal sebelum sempat membentuk gumpalan untuk menutupi ruang soket.

Jangkitan kuman mudah berlaku dan menyebabkan kawasan cabutan menjadi sakit. Tambahan pula, sekiranya terdapat sisa makanan terlekat dalam ruang soket serta mulut tidak digosok dengan bersih, jangkitan kuman lebih cepat berlaku.

Psst! (pesanan tak formal) : Sakit gigi lepas cabut ni bukan sebab salah doktor yang cabut tu ye tuan puan =) Ianya lebih kepada jangkitan kuman. So kalau boleh, lepas cabut jangan kumur-kumur. Makan makanan sejuk-sejuk je dulu untuk elakkan pendarahan berlebihan. Kalau rasa sakit, cepat-cepat jumpa doktor balik untuk cek keadaan kawasan cabutan =)

Friday, March 11, 2016

TIDAK MAHU MEMAKAI GIGI PALSU

Sebenarnya, agak sukar untuk  membiasakan diri dengan gigi palsu kerana tidak suka :

  • tapak gigi palsu yang lebar
  • susah untuk bercakap
  • gigi palsu longgar
  • sakit pada gusi dan tulang rahang
  • susah untuk membersihkan gigi
  • gigi cepat rosak


Sememangnya pemakaian gigi palsu mengambil masa untuk sesuai dan selesa, biasanya 2-3 bulan bergantung kepada pesakit. Akan tetapi, terdapat alternative lain selain gigi palsu, yang lebih selesa iaitu DENTAL BRIDGE. Ini adalah contoh kes di klinik kami:



Tetapi, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doctor terlebih dahulu kerana tidak semua sesuai untuk memakai bridge.

✔Klinik pergigian syarifah cawangan kemaman
Lot k 3110 Jalan Kuantan-Kemaman Taman Geliga Sakti 24000 Kemaman Terengganu-0199554161

✔Klinik pergigian syarifah cawangan teluk sisek
B-8010 Sri Kuantan Square Jalan Teluk Sisek 25200 Kuantan Pahang -0199814913

✔Klinik Pergigian syarifah cawangan indera mahkota 8
B-114 First Floor Lorong IM8/33 Indera Mahkota 8 26080 Kuantan Pahang -0197794162

Tuesday, March 8, 2016

MASALAH DALAM MENGUNYAH MAKANAN??

ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH DALAM MENGUNYAH MAKANAN??

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG KURANG LAWAS MEMBUANG AIR BESAR?
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI KEHILANGAN GIGI KEKAL LEBIH DARIPADA 1 BATANG??
ADAKAH SETIAPKALI MAKAN MAKANAN ANDA SERING TERSELIT DI CELAH GIGI??

TAHUKAH ANDA ....

Makanan yang dimakan yang tidak dikunyah dengan sempurna menyebabkan proses penghadaman didalam perut mengambil masa yang lama untuk di proses penyerapan zat dan nutisi mungkin tergangu akibat daripada pengunyahan yang kurang lengkap.

Makanan yang dimakan perlu digaul didalam mulut kerana didalam mulut mempunyai beberapa enzim yang penting sebelum proses penguraian selanjutnya didalam perut.

"Tahukah anda kita disarankan untuk mengunyah makanan sebanyak 40kali sebelum menelannya"

GIGI BELAKANG AMAT PENTING DALAM PROSES MENGUNYAH.
TUGAS MENGUNYAH TIDAK BOLEH DIAMBIK ALIH OLEH GIGI HADAPAN.

JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERKAITAN GIGI ANDA BOLEH BERJUMPA DENGAN KAMI.

KLINIK PEEGIGIAN SYARIFAH GELIGA KEMAMAN.
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH INDERA MAHKOTA8
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH TELUK SISIK KUANTAN.
KAMI sedia membantu anda...

KGS team group

Sunday, March 6, 2016

PEMERIKSAAN GIGI PERCUMA MAC 2016



Anda boleh bertanya tentang masalah gigi yang sakit, gigi yang ingin dirawat supaya cantik berseri dan apa sahaja semasa pemeriksaan! Kami juga akan memberitahu pelan rawatan yang sesuai untuk gigi anda!
 
SEGERA DATANG KE MANA-MANA CAWANGAN KLINIK KAMI YANG BERHAMPIRAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...