Tuesday, November 26, 2013

Masalah gigitan terbuka



Gigitan terbuka dapat dikenalpasti apabila anda mengigit dan gigi belakang atas dan bawah bertemu (occlude) , tetapi gigi hadapan atas dan bawah berada dalam keadaan terbuka. 
Contoh:



Ini adalah salah satu masalah susunan gigi (oklusi) yang menyebabkan anda hanya mengunyah dengan gigi belakang. Gigitan terbuka ini biasanya disebabkan oleh:
1.       Tabiat menghisap jari semasa kecil
2. Tongue thrust (susulan dari tabiat menghisap jari)
3. Mouth breathing
4. Saiz lidah yang besar (macroglossia)
5. Skeletal open bite (biasanya keturunan)
 
Maka jika anda mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan, mengalami masalah pertuturan serta kurang keyakinan diri disebabkan oleh gigitan terbuka, anda boleh mendapatkan rawatan ortodontik (pemakaian braces). 

Sebelum dan selepas rawatan:


Friday, November 15, 2013

GIGI DEPAN ROSAK TERUK.

Ini adalah antara pesakit kami yang mengalami masalah gigi depan yang rosak teruk..

sangat mudah jika anda masih sayangkan gigi asli anda ini...anugerah dariNya yang perlu dijaga dan dirawat.


RAWATAN YANG DIJALANKAN

1.Rawatan akar RCT

2.Peletakan post utk menguatkan gigi.

3.Crown

RAWATAN AKAR GIGI 11
PELETAKAN POST KEDALAM AKAR GIGI
GOLD POST
TEMPORARY CROWN
CROWN SEMENTARA

CROWN ADA WING
CROWN
CROWN
SIAP...PASANG CROWN

Monday, November 11, 2013

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB






Berapa lamakah anda perlu memaki retainer setelah memakai braces?Ramai yang bertanyakan soalan ini dan masih kabur sama ada memakai retainer ini amat penting atau sekadar suka-suka.JAwapannya amat mudah.Anda perlu bertanyakan soalan ini pada diri anda.






..ADAKAH ANDA MAHUKAN RESULT INI KEKAL SEPERTI INI?DAn BERAPA LAMA ANDA MAHU IA KEKAL SEPERTI ITU? SELAMA LAMANYA ATAU SATU DUA TAHUN SAHAJA?

Retainer ini adalah satu alat yang doktor berikan yang dapat menjamin gigi anda tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi.Ini kerana ia mempunyai acuan gigi dan lekok-lekok mengikut lekuk gigi anda.Bahannya adalah rigid dan keras.

YA..JIKA ANDA MAHU GIGI ANDA KEKAL SAMPAI KE TUA SEPERTI INI ANDA WAJIB MEMAKAINYA SAMPAI KE TUA!!!
fix retiner

Bunyinya macam kejamkan?tetapi itulah hakikatnya.Berapa ramai dentist yang memakai braces 2 ke 3 kali akibat tidak memakai retainer.Mereka juga tidak terkecuali dari memakai retainer jika mahukan result itu kekal.Jika memerlukan pemakaian braces semula sudah tentunya  harga dan prosedur yang sama juga diperlukan.YA PERLU BAYARAN YANG SAMA, memasang bracket yang baru dan menggunakan wayer yang baru dan PERLU DATANG TEMUJANJI lagi setiap berapa bulan sekali selama 2 tahun.

ADAKAH ANDA PERNAH TERFIKIR SETELAH SESSSI PENGURUSAN BADAN dan anda telah ke hilangan 10kg berat badan(dan sudah tentunya juga anda kehilangan 2 ke 5ribu ringgit huhuhu untuk program slimming tersebut) anda tidak memerlukan apa-apa usaha untuk memastikan result tersebut kekal sampai bila-bila?.Adakah apa-apa alat yang diberikan untuk memastikan result ini terpelihara?



NAH!! ini RETAINER...
.SEtelah bersusah payah doktor gigi membaiki gigi anda kini terpulang kepada anda pula sama ada ingin mengekalkannya atau tidak???
Kami bekalkan anda dengan RETAINER jika anda mahu gigi anda kekal seperti itu sampai bila-bila terpulang kepada anda mahu menggunakannya atau tidak.

PEMUTIHAN GIGI MURAH






Pemutihan Gigi-Bleaching-

Bleaching adalah sebuah proses untuk menjadikan warna gigi lebih putih dari pada sebelumnya.Ia mampu membuat seseorang itu tampil lebih yakin pada diri sendiri dengan perubahan ini.







Ia adalah amat penting kepada orang yang selalu tampil sebagai public figure atau orang yang duduk di barisan depan contohnya kerani,jurubank,penjual insurance,artist serta banyak lagi.Warna gigi yang putih bersih memberi lebih keyakinan serta membuatkan anda mudah berinteraksi dengan pelanggan anda tanpa perlu risau gigi anda diperhatikan.Perubahan warna gigi yang kuning kepada lebih putih tidak ternilai harganya dengan keyakinan diri yang anda perolehi.
Anda bukan sahaja merasa yakin untuk bercakap dan bertemu dengan orang ramai malahan, orang ramai akan melihat anda lebih berketerampilan serta memberi gambaran yang anda seorang yang pembersih serta menjaga keterampilan serta bole dipercayai.

Proses pemutihan gigi atau bleaching,adalah proses yang dapat mengembalikan warna gigi menjadi lebih putih dari sebelumnya . Banyak faktor yang menyebabkan perubahan pada warna gigi antaranya adalah:-




  • MINUMAN BERWARNA : kopi, teh, coca-cola, dan lain-lain.
  • KEMALANGAN misalnya: gigi yang terhantuk dengan kuat,boleh menyebabkan saraf gigi mati,gigi yang mati menyebabkan warna gigi menjadi gelap. 
  • MEROKOK,:gigi yang terdedah kepada asap rokok secara terus menerus boleh mengakibatkan warna gigi berubah kepada kecoklatan.
  • ANTIBIOTIK ;ada sesetengah antibiotuk yang boleh mengakibatkan warna gigi boleh berubah menjadi lebih gelap.
  • UMUR, Jika tidak memiliki kesadaran akan pentingnya oral hygiene, maka semakin bertambah umur seseorang maka warna giginya cenderung menjadi lebih kuning.
  • RAWATAN AKAR(RCT)-Yang yang telah mati akan di buat RCT,gigi ini akan berubah warna dalam jangka waktu tertentu menjadi semakin gelap.
DI KliniK Pergigian Syarifah ada menawarkan pelbagai jenis cara pemutihan gigi yang murah serta ada yang berharga pertengahan dan berharga mahal bergantung kepada budget anda.


1.PEMUTIHAN GIGI DI KLINIK-In OFFICE WHITENING
Pemutihan  gigi di klinik pergigian syarifah akan menggunakan alat penyinaran, yang dapat memberi hasil efek pada jangka waktu yang singkat. Rawatan ini biasanya mengambil masa lebih kurang 1jam.Ia perlu di lakukan di klinik gigi dan perlu di awasi oleh staffnurse kami dan juga doktor gigi.

2.PEMUTIHAN GIGI DI RUMAH-Bleaching home care
 
Pemutihan gigi dirumah ini akan di lakukan sendiri oleh pesakit di rumah.Ia tidak memerlukan bantuan dari doktor gigi atau staffnurse kami.Klinik Pergigian Syarifah hanya akan  menyediakan bahan-bahan bagi pemutihan gigi dan staffnursse kami akan mengajar cara kepada pesakit cara menggunakannya agar pesakit boleh melakukannya sendiri di rumah.Kami akan mencatat warna gigi sebelum rawatan dan akan memantau perubahan warna gigi tersebut.Hasilnya boleh di lihat dalam masa 1 ke 2 minggu bergantung kepada pesakit.

## Antara kesan samping semasa pemutihan gigi adalah rasa ngilu pada gigi semasa pemutihan berlaku tetapi tidak semua orang akan berasa sedemikian ada yang tidak mengalaminya.Rasa ngilu ini akan hilang sejurus selesai rawatan atau mengambil masa 2 ke 3 hari

Wednesday, November 6, 2013

Masalah gigi berlapis



Masalah gigi berlapis

Gigi berlapis merupakan susunan gigi yang tidak sekata, tumbuh tidak mengikut kedudukan yang sepatutnya. Adalah menjadi suatu masalah jika gigi berlapis tidak di jaga dengan bersih.
Antara masalah yang boleh berlaku ialah:

1.       Kesukaran untuk membersihkan gigi dan boleh menyebabkan gigi menjadi cepat rosak
2.       Masalah dalam pertuturan, dan sebutan tidak betul
3.       Kurang keyakinan diri
4.       Masalah semasa makan, terutamanya jika gigitan terbuka, makanan tidak dapat dikunyah dengan betul dan mengakibatkan masalah penghadaman.
5.       Mudah terjadinya masalah gusi dan karang gigi akibat sukar membersihkan celah-celah gigi

Antara cara penjagaan yang boleh dilakukan untuk masalah gigi berlapis ialah:

1.       Menggunakan floss untuk membersihkan celah-celah gigi
2.       Membuat scaling 3 bulan sekali serta pemeriksaan rutin bagi mengesan kerosakan gigi awal

Rawatan yang diperlukan (bergantung kepada keadaan gigi pesakit dan kesesuaian) :

1.       Rawatan pemakaian braces/pendakap gigi
2.       Crown atau bridge bagi masalah minor (1-4) batang gigi yang berlapis di hadapan

Namun pesakit harus faham bahawa rawatan tersebut tidak semuanya dapat membetulkan gigi mengikut kemahuan individu kerana bergantung kepada paras tulang, kedudukan rahang dan gigi.

Monday, November 4, 2013

Kenapa perlu ganti gigi yang hilang?



Kenapa perlu ganti gigi yang hilang?



1.       Jika gigi bawah yang hilang, gigi atas yang berlawanan akan jatuh ke bawah, dan jika terlalu lama boleh menyentuh gusi bawah.  Masalah ini boleh menyebabkan:

-gigi atas berasa ngilu disebabkan akar terdedah
-gigitan semakin tak selesa 

Dan akhirnya gigi tersebut terpaksa dicabut.



2.       Jika gigi bersebelahan yang hilang, gigi tersebut akan bergerak ke ruang gigi yang hilang dan menyebabkan:

-        -  Terdapat ruang antara gigi
-        -  Makanan mudah terlekat di celah-celah gigi
-       -   Gigitan semakin tak selesa
-       -   Ggi bersebelahan mudah goyang
-       -  Gigi akan menjadi senget dan tumbang
-    - Dan akhirnya gigi tersebut terpaksa dicabut.

Maka adalah lebih baik jika gigi yang sakit tidak di cabut dan dirawat terlebih dahulu. Jika telah dicabut, anda sebaik-baiknya mengganti gigi yang hilang supaya masah seperti berikut tidak berlaku. Boleh rujuk artikel cara mengganti gigi yang hilang untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggantian gigi.

Friday, November 1, 2013

CARA UNTUK MENGHALANG GIGI BERLUBANG DAN MULUT BERBAU







                                
FLOSSING (MEM"FLOSS" )

   

 Apakah perasaan anda jika ada makanan yang melekat pada gigi anda?Tentu anda merasakan ia amat menyeksakan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengeluarkan makanan tersebut.Bagaimana pula jika ada makanan yang melekat pada gigi tetapi anda tidak menyedarinya???Adalah satu yang sangat teruk jika membiarkan makanan yang melekat pada gigi pada jangka masa yang lama .Ini adalah kerana makanan yang melekat ini menarik kuman(bakteria),bakteria ini menghasilkan asid.Dan asid ini menyebabkan  masalah kepada gigi dan gusi. 
          Iaitu gigi berlubang dan gusi berdarah



.Dengan memberus gigi sahaja ,tidak dapat menjamin makanan yang melekat diantara gigi boleh keluar.Tetapi dengan menggunakan floss dapat membantu masalah ini.Makanan yang melekat di celah gigi yang tidak dapat di keluarkan boleh di kelaurkan dengan langkah mudah ini.MEMFLOSS!!Inilah kenapa ramai dr gigi menyatakan memfloss baik untuk kesihatan mulut.

Tetapi sayangnya tidak ramai yang rajin untuk memFLOSS gigi mereka..ramai yang datang ke klinik saya mengadu makanan melekat pada celah gigi dan meminta doktor melakukan sesuatu.Doktor tidak perlu melakukan sesuatu jika makanan yng terselit di antara gigi tersebut belum mengakibatkan lubang.ANDA HANYA PERLU MENGGUNAKAN FLOSS UNTUK MENGELUARKAN MAKANAN TERSEBUT.Tetapi jika terlewat  makanan yang tersepit yang lama boleh mengakibatkan gigi berlubang dan doktor terpaksa menampal gigi tersebut.

Makanan yang melekat terlampau lama boleh mendatangkan bau yang kurang menyenagkan pada mulut anda.Jika anda dapat mengeluarkan makanan yang mereput tersebut sudah tentunya masalah bau mulut dapat di elakkan.


Oleh itu cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengelakkan gigi berlubang dan mulut berbau adalah dengan cara rajin-rajinlah memfloss gigi anda.Dr gigi anda juga melakukan floss gigi,Jadi jangan beri alasan yang anda malas untuk memfloss gigi anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...