Monday, November 11, 2013

PEMUTIHAN GIGI MURAH






Pemutihan Gigi-Bleaching-

Bleaching adalah sebuah proses untuk menjadikan warna gigi lebih putih dari pada sebelumnya.Ia mampu membuat seseorang itu tampil lebih yakin pada diri sendiri dengan perubahan ini.







Ia adalah amat penting kepada orang yang selalu tampil sebagai public figure atau orang yang duduk di barisan depan contohnya kerani,jurubank,penjual insurance,artist serta banyak lagi.Warna gigi yang putih bersih memberi lebih keyakinan serta membuatkan anda mudah berinteraksi dengan pelanggan anda tanpa perlu risau gigi anda diperhatikan.Perubahan warna gigi yang kuning kepada lebih putih tidak ternilai harganya dengan keyakinan diri yang anda perolehi.
Anda bukan sahaja merasa yakin untuk bercakap dan bertemu dengan orang ramai malahan, orang ramai akan melihat anda lebih berketerampilan serta memberi gambaran yang anda seorang yang pembersih serta menjaga keterampilan serta bole dipercayai.

Proses pemutihan gigi atau bleaching,adalah proses yang dapat mengembalikan warna gigi menjadi lebih putih dari sebelumnya . Banyak faktor yang menyebabkan perubahan pada warna gigi antaranya adalah:-




  • MINUMAN BERWARNA : kopi, teh, coca-cola, dan lain-lain.
  • KEMALANGAN misalnya: gigi yang terhantuk dengan kuat,boleh menyebabkan saraf gigi mati,gigi yang mati menyebabkan warna gigi menjadi gelap. 
  • MEROKOK,:gigi yang terdedah kepada asap rokok secara terus menerus boleh mengakibatkan warna gigi berubah kepada kecoklatan.
  • ANTIBIOTIK ;ada sesetengah antibiotuk yang boleh mengakibatkan warna gigi boleh berubah menjadi lebih gelap.
  • UMUR, Jika tidak memiliki kesadaran akan pentingnya oral hygiene, maka semakin bertambah umur seseorang maka warna giginya cenderung menjadi lebih kuning.
  • RAWATAN AKAR(RCT)-Yang yang telah mati akan di buat RCT,gigi ini akan berubah warna dalam jangka waktu tertentu menjadi semakin gelap.
DI KliniK Pergigian Syarifah ada menawarkan pelbagai jenis cara pemutihan gigi yang murah serta ada yang berharga pertengahan dan berharga mahal bergantung kepada budget anda.


1.PEMUTIHAN GIGI DI KLINIK-In OFFICE WHITENING
Pemutihan  gigi di klinik pergigian syarifah akan menggunakan alat penyinaran, yang dapat memberi hasil efek pada jangka waktu yang singkat. Rawatan ini biasanya mengambil masa lebih kurang 1jam.Ia perlu di lakukan di klinik gigi dan perlu di awasi oleh staffnurse kami dan juga doktor gigi.

2.PEMUTIHAN GIGI DI RUMAH-Bleaching home care
 
Pemutihan gigi dirumah ini akan di lakukan sendiri oleh pesakit di rumah.Ia tidak memerlukan bantuan dari doktor gigi atau staffnurse kami.Klinik Pergigian Syarifah hanya akan  menyediakan bahan-bahan bagi pemutihan gigi dan staffnursse kami akan mengajar cara kepada pesakit cara menggunakannya agar pesakit boleh melakukannya sendiri di rumah.Kami akan mencatat warna gigi sebelum rawatan dan akan memantau perubahan warna gigi tersebut.Hasilnya boleh di lihat dalam masa 1 ke 2 minggu bergantung kepada pesakit.

## Antara kesan samping semasa pemutihan gigi adalah rasa ngilu pada gigi semasa pemutihan berlaku tetapi tidak semua orang akan berasa sedemikian ada yang tidak mengalaminya.Rasa ngilu ini akan hilang sejurus selesai rawatan atau mengambil masa 2 ke 3 hari

2 comments:

Anonymous said...

Dr. Berapakah harga untuk bleaching? Dan ape beza bleaching dengan whitening?

Najihah Nurul said...

berapakah harga untuk bleaching ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...