Tuesday, July 28, 2015

RAWATAN PEMUTIHAN GIGI

Ini adalah pesakit kami yang telah mendapatkan rawatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Syarifah Kemaman dengan menggunakan cahaya laser...

Ramai yang bertanya keberkesanan rawatan pemutihan ini... Sebenarnya pemutihan gigi ini kesannya tidak sama bagi setiap individu...bergantung kepada jenis gigi dan genetic juga..

Memang ramai yang mendapatkan khidmat pemutihan gigi di klinik kami sama ada pemutihan yang dibuat dirumah atau di klinik...ada yang memdapat perubahan yang sangat ketara putih ada yang hanya berubah hanya sedikit...jika ini berlaku kami sarankan pesakit untuk meneruskan melakukan pemutihan gigi di rumah pula sampai mendapat warna yang dihajati...

Macam pemutihan muka jugalahankan...bukan hanya buat facial atau inject vitamin c satu kali dah boleh dapat kesan ...tetapi ada juga sesetengah kes memang terus nampak kesan...bergantung banyak faktor...

so kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bukan hanya muka yang putih... :) hehehe tetapi GIGI pun perlu putih juga boleh lah datang ke semua cawangan klinik pergigian syarifah di GELIGA KEMAMAN, TELUK SISIK KUANTAN dan INDERA MAHKOTA 8,KUANTAN.

OKEY...jika ada apa-apa pertanyaan boleh call kami di  019 955 4161

Wednesday, July 15, 2015

RAWATAN BAGI MIDLINE DIASTEMA (COSMETIC DENTAL TREATMENT)

  SAYA SERING MENERIMA EMAIL BERTANYA TENTANG PILIHAN RAWATAN BAGI MASALAH GIGI RENGGGANG DIHADAPAN INI.OLEH ITU SAYA TERANGKAN SERBA SEDIKIT RAWATAN YANG ADA ANTARANYA:


Di Klinik pergigian Syarifah kami akan mencadangkan beberapa cara rawatan seperti dibawah dan pilihan rawatan bergantung banyak faktor.Oleh sebab itu biasanya kami perlu melihat dan memeriksa kedalam mulut pesakit terlebih dahulu sebelum dapat mencadangkan rawatan yang terbaik untuk anda.

1) ORTHODONTIC TREATMENT (braces)
Rawatan ini biasanya memakan masa paling lama dan memakan belanja paling mahal.Ini kerana pesakit biasanya memerluka 6 ke setahun lebih masa unntuk mendapat result yang diigini.Gigi tepi akan digerakkan menutupi ruang yang ada.Setelah selesai rawatan bisanya pesakit perlu memakai retainer sepanjang hayat bagi mengekalkan keputusan yang telah dicapai.Retainer pakaibuang atau tetap boleh dipilih untuk mengelak daripada ruang tersebut terbuka kembali.
Kelebihan ini adalah gigi tidak diubah bentuk atau perlu dikecilkan atau dibesarkan manakala kekurangannya gap mungkin dapat terbentuk kembali andai kata tidak memakai retainer atau habit tidak dibendung.

2) VENEER


Veneer boleh berfungsi untuk membaiki imperfection contohnya chipped tooth, staining, gaps, cracks.Sedikit bahagian depan gigi akan diremove, kemudian material samaada composite atau ceramic digunakan untuk cover balik bahagian gigi yang dibuang tu.. Ia hanya melibatkan bahagian depan gigi sahaja(buccal),berbanding crown ia melibatkan depan dan belakang (sekeliling gigi)
-kelebihan:  cantik dan tidak melibatkan preparation yang banyak
-kekurangan: adalah kurang daya lekatan atau kemungkinan untuk tertanggal lebih tinggi berbanding crown.walaubagaimanapun jika tertanggal ,veneer ini boleh di cementkan semula.

Dua material veneer boleh dipilih iaitu composit atau ceramic.Perbezaan antara composite dengan ceramic adalah:

#ceramic lagi mahal
#ceramic lagi ikut warna gigi sebab translucent ( natural tooth like appearance)
#lagi tahan lasak berbanding composite (life long selagi tak gigit benda-bendayang keras)
#more conservative sebab hanya sedikit bahagian gigi yang dibuang semasa prosedur tu..
# resist staining berbanding composite.




3) CROWN.(CERAMIC ATAU COMPOSIT)

Crown pula berbeza dengan veneer. Kalau veneer hanya buang sedikit saja bahagian gigi, tapi crown ni kene alter gigi tu menjadi kecil supaya ada ruang untuk digantikan dengan composite atau ceramic crown. Crown lagi last longer than veneer, boleh tahan sehingga 10 tahun atau lebih. 
Crown ni pula memang ada banyak jenis selain daripada Composite dan Ceramic.Perbezaan antara Composite dan Ceramic ni.
Ceramic ( Porcelain )
# lebih mahal dari composite
# better esthetic ( natural tooth colour)
# lasts longer than composite
#attrites natural teeth ( hakis natural teeth)
# resist staining ( doesn't discolor easily )


perbezaan antara veneer dan crown
alter gigi
crown/ cap
contoh pesakit di klinik pergigian syarifah yang mendapatkan rawatan.

Bagi kes ini,giginya renggang sedikit,warna yang tak sama antara gigi yang lain (gigi mati) dan menjadi gelap.Dalam kes sebegini rawatan veneer tidak di sarankan kerana bimbang tidak mendapat warna asal.Untuk membiki warna gigi kami lebih sarankan crown sama ada full porcelin atau PFM

LOKASI KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH DI KUANTAN- INDERA MAHKOTA 8

Ramai yang bertanya dan Pm kami di Fb Klinik Pergigian Syarifah Kemaman & Kuantan  https://www.facebook.com/drsyadrgigi
 berkaitan di mana ya lokasi Klinik Pergigian Syarifah yang baru. Okey klinik ni dah tak baru dah,sebenarnya dah lama beroperasi tapi baru sempat buat posting berkaitan klinik Pergigian Syarifah yang terletak di Indera Mahkota8 ini. 
Klinik ini sudah beroperasi pada akhir bulan tahun 2014 lagi.
 


 Klinik Pergigian Syarifah jika di Kuantan ada 2 ; 

- di Jalan Teluk Sisik,berhampiran dengan hotel vistana dan Hotel Sri Malaysia dan satu lagi
- di  Jalan Indera Mahkota 8.Nampak je signbord hijau putih ni,betullah ni klinik kami.


 Antara kedai yang berada berhampiran dengan kami Klinik Pergigian Syarifah Indera Mahkota8 adalah:

-di tepi kami adalah Butik Litte Ninos
-Super Kitchen
-Try My Gym
-KMC -Kuantan Medical Central yang baru
-UIA cawangan Kuantan. ( ya, universiti Islam Antarabangsa)



-




OKey nanti klinik ni akan ada visiting Specialist dari UIA...Pakar-pakar dari UIA akan dtang ke KLinik di Indera Mahkota8 ini..antara pakar yang akan menjadi visiting dan bekerja di klinik ini adalah :
1.Pakar Kanak-kanak-Pediatric

2.Pakar Endodontic -Rawatan akar

So, anda hanya perlu request sahaja di klinik kami untuk bertemu pakar-pakar ini dan kami kan setkan janjitemu anda dengan pakar ini nanti.


Okey segala pertanyaan boleh email kami di : drsya_fazlina@yahoo.com


BAGAIMANA CARA PENGGANTIAN GIGI YANG LEBIH SELESA DAN CANTIK ???

Ya ramai yang bertanya kepada kami di team KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH KEMAMAN DAN KUANTAN bagaimana cara penggantian gigi yang hilang yang lebih selesa.Kebanyakkan mereka ini pernah memakai gigi palsu tetapi lama kelamaan gigi palsu mereka menjadi longgar.Malahan ada juga kes pakai gigi palsu tapi tak pandai jaga, boleh menyebabkan gigi jadi bertukar warna dan  berlubang.




Ada juga kes yang kehilangan gigi di sebabkan kemalangan jalan raya...dan juga masalah gigi yang berlubang teruk.




Ya antara cara penggantian gigi yang hilang dengan cara yang lebih selesa dan cantik di klinik pergigian syarifah kemaman dan kuantan  adalah dengan cara :


1.CROWN / BRIDGE 


2. IMPLANT ( jarang yang buat sebab mahal )



Ini adalah antara pesakit kami yang telah mendapatkan rawatan di klinik  pergigian syarifah kami sebelum Hari Raya. di harap dengan penggantian gigi ini pesakit akan lebih merasa selesa serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Ps: apa yang paling penting sebenarnya jika kita hilang gigi,bacaan al Quran atau bacaan dalam solat pun jadi lain..jika kita ada gigi yang penuh..sebutan bacaan al Quran akan jadi mudah.Sebab tu Islam mengajar kita menjaga gigi


JIka ada pertanya boleh email saya di drsya_fazlina@yahoo.com
Pm di FB kami : https://www.facebook.com/drsyadrgigi


nama Fb kami yang aktif adalah : Klinik Pergigian Syarifah ( Kemaman & Kuantan )

#tipsjagagigi
#penggantiangigiyanglebihselesa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...