Saturday, May 27, 2017

Tampalan lama bertukar warna

Masalah pada tampalan lama terutamanya gigi hadapan:




-discolored

-secondary caries

-not smooth

-different size and tooth shapes

WHAT SHOULD I DO ???

Many treatments options

Come and consult with us your problems...we can help

Klinik pergigian syarifah geliga.
- 9-5ptg and 8-10 malam

Klinik pergigian Syarifah Teluk Sisik
-9.00pg ke 9 malam terus hanya rehat tengahari 1 jam

Friday, May 26, 2017

Tuesday, May 23, 2017

3 rawatan yang anda perlukan untuk senyuman berseri di hari raya

1. SCALING aka cuci gigi


Gigi berkerak akibat karang yang keras dan mulut berbau? Jangan risau. Jom datang ke klinik untuk cuci gigi anda.
-Scaling ialah proses membuang karang gigi @plak gigi
-Tak dapat memutihkan gigi cuma dapat membuang stain/karat pada ATAS PERMUKAAN gigi


klik FAQ SCALING untuk mengetahui persoalan umum tentang scaling

2. VENEER


 Veneers gigi boleh dibuat dari porselin atau bahan komposit. Veneers porselin memberi kesan yang lebih baik daripada veneers komposit kerana lebih menyerupai gigi yang asli

 Ciri-ciri gigi yang memerlukan veneer ;

-Gigi yang kekuningan/kehitaman yang mungkin disebabkan rawatan akar, kesan sampingan penggunaan ubat dan lain-lain.
-Gigi patah atau terserpih
-Gigi hadapan yang jarang
-Gigi tidak tersusun

3.WHITENING




-proses untuk membuatkan gigi berubah warna menjadi semakin putih
-boleh merubah warna gigi menjadi lebih putih tetapi tahap putih tidak sama untuk semua orang
-ada gigi yang perlukan pemutihan berulang kali untuk menjadi putih
-ada gigi yang buat sekali sahaja sudh nampak kesannya
-perlu 'berpantang' makanan/minuman yang berwarna/berstain seperti kopi,teh,milo,kari,sirap dll untuk kekal lebih lama
-mereka yang merokok tidak digalakkan buat whitening

Saturday, May 20, 2017

Sakit gigi geraham bongsu

~~~GERAHAM BONGSU @ MOLAR TERAKHIR~~~




Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.
----------------------------------------------------------------

Kenapa sakit apabila gigi bongsu tumbuh, tidak seperti gigi-gigi lain????

Kadang kala, gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Dua sebab utama kenapa gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah:

1.Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika anda mempunyai rahang yang kecil.
2.Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.


Kesan jika gigi bongsu tidak dibuang




Visit us today:-

Saturday, May 6, 2017

Boleh ke tampal cabut cuci gigi bulan puasa?


Doktor pun faham pesakit tengah berpuasa. Jangan risau. Kalau rasa tak selesa banyak sangat air dalam mulut, boleh bagitahu doktor kalau nak ludah. Jangan sengaja telan atau minum air dah ler. Hehe

Friday, May 5, 2017

Pilihan ganti gigi menggunakan implant



Single tooth replacement
Gantin gigi ini sesuai sekiranya anda hilang sebatang gigi atau beberapa batang gigi tetapi masih mempunyai gigi bersebelahan. Kelebihannya, gigi bersebelahan tak perlu di potong untuk membuat bridge bagi menggantikan gigi yang hilang dan ianya nampak lebih natural!



Implant supported bridge
Gantian gigi seperti ini diperlukan sekiranya terdapat banyak gigi yang hilang dan anda tidak selesa memakai gigi palsu


Implant supported denture
Jangan tak tahu, implant juga boleh memegang gigi palsu! Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gigi palsu longgar

Wednesday, May 3, 2017

FAQ cuci gigi (scaling)

Kenapa gigi saya menjadi jarang selepas rawatan scaling?
Sebenanrya, sebelum scaling lagi gigi tersebut sudah jarang disebabkan oleh pembentukan karang pada celah gigi. Tetapi anda tak perasan gigi tersebut jarang kerana ditutup oleh karang. Hakikatnya, karang tersebutlah punca gigi jarang. Lagi lama awak biar, lagi jarang gigi awak tau! 
Cuba lihat gambar kat bawah:

 
 Gigi yang jarang ni takkan jadi rapat balik, kecuali dengan rawatan seperti veneer,braces atau crown.
Kenapa gusi berdarah semasa rawatan scaling?

Semasa dan selepas pencucian gigi, anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah. Ini adalah normal untuk mereka yang mengalami masalah gusi. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi atau makan, gusi anda berdarah dan kadangkala berdarah walaupun tidak disentuh.   
Kenapa gigi rasa kasar dan 'weird sensation' selepas cuci gigi?

Selepas gigi di cuci, anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, biasanya terasa seperti ada ruang. Ini adalah normal kerana bila karang sudah dibuang, anda akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang. jangan risau okey!
Ramai yang kata, kalau kerap sangat cuci gigi, gigi semakin menipis. Betul ke?
Alat pencucian aka scaler tidak menghakis gigi seperti yang diperkatakan kerana hanya menggunakan getaran (vibration) untuk membuang karang gigi. Jadi gigi tak akan menjadi nipis.  
 
Kekerapan untuk mencuci gigi biasanya bergantung kepada tahap cepat atau lambat pembentukan karang gigi. Ada yang memerlukan 3-6 bulan sekali. Ada juga 6-12 bulan sekali.
 
Sebenarnya karang gigi yang menyebabkan gigi semakin jarang, berdarah, 'menipis' dan longgar!

Prosedur Implant

Ramai yang bertanyakan kami tentang prosedur implant sebab kedengaran seperti menakutkan, walhal ianya lebih mudah dari mencabut sebatang gigi geraham atas yang patah!



STEP 1:
Consultation/diagnosis
Kami akan mengambil rekod perubatan & pergigian (Seperti OPG xray, CBCT & model gigi) untuk menentukan implant sesuai atau tidak untuk anda

STEP 2:
Implanting the fixture (root replacement)
Kami akan memasukkan implant ke dalam gusi kawasan gigi yang hilang. Implant ini akan melekat dan sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai 'akar gigi' baru anda

STEP 3:
Abutment placement
Selepas proses penyembuhan, kami akan meletakkan abutment (unit sokongan untuk gigi baru-crown) pada implant sebelum ini

STEP 4:
Attaching your new permanent dental restoration (crown or bridge)
Crown atau bridge akan dibuat dan di pasang pada abutment tadi dan berfungsi sebagai gigi baru anda!

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh ke artikel seterusnya tentang pilihan mengganti gigi secara implant

Hubungi kami:

1. KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Phone/ Whatsapp : +6019 9554161

2. KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
Phone:+6019 9814913


3.KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN
Phone/ Whatsapp:+60197794161

GENERAL CONTACT

Email : drsyafazlina@gmail.com

Website : klinikpergigiansyarifah.blogspot.com
FB: Klinik Pergigian Syarifah - Kemaman, Kuantan & Dungun
Instagram: klinikgigisyarifah

Saturday, April 29, 2017

Nak pakai braces?

Ramai yang datang ke klinik nak pakai braces. Tapi tahukah anda yang pemakaian braces bukanlah sebab untuk kecantikan tau?

Jom kita tengok sebab apa perlunya pemakaian braces:


1. Gigi berlapis adalah sangat sukar untuk dibersihkan!
Susunan gigi yang berlapis menyebabkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi susah dibersihkan dengan hanya menggosok gigi. Anda perlukan usaha extra untuk pastikan sisa makanan boleh dibuang, seperti menggunakan floss.



2.Gigi yang terkeluar ke bibir atau dalam ke lelangit
Gigi seperti ini boleh menyebabkan trauma pada bibir atau bahagian lidah dan gusi. Pendek kata nak makan pun kena hati-hati sebab takut terluka.

3.Gigi yang terlampau jongang atau rahang bawah terlampau ke depan
Susunan gigi ini biasanya ada kaitan dengan bentuk tulang rahang. Ada yang rahang atas membonjol keluar, dan ada juga rahang bawah yang terlampau ke depan. Ini boleh mengurangkan keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tambahan pula, mereka yang memiliki rahang seperti ini mempunyai masalah pertuturan yang kurang jelas!

4. Gigitan terbuka
Ini biasanya disebabkan oleh tabiat menghisap jari semasa kecil atau saiz lidah yang besar. Mereka akan mengalami masalah untuk mengunyah makanan dan sebutan sesetengah huruf tidak jelas.




5. Gigi jarang
Gigi menjadi jarang akibat cabutan gigi, gigi tidak tumbuh (impacted) , tiada gigi dan bentuk gigi yang luar biasa. Gigi yang dicabut perlu diganti kerana terdapat masalah sampingan yang akan timbul. 

Apapun niat kita untuk memakai braces, janganlah niatkan untuk kecantikan, tetapi lebih kepada fungsi untuk kegunaan harian.

Monday, April 17, 2017

Cara rawatan akar dilakukan

Ini adalah rajah yang mudah untuk memahami apa itu RCT


Biasanya di klinik kami,kami jarang mencabut gigi dan kami akan mengesyorkan rawatan ini untuk menyelamatkan gigi anda...

Anda takut?....jumpa kami,


kami jarang mencabut gigi..kami selalu menyelamatkan gigi daripada hilang.

#klinikgigiprivatedikuantan
#klinikgigiprivatediterengganu

Saturday, April 8, 2017

Gigi yang hilang perlu diganti


-Gigi hilang yang lambat atau tidak diganti boleh menyebabkan gigi lain bergerak..
-Ini menyebabkan makanan boleh melekat dan terselit diantara gigi.
-Akibatnya gigi yang lain pula yang berlubang dan mungkin dicabut.





Di 4 cawangan klinik kami,kami memberikan pilihan rawatan yang pelbagai bergantung kepada budget anda.
Antara cara mengganti gigi hilang ialah implant, bridge dan gigi palsu
Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali...
Gigi kekal dan asli untuk seumur hidup..









Friday, March 31, 2017

PROSEDUR SEBELUM MEMAKAI BRACES

1. WALK IN

Doktor akan bertanyakan maklumat pesakit dan tujuan memakai braces. Doktorr juga akan  memeriksa kedudukan gigi dan rahang serta memberi rawatan alternatif jika ada.

Jika pesakit bersetuju, Doktorr akan mengambil acuan gigi serta xray sebagai rekod. Anda juga boleh memilih jenis braces yang bersesuaian dan atas nasihat doktor.

Kos braces juga akan ditentukan selepas doktor memeriksa gigi anda.

2. CONSULTATION
-jika perlu

3.PRE-TREATMENT
-scaling/tampalan/ cabutan jika perlu

4. FIRST APPOINTMENT
-pemasangan braces. Anda perlu mengikuti langkah-langkah penjagaan gigi semasa memakai braces untuk mengelakkan gigi dari cepat rosak atau mengalami masalah gusi.

5.MONTHLY REVIEW
 -setiap 4-8 minggu, doktor akan memeriksa kedudukan gigi serta memeriksa kebersihan gigi anda. Gigi perlu dipastikan bersih setiap kali review

6.DEBOND & RETAINER
-pembuangan braces & pemakaian retainer.
Anda juga boleh memilih jenis retainer yang diinginkan. 

Wednesday, March 15, 2017

3 tips untuk gigi kekal putih selepas whitening

1. Elakkan makan makanan mengandungi stain dan berwarna seperti kopi, teh, air gas, sos, kicap, kari dll dalam masa 2 minggu selepas whitening. KURANGKAN mengambil makanan ini selama yang mungkin untuk mengelakkan gigi dari cepat kuning

2. Jika teringin sangat, boleh minum menggunakan straw!

3. BERHENTI MEROKOK =)

Jom putih!

PROMOSI PEMUTIHAN GIGI SEMPENA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah dah start esok kan? Bagi yang bakal menjadi ratu sehari, bridesmaid, mertua, penyambut tetamu dan terlibat secara langsung semasa majlis perkahwinan nanti, ayuh dapatkan senyuman baru melalui pemutihan gigi! PROMOSI berlangsung sehingga akhir cuti sekolah je tau.Hubungi mana-mana cawangan klinik kami berdekatan untuk membuat temujanji:

 -Kuantan -TELUK SISIK (0199814913)  dan INDERA MAHKOTA 8(0197794161)

-Kemaman-Geliga Kemaman.(0199554161)

-Dungun-Paka(0199704161)




Saturday, March 4, 2017

Sakit ke cabut gigi?

Cabut gigi tidaklah sakit jika anda tidak mencabut gigi semasa gigi tersebut sakit dalam 1-3 hari sebelum cabutan. Jika gigi tersebut tak sakit, biasanya selepas bius, bahagian gusi, tisu mulut dan gigi akan terasa kebas.

TETAPI

jika gigi tersebut sakit dalam masa terdekat, bahagian gusi, tisu mulut akan terasa kebas tetapi GIGI TIDAK KEBAS! Sebab itu ada yang kata cabut gigi tu sakit!

 Tapi ramai yang tak percaya bila doktor cakap macam ni. Bila doktor dah bius, masa nak cabut gigi rasa sakit tak tertahan.

Nasihat kami, elakkan cabut gigi semasa sakit =)

Saturday, February 4, 2017

Tua sebelum usia

Pernah tak nampak mereka yang umur 40 an, tapi nampak seperti umur 50 an? Inilah yang dipanggil tua sebelum usia. Wah, macam topik rancangan WANITA HARI INI pulak.

2 faktor utama ialah:

1. Biasanya, mereka yang  hilang/cabut gigi pada zaman remaja atau 20 an dan TIDAK MENGGANTI GIGI terutamanya gigi depan, memang nampak lebih tua. Ini disebabkan oleh tulang rahang kita berubah dan 'mengecut' menjadikan ketinggian paras muka berubah.

2. Masalah gusi di mana gigi tidak di cuci dan dirawat setiap 6 bulan sekali menyebabkan gigi menjadi jarang, jongang dan longgar.

Cara mudah nak nampak muda?
Buat rawatan gusi dan ganti gigi menggunakan bridge
-bila anda buat rawatan gusi, ia akan mengelakkan gigi menjadi lebih longgar
-Tak semua masalah gusi akan mengganti gigi guna bridge 

 Ini adalah gambar kes di klinik kami:





Sekarang senyum pun baru rasa yakin!

Sunday, January 22, 2017

PEMUTIHAN GIGI VS SCALLING


Pemutihan gigi tak sama dengan dental scalling.

Dental scalling= cuci gigi
-proses membuang karang gigi @plak gigi
-Tak dapat memutihkan gigi cuma dapat membuang stain/karat pada ATAS PERMUKAAN gigi
 

 


Pemutihan gigi=whithening teeth 
-proses untuk membuatkan gigi berubah warna menjadi semakin putih
-boleh merubah warna gigi menjadi lebih putih tetapi tahap putih tidak sama untuk semua orang
-ada gigi yang perlukan pemutihan berulang kali untuk menjadi putih
-ada gigi yang buat sekali sahaja sudh nampak kesannya
-perlu 'berpantang' makanan/minuman yang berwarna/berstain seperti kopi,teh,milo,kari,sirap dll untuk kekal lebih lama
-mereka yang merokok tidak digalakkan buat whitening





Untuk pertanyaan lanjut boleh datang ke cawangan klinik kami di:

-Kuantan -TELUK SISIK dan INDERA MAHKOTA8

-Kemaman-Geliga Kemaman.

-Dungun-Paka .

#dentalclinicinkuantan
#dentalclinicinpaka
#dentalclinicinkemaman

Saturday, January 21, 2017

Terima kasih atas sokongan anda

Pihak Klinik Pergigian Syarifah mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda selama kami beroperasi. Maafkan kami jika ada rawatan yang tidak memuaskan hati, kerana sesungguhnya kami telah mencuba apa yang termampu untuk membantu anda. Sesungguhnya yang baik hanya dari Allah, dan yang buruk juga dari Allah bersabit dengan kelemahan kami sendiri.

Wallahua'lam.

Monday, January 16, 2017

Cantik untuk kahwin

Ramai juga patient kami yang datang ke klinik untuk nampak cantik semasa hari perkahwinan dan pertunangan. Kalau nak nampak cantik untuk kahwin,sebenanrnya tak boleh datang last minute ke klinik gigi. Anda perlu datang sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal, sebab ada rawatan yang perlukan masa lebih lama sepeti rawatan penggantian gigi (bridge/implant/gigi palsu).

Antara rawatan yang diperlukan ialah:

1. Tampalan dan cuci gigi (scaling)
- Ini perlu untuk menghilangkan masalah nafas berbau sebab pada hari perkahwinan, anda akan bercakap dengan ramai orang.




2. Ganti gigi yang hilang
- Sebelum ni mungkin ramai yang tak kisah tiada gigi terutamanya gigi depan. Tapi untuk majlis perkahwinan, ramai yang datang buat bridge dan gigi palsu sebab malu untuk berdepan dengan ramai orang
- Untuk ganti gigi yang hilang, anda perlu datang sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal sebab rawatan ini memakan masa dan perlu datang sekurang-kurangya 2 kali



3. Pemutihan gigi (whitening)
- Senyuman anda lebih menawan sekiranya gigi putih berseri.




4. Rawatan kosmetik (crown/veneer/composite veneer/componeer)
- Biasanya ramai yang datang sebab gigi depan bertampal dan warna coklat kehitaman. Bila buat rawatan kosmetik veneer, warna gigi akan lebih sekata




Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi atau datang ke cawangan klinik kami di:

-Kuantan -TELUK SISIK dan INDERA MAHKOTA8

-Kemaman-Geliga Kemaman.

-Dungun-Paka .

#dentalclinicinkuantan
#dentalclinicinpaka
#dentalclinicinkemaman

Friday, January 6, 2017

Tips atasi rasa takut ke klinik gigi



1. Cari doktor gigi yang anda percaya,selamat dan memahami anda (boleh tanya kawan-kawan pengalaman mereka dan saranan doktor)
2. Beritahu doktor gigi bahawa anda takut klinik untuk buat rawatan (bagitahu dengan spesifik apa yang anda takuti cth bunyi alat/sakit/bentuk alat tajam dll)
3. Bawa earphone dengan lagu yang menenangkan anda atau lagu yang disukai
4. Berdoa sebelum rawatan dimulakan
5. Goyangkan kami dan lembutkan badan
6. Minta ubat bius walaupun hanya untuk tampalan sekiranya takut sakit
7. Minta kebenaran doktor untuk tutup mata jika takut melihat alatan tajam

Wednesday, January 4, 2017

Kenapa pemakaian FAKE BRACES perlu dielakkan?

Recently, kami banyak menerima kes FAKE BRACES yang datang ke klinik untuk membuka kembali dan ada juga yang ingin melakukan rawatan susulan.

Kenapakah ianya dipanggil FAKE BRACES?

FAKE BRACES ni bukanla bermaksud alat yang digunakan tu alat yang palsu, tapi lebih merujuk kepada 
individu yang bukan profesional dan tiada sebarang kelulusan untuk melakukan rawatan ini. Mereka hanya belajar dari You Tube dan Google sahaja, tanpa perlu bersusah payah belajar bertahun-tahun hanya kerana untuk mengaut duit segera.

Biasanya taktik mereka ialah dengan mengenakan harga yang rendah, serendah RM 500 pada first visit untuk pemakaian braces, dan diikuti 'servis' serendah RM 50. 'Servis' ini dilakukan di rumah atau di hotel berdekatan, kerana mereka biasanya mengadakan temujanji kerana setiap bulan mereka melakukan 'servis' dari satu negeri ke satu negeri yang lain.

Ada jugak yang mengaku dirinya sebagai medical student dan nursing student. Kalau nak tahu, semua tu pun tak dikira sebagai layak untuk memberi rawatan braces!

Disebabkan oleh trend braces di kalangan golongan muda mudi, harga tersebut mampu dibayar oleh golongan muda ini. Tetapi, mereka tak tahu yang ada kesan buruk di sebalik pemakaian fake braces ni.

KESAN PEMAKAIAN FAKE BRACES

Sememangnya peralatan untuk pemakaian braces ni perlu steril terlebih dahulu untuk mengelakkan cross infection. Adakah anda pasti mereka steril dulu alat yang digunakan? Jangkitan virus dan kuman boleh berlaku sekiranya peralatan tak bersih. Mana la tahu, nak mengaut keuntungan, tapi kebersihan tidak diambil kira.

Lagipun, pemasangan braces perlu mengambil kira banyak faktor seperti kedudukan gigi, kedudukan rahang dan rangka. Sebab itu pemakaian braces memerlukan doktor mengambil gambar,radiograf (x-ray) dan model gigi terlebih dahulu sebagai rekod. Bukannya semudah A B C, pasang dan goyang kaki!

Dari masa ke masa juga doktor akan memeriksa kebersihan mulut, termasuk karang dan karies gigi. Rawatan tampalan dan cuci gigi akan dilakukan bagi mengelakkan gigi rosak semasa pemakaian braces. Cara penjagaan yang betul juga akan doktor kongsikan. Adakah 'tukang pasang' fake braces adik-adik memeriksa keadaan gigi sebaik ini dan bolehkah mereka merawatnya? Sudah tentu tak boleh bukan?

Ini adalah salah seorang adik yang memakai fake braces yang datang ke klinik kami untuk membuka kembali setelah sebulan memakainya.


Nampak tak apa yang dah jadi pada susunan gigi? Gigi bawah 'terkeluar' dari kedudukan sepatutnya. Nak makan pun tak dapat menguyah dengan betul. Apatah lagi nak senyuman cantik. Boleh jadi mimpi ngeri kalau dibiarkan lebih lama!

Akhir kata, sebaik-baiknya lakukan rawatan braces dengan doktor gigi, iaitu golongan profesional yang mempunyai ilmu untuk merawat gigi anda

TEPUK DADA, TANYA SELERA =)

Semua orang nak cantik!

Orang kata cantik itu subjektif tapi hakikatnya semua orang nak cantik. Tapi tak semua perasan bila gigi cantik, wajah kita akan berubah jadi lebih cantik!

Cakap pasal gigi cantik, ada banyak cara untuk cantikkan gigi. Cantikkan gigi bukan bermakna kita nak mengubah ciptaan Allah yang sangat sempurna itu. Tapi kalau dah bertahun-tahun kita tak jaga ciptaan yang sempurna itu, lama-lama gigi kita pun boleh berubah menjadi rosak, haus, patah, longgar, berubah warna dan sebagainya!

Bagi gigi yang berubah warna, patah dan semakin jarang, ada banyak cara untuk mengembalikan senyuman kita kembali berseri. Salah satunya ialah dengan membuat veneer.

Apa itu veneer?
Veneer ni ibarat lapisan atau coating pada gigi menggunakan material tertentu. Terdapat beberapa jenis rawatan veneer di klinik gigi tetapi yang biasanya di lakukan ialah 3 jenis, iaitu fabricated veneer (cth veneer porselin) , prefabricated veneer (cth componeer) dan direct veneer (cth composite veneer).

Kes di klinik kami:

 1. VENEER PORSELIN








- perlu hadir ke klinik sekurang-kurangnya 2 kali
-harga paling mahal disebabkan material porselin
-perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pemasangan veneer
-paling cantik sebab custom made/fabricated khas
-tidak digalakkan menggigit benda keras seperti ais, kerepek,kacang, gula-gula dll

2.COMPONEER


-siap dalam satu masa sahaja namun perlu mengambil temujanji
-harga sederhana, lebih murah dari porselin namun lebih mahal dari composite veneer
-cantik dan tidak mudah menyerap stain
-tidak digalakkan menggigit benda keras seperti ais, kerepek,kacang, gula-gula dll

3. COMPOSITE VENEER

-siap dalam satu masa sahaja namun perlu mengambil temujanji
-menjadi pilihan ramai kerana harga paling murah
-lebih mudah menyerap stain dan berubah warna berbanding veneer lain
-tidak digalakkan menggigit benda keras seperti ais, kerepek,kacang, gula-gula dll
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...