Sunday, June 4, 2017

Storytelling: Cantik di hari raya


Sekarang ni dah masuk puasa ke 9. Korang dah buat ke persiapan raya? Baju baru, kasut baru, beg baru, sofa baru, gigi baru... Eh gigi baru?

Haa, jangan tak tahu, ramai yang datang klinik bulan puasa ni untuk dapatkan gigi baru. Maklumlah, buat rawatan kat klinik gigi memang tak batalkan puasa pun, melainkan korang sesaje minum air masa kumur. Iye dok?

Gigi baru yang mereka mintak ni ada macam-macam jenis. Tengokla apa masalah mereka. Ada yang nak gigi dia makin putih mengelip, ada yang nak bila senyum tu, tak nampak dah gigi dia yang hitam. Tak kurang jugak makcik pakcik yang takde gigi, eh tiba-tiba keluar dari klinik kami, nampak makin muda jelita.

Ye la, ape gunanya kalau beraya sakan, tetiba nak makan ketupat  eeh gigi makcik melekat kat ketupat sebab longgar. Nak makan rendang eh tak boleh sebab gigi patah pastu sakit nak mengunyah. Eh yang beraya ke rumah bakal mertua tu mesti taknak kalau buka je mulut, semua orang lari kan kan?

Jadi, yang mana rasa nak lebih yakin masa ziarah raya nanti, jom lerr singgah klinik kami. Kot ada yang kami boleh bantu =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...