Wednesday, February 29, 2012

Penjagaan Gigi dari Sudut Islam

Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (Riwayat Baihaqi)


Bersugi pada istilahnya atau pada bahasa mudahnya memberus gigi tanpa kita sedari merupakan amalan yang telah lama dituntut dalam ajaran Islam melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

 “Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. (Riwayat Muslim)

Menurut hadis yang lain pula iaitu, daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Melalui hadis-hadis tersebut, jelaslah Islam amat menuntut umatnya dalam menjaga kebersihan diri khususnya dalam penjagaan mulut atau gigi.

Dalam kehidupan hari ini, pelbagai alternatif boleh diambil melalui kemajuan teknologi yang tiada batasan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan anda. 

Dilihat melalui aspek teknologi pergigian, anda kini dapat meningkatkan keyakinan diri anda untuk menempuh hari-hari yang mencabar pada masa akan datang . Kebersihan dan kesihatan gigi anda akan terjamin jika anda bersedia untuk membuat pemeriksaan dan rawatan gigi. Kecantikan gigi juga amat penting untuk menambahkan keyakinan diri individu.

Justeru, masyarakat harus sedar bahawa kebersihan dan kecantikan gigi amat penting kepada diri dari segi fizikal dan mental serta juga membantu bukan sahaja kepada kerja harian malah turut menambah kualiti dalam ibadat. Insyaallah.

Friday, February 24, 2012

Gigi Sihat

KESIHATAN gigi ditentukan oleh gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara seseorang individu menjaga giginya. Sikap suka bertangguh melakukan pemeriksaan berkala dan hanya berjumpa doktor ketika gigi sudah sakit hanya memberi kesan terhadap kesihatan badan secara keseluruhan.
Bagi golongan dewasa, kesibukan kerja antara punca tabiat suka bertangguh sehingga menyumbang kepada pelbagai masalah gigi lebih serius.

Tabiat buruk itu, tegas pakar runding pergigian, turut menyebabkan masalah paling lazim pergigian dewasa iaitu penyakit gusi.

Lebih membimbangkan, ia turut dikenali sebagai pembunuh gigi secara senyap.

Ia digelar sedemikian kerana tanda-tanda awal penyakit ini sukar dikesan. Punca utama penyakit gusi ialah plak gigi atau dikenali sebagai selaput gigi dan tahi gigi yang pada awalnya akan menyebabkan nafas berbau.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada penyakit gusi termasuk kalkulus atau plak gigi yang mengeras, merokok, diabetes, kerosakan gigi, tekanan, gigi palsu, mulut kering selain kesan pengambilan ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti sawan dan tekanan darah tinggi dan perubahan hormon contohnya semasa mengandung.

Malah,  kajian Kementerian Kesihatan pada 2000 menunjukkan 9 bagi setiap 10 dewasa di negara ini mengalami pelbagai peringkat penyakit gusi.

Masalah kedua, membabitkan gigi berlubang atau karies gigi yang disebabkan tindakan asid dihasilkan bakteria.

Karies gigi juga sukar dikesan, apa yang dapat dikenal pasti hanyalah permukaan gigi berubah warna, gigi rapuh, mudah pecah atau berlubang, sehingga individu mula merasa sakit, itu bermakna kerosakan sudah sampai ke rongga pulpa gigi (kedudukan salur darah dan saraf).

Bagaimana pula dengan kaedah rawatannya? Ia bergantung kepada berapa besar saiz, kedalaman lubang dan adakah ia sudah sampai ke bahagian akar. Andai membabitkan saraf dan ubat yang diberikan tidak begitu berkesan, pesakit perlu menjalani rawatan akar yang lebih serius selain rawatan susulan.

Selain karies gigi, masalah karang gigi atau tartar juga sering dialami orang dewasa. Ia berpunca daripada sisa makanan di celahan gigi yang tidak dicuci bersih. Lama kelamaan kekotoran ini akan keras dan menjadi karang gigi.

Gigi berlubang



Karang gigi dapat menyebabkan gigi goyang dan mudah tanggal kerana penurunan atau penyusutan gusi, gusi bengkak, gusi berdarah ketika memberus, dan mulut berbau.

Apabila penurunan gusi berlaku, tulang rahang juga akan turun dan menyebabkan gigi mudah goyang kerana asasnya sudah tidak kuat. Akibatnya jika kesihatan gigi tidak dijaga dari peringkat awal, kita berkemungkinan kehilangan gigi pada usia baru mencecah 40 atau 50 tahun padahal ia sepatutnya berlaku pada usia 80 hingga 90 tahun.

Tabiat merokok tidak ketinggalan menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan gigi bagi orang dewasa. Merokok meninggalkan kesan karat pada gigi, deria rasa terjejas mengurangkan selera makan dipercayai antara punca meningkatnya jumlah perokok wanita masa kini, meningkatkan suhu dan kadar toksin dalam mulut hingga merosakkan aliran darah pada gusi menyebabkan penyusutan gusi dan bertukar warna coklat, bibir dan gusi juga menjadi lebih gelap.

Selain itu sikap individu yang lambat menggantikan gigi patah juga menjejaskan kesihatan gigi dan fungsinya.

Gigi yang hilang perlu cepat diganti sama ada menerusi kaedah tanam gigi, gigi palsu kekal (bridge) atau memakai gigi palsu (dentur).

Ini disebabkan, gigi akan mula bergerak bila wujud ruang di antaranya menyebabkan susunan gigi yang tidak teratur atau jarang yang mengundang masalah kaviti tidak berkesudahan.


                                                                             Sumber : Berita Harian


Dapatkan pemeriksaan gigi di Klinik Pergigian Syarifah Kuantan dan Kemaman .

"Sayangi gigi anda. Lakukan pemeriksaan dua kali setahun."   

Wednesday, February 8, 2012

#3 - Nasihat Dr Gjie



p/s :


Dapatkan sticker Dr. Gjie di Klinik Pergigian Syarifah di Kuantan dan Kemaman. Edisi terhad!

Friday, February 3, 2012

Filling / Tampalan Gigi

 
                                      White Filling (Composite)           Silver Amalgam                          Gold Filling

Pemulihan pergigian atau pengisian pergigian adalah bahan pergigian pemulihan yang digunakan untuk memulihkan fungsi, integriti dan morfologi struktur gigi yang hilang. Kehilangan struktur biasanya mengakibatkan daripada karies atau trauma luaran. Ia juga hilang semasa penyediaan gigi untuk meningkatkan kecantikan atau integriti fizikal bahan pemulihan. Pemulihan pergigian juga merujuk kepada penggantian struktur gigi yang hilang yang disokong oleh implan gigi.
Filling adalah satu cara untuk memulihkan gigi rosak bagi mengembalikan gigi reput ke fungsi dan bentuk yang normal.Apabila doktor gigi memberikan anda filling, dia  membuang satu bahagian dalam gigi reput, membersihkan kawasan yang terjejas, dan kemudian mengisi rongga yang dibersihkan dengan bahan isian.

Dengan menutup ruang yang mencegah bakteria daripada masuk, pengisian juga membantu mencegah kerosakan selanjutnya. Bahan-bahan yang digunakan untuk inti termasuk emas, porselin, resin komposit (tampalan berwarna gigi), dan amalgam (aloi merkuri, perak, tembaga, timah dan kadang-kadang zink).



Rawatan filling atau tampalan adalah rawatan umum yang disediakan di Klinik Pergigian Syarifah. Rawatan ini dapat dijalankan kepada gigi yang berlubang atau karang tetapi tidak terlalu teruk. Dapat dijalankan kepada semua tanpa mengira usia yakni kanak-kanak, dewasa mahupun orang tua.

Wednesday, February 1, 2012

Sakit Gigi Umum

Entri kali ini ialah dari suber karya Dr Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din dari buku yang bertajuk Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Jilid I.


Kaedah mengubati sakit gigi biasa ialah dengan menggunakan air yang didoakan dngan bacaan berikut :


i - Al- Fatihah






ii-  Bacakan tujuh kali :


 أَعُوْذُ بِعِزَّةِ ألله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّمَاْ اَجَدُهُ وَاُحَاذِرُ
     


iii- Selawat syifa'



Tiupkan bacaan di air itu kepada pesakit untuk diminum dan berkumur-kumur.    


Wallahualam.                    

Crown Gigi


Prosedur ini adalah cara yang paling berkesan untuk memperbaiki penampilan senyuman anda secara dramatik dan meningkatkan keyakinan diri anda dari segi estetika dan fungsi.
Crown diperlukan apabila integriti struktur gigi telah hujung minggu oleh kerana gigi telah reput, retak,patah, tampalan lama, atau rawatan kanal akar.

Porselin / Crown Seramik boleh membuat gigi bengkok muncul lurus, dan boleh membuat gigi yang tidak sekata sehingga sepadan, membaiki gigi pecah atau patah serta merapatkan jurang dan ruang di antara gigi, gigi cacat,tampalan lama yang terselindung, dan menampakkan pemutihan pada gigi kuning dan berubah warna secara kekal.
                     
Crown memberikan kekuatan yang lebih baik, kuasa kunyahan,dan penampilan estetik yang hebat sepadan dengan sisa gigi anda.
                                                                 
Crown biasanya diperlukan bagi mereka yang menjalani rawatan akar atau mempunyai gigi yang telah mati kerana gigi mati amat mudah untuk retak dan mereput. Crown juga diperlukan bagi gigi yang mengalami karang gigi yang teruk seperti ¾ gigi sudah dipenuhi karang gigi.

Rawatan crown gigi boleh didapati di Klinik Pergigian Syarifah dengan hasil yang amat memuaskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...