Penjagaan Gigi dari Sudut Islam

Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (Riwayat Baihaqi)


Bersugi pada istilahnya atau pada bahasa mudahnya memberus gigi tanpa kita sedari merupakan amalan yang telah lama dituntut dalam ajaran Islam melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

 “Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. (Riwayat Muslim)

Menurut hadis yang lain pula iaitu, daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Melalui hadis-hadis tersebut, jelaslah Islam amat menuntut umatnya dalam menjaga kebersihan diri khususnya dalam penjagaan mulut atau gigi.

Dalam kehidupan hari ini, pelbagai alternatif boleh diambil melalui kemajuan teknologi yang tiada batasan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan anda. 

Dilihat melalui aspek teknologi pergigian, anda kini dapat meningkatkan keyakinan diri anda untuk menempuh hari-hari yang mencabar pada masa akan datang . Kebersihan dan kesihatan gigi anda akan terjamin jika anda bersedia untuk membuat pemeriksaan dan rawatan gigi. Kecantikan gigi juga amat penting untuk menambahkan keyakinan diri individu.

Justeru, masyarakat harus sedar bahawa kebersihan dan kecantikan gigi amat penting kepada diri dari segi fizikal dan mental serta juga membantu bukan sahaja kepada kerja harian malah turut menambah kualiti dalam ibadat. Insyaallah.

Comments

Anonymous said…
perkongsian yang sangat menarik dan info yang berguna. Terima kasih admin. :)

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB