Wednesday, September 16, 2015

Atasi fobia rawatan pergigian melalui Gas Ketawa

Terdapat sebahagian pesakit terutama kanak-kanak berasa gugup, takut atau fobia daripada menerima rawatan pergigian. Namun, jangan bimbang ketakutan ini dapat diatasi melalui gas nitrous oxide.

Nitrous Oxide merupakan gas sedatif yang selamat dan berkesan digabungkan dengan oxygen disedut melalui topeng kecil memuatkan hidung yang membantu anda (terutamakanak-kanak) untuk lebih tenang apabila menerima rawatan pergigian.


Nitrous Oxide yang juga dikenali gas ketawa merupakan alat yang membantu anda untuk lebih selesa apabila berhadapan dengan prosedur pergigian. Ia tidak akan menyebabkan anda tidur. Anda dapat mendengar dan memberi respon terhadap doktor gigi.

Doktor gigi akan memberikan arahan untuk anda bernafas secara normal dan hanya beberapa minit anda dapat merasai kesan gas nitrous oxide. Ini akan menyebabkan anda merasa lebih tenang dan selesa. Kesannya akan hilang sebaik sahaja gas tersebut dialihkan.

Gas ini merupakan sedatif paling selamt digunakan. Ianya sangat bertolerasi dengan pesakit, selesa digunakan, kesan yang cepat ditunjukkan juga kesan cepat hilang apabila menghentikan penggunaanya. Ia juga tidak akan memberikan sebarang kesan allergik. Proses rawatan pergigian kini dapat dijalankan dengan mudah, selesa dan efektif.

Dapatkan rawatan pergigian tanpa rasa gugup dan gementar di Klinil Pergigian Syarifah.

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN)
Lot B114,  1st Floor, Lorong IM8/33,
Indera Makhota 8, 26080 Kuantan, Pahang
Phone/ Whatsapp:+60197794161

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti,24000 Kemaman,
Phone/ Whatsapp : +6019 9554161


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
B-8010, Sri Kuantan Square,
Jalan Teluk SIsik,Kuantan, Pahang.
Phone:+6019 9814913



Thursday, September 10, 2015

TIPS HILANGKAN NAFAS BERBAU

Nafas berbau biasanya disebabkan mendapan bakteria yag terperangkap di dalam mulut. ini menyebabkan inflamasi seterusnya membebaskan bau atau gas yang kurang senang

Tidak pasti bau mulut anda berbau? Cubalah bertanya kepada rakan anda yang paling rapat kerana nafas berbau sukar dikenali oleh diri sendiri.

PENYEBAB MULUT BERBAU BUSUK

Tidak ada statistik yang jelas tentang peratusan populasi orang yang mempunyai nafas atau mulut berbau, namun kajian menunjukkan 80 peratus nafas berbau adalah dari masalah kesihatan mulut. Contohnya seperti masalah gigi berlubang dan karang gigi, masalah gusi mahupun penjagaan gigi yang kurang bersih.

Beberapa penyakit dalaman juga boleh menyebabkan nafas berbau seperti diabetes, penyakit hati, jangkitan kuman di saluran pernafasan dan lain-lain.



5 CARA TERBAIK MELAWAN NAFAS BERBAU

1. Berus gigi dua kali sehari

Beruslah gigi anda dengan cara yang betul sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membuang sisa-sisa makanan di dalam mulut anda. Paling penting untuk diamalkan berus gigi anda sebelum tidur.

2. Flos gigi setiap hari

Melalui flos gigi, ia dapat membuang sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi anda. Ia amat penting kerana berus gigi tidak dapat membersih keseluruhan gigi anda.

3. Berus lidah anda

Tidak ramai yang mengamalkan pembersihan bagi lidah. Ia penting bagi membuang lebihan yang terdapat di celah taste bud. Anda boleh memberus lidah menggunakan pemberus lidah yang boleh didapati di farmasi atau klinik gigi.

4. Berkumur dengan menggunakan ubat kumur berflorida

Haruslah diketahui bahawa menggunakan ubat kumur akan memberikan kesegaran dan mengurangkan bau yang tidak enak dari mulut anda, namun ia bukanlah merawat secara kekal. Anda juga boleh mencuba berkumur dengan menggunakan teh hijau. Melalui kajian oleh Universiti Iiilionos Chicago, berkumur menggunakan teh hijau dapat membantut pertumbahan bakteria di dalam mulut.

5. Lakukan pemeriksaan gigi

Ini merupakan cara terbaik bagi memastikan kesihatan gigi dan mulut anda. Jika anda mempunyai nafas berbau yang kronik, anda amat disarankan berjumpa dengan doktor gigi agar dapat mengenal pasti masalah kesihatan pergigian anda.

Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Prevention is better than cure.

Bagi Klinik Pergigian Syarifah di Indera Makhota, promosi kemerdekaan masih lagi berjalan sehingga 16 September. Kunjungi atau call no di bawah ;




KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN)
Lot B114,  1st Floor, Lorong IM8/33,
Indera Makhota 8, 26080 Kuantan, Pahang
Phone/ Whatsapp:+60197794161


Anda juga boleh mengunjungi Klinik Pergigian Syarifah yang berdekatan :


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti,24000 Kemaman,
Phone/ Whatsapp : +6019 9554161


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
B-8010, Sri Kuantan Square,
Jalan Teluk SIsik,Kuantan, Pahang.
Phone:+6019 9814913




Friday, September 4, 2015

Veneer Gigi

 Veneers gigi merupakan lapisan tipis yang ditempah khas untuk meliputi permukaan hadapan gigi untuk meningkatkan penampilan anda. Ia digunakan pada hadapan gigi yang telah berubah warna, bentuk, saiz, atau panjang.

Veneers gigi boleh dibuat dari porselin atau bahan komposit. Veneers porselin memberi kesan yang lebih baik daripada veneers komposit kerana lebih menyerupai gigi yang asli. Anda boleh membincangkan pilihan terbaik bahan veneer untuk anda dengan doktor gigi anda.

Ciri-ciri gigi yang memerlukan veneer ;

-Gigi yang kekuningan/kehitaman yang mungkin disebabkan rawatan akar, kesan sampingan penggunaan ubat dan lain-lain.
-Gigi patah atau terserpih
-Gigi hadapan yang jarang
-Gigi tidak tersusun


sumber : porcelainveneers

sumber : doctortav

Harus diketahui veneer gigi bukan sahaja dapat melindungi permukaan gigi hadapan anda daripada terus rosak, malah dapat mengembalikan kecantikan dan keyakinan senyuman anda.

Untuk makluman lanjut berhubung rawatan veneer, anda bolehlah mengunjungi Klinik Pergigian Syarifah Kemaman atau Kuantan yang berdekatan.

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti,24000 Kemaman,

Phone/ Whatsapp : +6019 9554161

CAWANGAN

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
B-8010, Sri Kuantan Square,
Jalan Teluk SIsik,Kuantan, Pahang.

Phone:+6019 9814913


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN)
Lot B114,  1st Floor, Lorong IM8/33,
Indera Makhota 8, 26080 Kuantan, Pahang

Phone/ Whatsapp:+60197794161
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...