Friday, September 4, 2015

Veneer Gigi

 Veneers gigi merupakan lapisan tipis yang ditempah khas untuk meliputi permukaan hadapan gigi untuk meningkatkan penampilan anda. Ia digunakan pada hadapan gigi yang telah berubah warna, bentuk, saiz, atau panjang.

Veneers gigi boleh dibuat dari porselin atau bahan komposit. Veneers porselin memberi kesan yang lebih baik daripada veneers komposit kerana lebih menyerupai gigi yang asli. Anda boleh membincangkan pilihan terbaik bahan veneer untuk anda dengan doktor gigi anda.

Ciri-ciri gigi yang memerlukan veneer ;

-Gigi yang kekuningan/kehitaman yang mungkin disebabkan rawatan akar, kesan sampingan penggunaan ubat dan lain-lain.
-Gigi patah atau terserpih
-Gigi hadapan yang jarang
-Gigi tidak tersusun


sumber : porcelainveneers

sumber : doctortav

Harus diketahui veneer gigi bukan sahaja dapat melindungi permukaan gigi hadapan anda daripada terus rosak, malah dapat mengembalikan kecantikan dan keyakinan senyuman anda.

Untuk makluman lanjut berhubung rawatan veneer, anda bolehlah mengunjungi Klinik Pergigian Syarifah Kemaman atau Kuantan yang berdekatan.

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti,24000 Kemaman,

Phone/ Whatsapp : +6019 9554161

CAWANGAN

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
B-8010, Sri Kuantan Square,
Jalan Teluk SIsik,Kuantan, Pahang.

Phone:+6019 9814913


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN)
Lot B114,  1st Floor, Lorong IM8/33,
Indera Makhota 8, 26080 Kuantan, Pahang

Phone/ Whatsapp:+60197794161

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...