Thursday, September 10, 2015

TIPS HILANGKAN NAFAS BERBAU

Nafas berbau biasanya disebabkan mendapan bakteria yag terperangkap di dalam mulut. ini menyebabkan inflamasi seterusnya membebaskan bau atau gas yang kurang senang

Tidak pasti bau mulut anda berbau? Cubalah bertanya kepada rakan anda yang paling rapat kerana nafas berbau sukar dikenali oleh diri sendiri.

PENYEBAB MULUT BERBAU BUSUK

Tidak ada statistik yang jelas tentang peratusan populasi orang yang mempunyai nafas atau mulut berbau, namun kajian menunjukkan 80 peratus nafas berbau adalah dari masalah kesihatan mulut. Contohnya seperti masalah gigi berlubang dan karang gigi, masalah gusi mahupun penjagaan gigi yang kurang bersih.

Beberapa penyakit dalaman juga boleh menyebabkan nafas berbau seperti diabetes, penyakit hati, jangkitan kuman di saluran pernafasan dan lain-lain.



5 CARA TERBAIK MELAWAN NAFAS BERBAU

1. Berus gigi dua kali sehari

Beruslah gigi anda dengan cara yang betul sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membuang sisa-sisa makanan di dalam mulut anda. Paling penting untuk diamalkan berus gigi anda sebelum tidur.

2. Flos gigi setiap hari

Melalui flos gigi, ia dapat membuang sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi anda. Ia amat penting kerana berus gigi tidak dapat membersih keseluruhan gigi anda.

3. Berus lidah anda

Tidak ramai yang mengamalkan pembersihan bagi lidah. Ia penting bagi membuang lebihan yang terdapat di celah taste bud. Anda boleh memberus lidah menggunakan pemberus lidah yang boleh didapati di farmasi atau klinik gigi.

4. Berkumur dengan menggunakan ubat kumur berflorida

Haruslah diketahui bahawa menggunakan ubat kumur akan memberikan kesegaran dan mengurangkan bau yang tidak enak dari mulut anda, namun ia bukanlah merawat secara kekal. Anda juga boleh mencuba berkumur dengan menggunakan teh hijau. Melalui kajian oleh Universiti Iiilionos Chicago, berkumur menggunakan teh hijau dapat membantut pertumbahan bakteria di dalam mulut.

5. Lakukan pemeriksaan gigi

Ini merupakan cara terbaik bagi memastikan kesihatan gigi dan mulut anda. Jika anda mempunyai nafas berbau yang kronik, anda amat disarankan berjumpa dengan doktor gigi agar dapat mengenal pasti masalah kesihatan pergigian anda.

Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Prevention is better than cure.

Bagi Klinik Pergigian Syarifah di Indera Makhota, promosi kemerdekaan masih lagi berjalan sehingga 16 September. Kunjungi atau call no di bawah ;




KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (INDERA MAKHOTA, KUANTAN)
Lot B114,  1st Floor, Lorong IM8/33,
Indera Makhota 8, 26080 Kuantan, Pahang
Phone/ Whatsapp:+60197794161


Anda juga boleh mengunjungi Klinik Pergigian Syarifah yang berdekatan :


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)
Lot K 3110,Jln Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti,24000 Kemaman,
Phone/ Whatsapp : +6019 9554161


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (JLN TELUK SISEK, KUANTAN)
B-8010, Sri Kuantan Square,
Jalan Teluk SIsik,Kuantan, Pahang.
Phone:+6019 9814913




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...