Sunday, September 4, 2016

Dapatkan Penjagaan Gigi Yang Optimun

Kelebihan GC Tooth Mousse
  • Melindungi gigi anda dengan lebih berkesan.
  • Mengembalikan keseimbangan mineral dalam persekitaran lisan
  • Memberi perlindungan tambahan untuk gigi
  • Membantu meneutralkan asid yang terhasil daripada bakteria acidogenic dalam plak
  • Rasan yang lazat dan membuatkan gigi berasa lebih lancar dan bersih
Kenapa Anda Memerlukan GC Tooth Mousse
  • Mengembalikan keseimbangan mineral bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk melakukan prosedur kebersihan oral yang betul seperti kanah-kanak atau pemakai braces.
  • Mengembalikan keseimbangan gigi anda selepas melakukan prosedur seperti pemutihan gigi, rawatan akar dan lain-lain.
  • Mengubah bintik putih baru menjadi lebih lutsinar translucency seperti gigi asal.
  • Cara penggunaan GC Tooth Mousse
  • Meneutralkan keasidan mulut hasil daripada pemakanan harian mahupun pengambilan ubat-ubatan.
  • Mengurangkan kesakitan gigi yang hypersensitive.
Cara Penggunaan
Sapukan GC Tooth Mousse pada setiap permukaan gigi kemudian biarkan selama 2-5 minit. Air liur meningkatkan keberkesanan CPP-ACP dan rasa yang membantu merangsang aliran air liur. Dan anda dapat meneruskan hari anda dengan lebih yakin :)



GC Tooth Mousse amat diperlukan bagi mereka yang mementingkan dan menyayangi kesihatan dan kebersihan oral.

Dapatkan GC Tooth Mousse anda sekarang di Klinik Pergigian Syarifah atau juga melalui pembelian online.Hubungi kami di FB atau di talian yang tertera di sebelah.

Saturday, May 7, 2016

PUNCA GIGI SENSITIF


Kebanyakan orang mesti pernah mengalami ngilu atau gigi sensitive, terutamanya bila makan aiskrim, ais, jeruk, makanan manis dan panas. Kebiasaanya, ia terjadi akibat:

  • Gigi haus (erosion/abrasion/attrition)
  • Gigi retak
  • Tampalan yang pecah atau bocor
  • Terdapat lubang/karies pada gigi
  • Akar terdedah akibat masalah gusi

Untuk rawatan, doktor perlu memeriksa terlebih dahulu punca gigi sensitif. Dapatkan pemeriksaan gigi di mana-mana cawangan klinik kami yang berdekatan:


✔Klinik pergigian syarifah cawangan kemaman
Lot k 3110 Jalan Kuantan-Kemaman Taman Geliga Sakti 24000 Kemaman Terengganu-0199554161

✔Klinik pergigian syarifah cawangan teluk sisek
B-8010 Sri Kuantan Square Jalan Teluk Sisek 25200 Kuantan Pahang -0199814913

✔Klinik Pergigian syarifah cawangan indera mahkota 8
B-114 First Floor Lorong IM8/33 Indera Mahkota 8 26080 Kuantan Pahang -0197794162
 
 
 

Saturday, April 23, 2016

GIGI PALSU DAN TEMPOH PENYESUAIAN

Jika anda pertama kali memakai gigi palsu atau anda memakai gigi palsu bahagian bawah ia amat merungsingkan anda kerana anda mungkin memerlukan masa untuk memastikan ia selesa.Ia dinamakan tempoh penyesuaian.

Pada kali pertama atau pemakaian gigi palsu yang baru anda mungkin mengalami masalah berikut:

1.Perubahan pertuturan-biasanya anda akan sukar menyebut huruf R atau sesetengah  perkataan dengan tepat
2.Kesukaran untuk mengunyah serta menghancurkan makanan-ini kerana mungkin anda terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan gusi anda sakit
3.Pengeluaran air liur yang bertambah-ini kerana otak kita masih berfikir ada sesuatu di dalam mulut dan megaktifkan kelenjar liur.
4.Kelainan paras rupa-sudah tentu kerana kina anda mempunyai gigi.
5. Gusi terasa sakit dan melecet atau terjadinya ulser
 
Petua untuk anda:
·         Mulakan makan dengan makanan yang lembut seperti bubur dan roti
·         Makanan dipotong kecil-kecil supaya senang dikunyah
·        'Gam' gigi palsu (Polident) dapat membantu anda dalam tempoh penyesuaian gigi palsu baru
·         Jangan pakai gigi palsu buat sementara waktu jika sakit. Bawa gigi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan


*kunjungi klinik pergigian syarifah(kemaman,kuantan) untuk pemeriksaan lanjut*

Sekiranya anda masih tidak suka memakai gigi palsu tersebut, mungkin anda boleh bertukar kepada gigi palsu flexible yang lebih selesa atau bridge/implant (bergantung pada keadaan gigi & perlu dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu)


Saturday, April 9, 2016

GIGI TERIMPAK ATAU CONGENITALLY MISSING?

Adakah gigi anda cukup bilangannya?

Sekiranya gigi anda tidak cukup 32 batang, atau mempunyai gigi yang jarang, atau masih mepunyai gigi susu walaupun sudah dewasa, kemungkinan besar anda masih mempunyai gigi yang terbenam ataupun sememangnya congenitally missing (tiada sejak lahir/tiada dalam tulang rahang)

Perlukah mengambil xray (radiograf) ?
YA




Gigi yang biasanya terbenam disebabkan tidak cukup ruang atau terhalang laluannya untuk tumbuh.  Biasanya gigi taring, gigi premolar bawah dan gigi geaham bongsu.

Gigi yang congenitally missing pula memang tiada dalam tulang rahang.
Biasanya gigi atas kapak (lateral incisor), gigi geraham kecil (premolar)

Rawatan yang mungkin diperlukan:

Sekiranya gigi/gusi terasa sakit atau membengkak, kemungkinan pembedahan perlu dilakukan bagi membuang gigi terimpak. Bagi rawatan susulan, atau rawatan estetik, braces dan penggantian gigi yang tiada (bridge/implant) boleh dilakukan.

Tuesday, April 5, 2016

Gigi Susu

Bilakah perlu mencabut gigi susu?

 
Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun
Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.
Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)
*kunjungi klinik pergigian syarifah(kemaman,kuantan) untuk pemeriksaan lanjut*


Monday, April 4, 2016

Berapa Kerapkah Gigi Harus Di X-Ray


Orang ramai memerlukan X -ray  untuk mengesan kesihatan mulut mereka. persoalannya berapa kerap perlu X-ray dilakukan ? Jawapannya bergantung kepada sejarah perubatan dan pergigian anda dan keadaan semasa mulut anda. Sesetengah orang mungkin memerlukan X-ray sekerap setiap enam bulan. Orang yang melawat doktor gigi secara tetap akan mempunyai kesihatan mulut yang baik dan mungkin hanya perlu x-ray sekali setiap 3 tahun.

Siapa yang memerlukan X-Ray yang lebih kerap atau biasa?

Kanak-kanak dan remaja -Melalui penyelidikan Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai banyak kaviti dan perlukan x-ray  kesihatan  mulut setiap enam bulan atau setiap tahun, bergantung kepada umur.Disamping itu, X -ray juga membantu untuk mengesan pertumbuhan gigi seseorang.

Orang Dewasa yang memangnya mempunyai banyak tampalan , crown, bridge dan lain-lain- X -ray dapat membantu doktor gigi mendapati kerosakan di bawah tampalan dan crown anda atau di tempat-tempat lain.
Orang yang menghadapi penyakit periodontal ( gusi) dan X -ray boleh mendedahkan tanda-tanda perlakunyan periodontal. Jika ini berlaku , maka anda mungkin perlu pembedahan periodontal ( gusi).

Orang yang mulut kering , juga dikenali sebagai xerostomia - Air liur membantu menjaga mulut dan gigi yang sihat dengan mengawal tahap asid ( pH) di dalam mulut. Dalam mulut yang kering, pH berkurangan. Ini menyebabkan mineral dalam gigi untuk memecahkan, menyebabkan lebih kaviti. Banyak ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering.



Perokok - Merokok meningkatkan risiko kehakisan  gigi dan penyakit periodontal.

*kunjungi klinik pergigian syarifah untuk pemeriksaan mulut *
-menjegah lebih baik dari merawat-

Thursday, March 24, 2016

Rawatan fissure sealant untuk pelindungan gigi anak anda



                                Image from:  http://www.clontarfdentalpractice.ie/fissure-sealant/

Fissure sealant ialah rawatan pencegahan untuk melindungi permukaan gigi dari cepat rosak.

Gigi mempunyai permukaan atas yang berlekuk (fissure) dan mempunyai pit. Kawasan ini mempunyai risiko tinggi untuk mudah rosak disebabkan oleh struktur yang mudah terlekat makanan dan sukar dibersihkan jika tidak diberus dengan betul. Maka plak dan bakteria berkumpul serta membebaskan asid dan menyebabkan kerosakan gigi.

Indikasi:

  • Kanak-kanak yang sukar/malas memberus gigi
  • Rekod karies yang tinggi
  • Enamel defek
  • Pesakit yang memakai braces
  • Pit dan fissure yang dalam

Monday, March 21, 2016

GIGI GERAHAM BONGSU SENTIASA SAKIT

 
 
Mengapakah gigi geraham bongsu sentiasa sakit?

1. Kedudukan gigi geraham bongsu yang hujung menyebabkan anda sukar memberus gigi kerana sukar dicapai atau terlindung dengan pipi. Tambahan pula jika gusi menutupi gigi geraham tersebut tidak dapat dibersihkan, sisa makanan akan terperangkap di bawah gusi dan menyebabkan jangkitan kuman (Pericoronitis)

2. Kedudukan gigi yang senget juga menyebabkan sisa makanan terperangkap di antara gigi geraham tersebut dan gigi bersebelahan. Lama kelamaan, gigi akan menjadi berlubang pada kedua-dua gigi geraham.

Seeloknya, jika anda sukar untuk menjaga gigi tersebut, pembedahan membuang gigi geraham bongsu perlu dilakukan.

Hubungi kami untuk temujanji =)

Friday, March 18, 2016

GANTI GIGI HILANG


Mungkin ramai yang tak selesa memakai gigi palsu biasa yang keras, tapak lebar, susah utk membersihkan gigi dan gigi cepat berlubang.

Dan mungkin juga ramai yang tak tahu mereka boleh bertukar kepada bridge atau gigi palsu flexible. Bridge semestinya lebih selesa kerana tiada tapak dan senang dibersihkan!

 Segera datang ke klinik kami hari ini untuk mendapatkan penerangan & pemeriksaan lebih lanjut

1.TELUK SISIK-0199814913

2.GELIGA KEMAMAN-0199554161/ 098684161
3.INDERA MAHKOTA8-0197794161

Sunday, March 13, 2016

SAKIT SELEPAS CABUT GIGI

Sumber: DentalCare Matters
 
Kenapakan ada rasa sakit selepas cabut gigi?

Ia biasanya terjadi kepada pesakit yang berkumur-kumur selepas cabut gigi, dan darah tidak sempat membeku (blood clot) atau darah dalam soket hilang terlalu awal sebelum sempat membentuk gumpalan untuk menutupi ruang soket.

Jangkitan kuman mudah berlaku dan menyebabkan kawasan cabutan menjadi sakit. Tambahan pula, sekiranya terdapat sisa makanan terlekat dalam ruang soket serta mulut tidak digosok dengan bersih, jangkitan kuman lebih cepat berlaku.

Psst! (pesanan tak formal) : Sakit gigi lepas cabut ni bukan sebab salah doktor yang cabut tu ye tuan puan =) Ianya lebih kepada jangkitan kuman. So kalau boleh, lepas cabut jangan kumur-kumur. Makan makanan sejuk-sejuk je dulu untuk elakkan pendarahan berlebihan. Kalau rasa sakit, cepat-cepat jumpa doktor balik untuk cek keadaan kawasan cabutan =)

Friday, March 11, 2016

TIDAK MAHU MEMAKAI GIGI PALSU

Sebenarnya, agak sukar untuk  membiasakan diri dengan gigi palsu kerana tidak suka :

  • tapak gigi palsu yang lebar
  • susah untuk bercakap
  • gigi palsu longgar
  • sakit pada gusi dan tulang rahang
  • susah untuk membersihkan gigi
  • gigi cepat rosak


Sememangnya pemakaian gigi palsu mengambil masa untuk sesuai dan selesa, biasanya 2-3 bulan bergantung kepada pesakit. Akan tetapi, terdapat alternative lain selain gigi palsu, yang lebih selesa iaitu DENTAL BRIDGE. Ini adalah contoh kes di klinik kami:



Tetapi, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doctor terlebih dahulu kerana tidak semua sesuai untuk memakai bridge.

✔Klinik pergigian syarifah cawangan kemaman
Lot k 3110 Jalan Kuantan-Kemaman Taman Geliga Sakti 24000 Kemaman Terengganu-0199554161

✔Klinik pergigian syarifah cawangan teluk sisek
B-8010 Sri Kuantan Square Jalan Teluk Sisek 25200 Kuantan Pahang -0199814913

✔Klinik Pergigian syarifah cawangan indera mahkota 8
B-114 First Floor Lorong IM8/33 Indera Mahkota 8 26080 Kuantan Pahang -0197794162

Tuesday, March 8, 2016

MASALAH DALAM MENGUNYAH MAKANAN??

ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH DALAM MENGUNYAH MAKANAN??

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG KURANG LAWAS MEMBUANG AIR BESAR?
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI KEHILANGAN GIGI KEKAL LEBIH DARIPADA 1 BATANG??
ADAKAH SETIAPKALI MAKAN MAKANAN ANDA SERING TERSELIT DI CELAH GIGI??

TAHUKAH ANDA ....

Makanan yang dimakan yang tidak dikunyah dengan sempurna menyebabkan proses penghadaman didalam perut mengambil masa yang lama untuk di proses penyerapan zat dan nutisi mungkin tergangu akibat daripada pengunyahan yang kurang lengkap.

Makanan yang dimakan perlu digaul didalam mulut kerana didalam mulut mempunyai beberapa enzim yang penting sebelum proses penguraian selanjutnya didalam perut.

"Tahukah anda kita disarankan untuk mengunyah makanan sebanyak 40kali sebelum menelannya"

GIGI BELAKANG AMAT PENTING DALAM PROSES MENGUNYAH.
TUGAS MENGUNYAH TIDAK BOLEH DIAMBIK ALIH OLEH GIGI HADAPAN.

JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERKAITAN GIGI ANDA BOLEH BERJUMPA DENGAN KAMI.

KLINIK PEEGIGIAN SYARIFAH GELIGA KEMAMAN.
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH INDERA MAHKOTA8
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH TELUK SISIK KUANTAN.
KAMI sedia membantu anda...

KGS team group

Sunday, March 6, 2016

PEMERIKSAAN GIGI PERCUMA MAC 2016



Anda boleh bertanya tentang masalah gigi yang sakit, gigi yang ingin dirawat supaya cantik berseri dan apa sahaja semasa pemeriksaan! Kami juga akan memberitahu pelan rawatan yang sesuai untuk gigi anda!
 
SEGERA DATANG KE MANA-MANA CAWANGAN KLINIK KAMI YANG BERHAMPIRAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...