Sunday, March 13, 2016

SAKIT SELEPAS CABUT GIGI

Sumber: DentalCare Matters
 
Kenapakan ada rasa sakit selepas cabut gigi?

Ia biasanya terjadi kepada pesakit yang berkumur-kumur selepas cabut gigi, dan darah tidak sempat membeku (blood clot) atau darah dalam soket hilang terlalu awal sebelum sempat membentuk gumpalan untuk menutupi ruang soket.

Jangkitan kuman mudah berlaku dan menyebabkan kawasan cabutan menjadi sakit. Tambahan pula, sekiranya terdapat sisa makanan terlekat dalam ruang soket serta mulut tidak digosok dengan bersih, jangkitan kuman lebih cepat berlaku.

Psst! (pesanan tak formal) : Sakit gigi lepas cabut ni bukan sebab salah doktor yang cabut tu ye tuan puan =) Ianya lebih kepada jangkitan kuman. So kalau boleh, lepas cabut jangan kumur-kumur. Makan makanan sejuk-sejuk je dulu untuk elakkan pendarahan berlebihan. Kalau rasa sakit, cepat-cepat jumpa doktor balik untuk cek keadaan kawasan cabutan =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...