Thursday, March 24, 2016

Rawatan fissure sealant untuk pelindungan gigi anak anda



                                Image from:  http://www.clontarfdentalpractice.ie/fissure-sealant/

Fissure sealant ialah rawatan pencegahan untuk melindungi permukaan gigi dari cepat rosak.

Gigi mempunyai permukaan atas yang berlekuk (fissure) dan mempunyai pit. Kawasan ini mempunyai risiko tinggi untuk mudah rosak disebabkan oleh struktur yang mudah terlekat makanan dan sukar dibersihkan jika tidak diberus dengan betul. Maka plak dan bakteria berkumpul serta membebaskan asid dan menyebabkan kerosakan gigi.

Indikasi:

  • Kanak-kanak yang sukar/malas memberus gigi
  • Rekod karies yang tinggi
  • Enamel defek
  • Pesakit yang memakai braces
  • Pit dan fissure yang dalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...