Tuesday, October 29, 2013

MULUT ANDA ADALAH SEPERTI SEBUAH KERETA







Tahukah anda, mulut anda boleh di umpamakan seperti sebuah kereta? KEnapa ye doktor mengumpamakan sedemikian?

Ini adalah kerana  gigi memerlukan pemeriksaan yang berkala seperti juga kereta.
Jika kita lihat kereta kita perlu menukar minyak hitam jika kita telah melakukan perjalanan untuk satu tempoh tertentu.Jika kita tidak melakukan sebarang servis untuk 'Maintain"kecekapan kereta kita lama kelamaan kereta kita akan mengalami banyak masalah dan penurunan kecekapan dan berisiko untuk rosak.Harga bagi untuk membaiki kereta yang rosak jauh lebih mahal dari servis untuk maintenance!!

Bagi gigi pula,tanda aras 6 bulan sekali atau setahun sekali sudah cukup mudah untuk kita ingat bagi melakukan pemeriksaan gigi.Ini adalah kerana masalah gusi dan gigi berlubang tidak dapat di kesan pada permulaan.Hanya dengan pemeriksaan gigi berkala sahaja doktor gigi dapat mengenalpasti gigi yang berlubang yang berada pada peringkat awal.Jika ia telah terlambat anda akan mungkin mengalami masalah yang lebih teruk dengan tanda-tanda seperti sakit yang berdenyut-denyut sampai ke kepala.Begitu juga masalah gusi,jika pemeriksaan berkala anda selalu lakukan,masalah karang gigi seperti GUSI BERDARAH dan GIGI BERGOYANG tentu sekali tidak menghampiri diri anda.

Tahukah anda rawatan pencegahan adalah jauh lebih murah dari harga rawatan untuk membaikpulih.Adakah anda lebih sayangkan kereta anda lebih dari gigi anda sendiri??
JIKA YA....Tanya diri anda bilakah kali terakhir anda mendapat pemeriksaan mulut anda di klinik gigi??Dn bila pula kali terakhir anda membuat pemeriksaan dan servis kereta anda??

Jika anda ingin mengunakan gigi anda buat jangka masa lama atau tidak mahu kehilangannya....AMBIK LANGKAH DENGAN SEGERA....pergi lakukan pemeriksaan gigi di klinik berhampiran anda.

Wednesday, October 23, 2013

KENAPA GUSI SAYA BERDARAH?


.GUSI BERDARAH.Pernahkah anda menghadapi keadaan 
 ini sewaktu anda memberus gigi?

Tentu anda tertanya tanya kenapa gusi anda berdarah meskipun anda tidak memberusnya dengan kuat.Yang peliknya,anda tidak pernah lupa untuk memberus gigi setiap hari tetapi masalah tersebut tetap berlaku.


 
Sebenarnya gusi anda tidak akan berdarah jika ia tidak mempunyai masalah.Gusi berdarah adalah
satu tanda di mana anda telah mempunyai masalah gusi.Karang gigi dan plak gigi merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini.Disamping itu makanan yang melekat dicelah gigi yang tidak dapat di keluarkan secara pemberusan gigi sahaja juga penyebab gusi berdarah

Dalam rajah di atas ,gusi di sekeliling gigi tersebut bengkak dan berwarna merah.Sebenarnya di bawah gusi tersebut ada karang gigi yang terselindung.Dengan hanya memberus gigi karang tersebut tidak dapat hilang atau tertanggal.
Bagi masalah ini anda memerlukan rawatan Dental Scalling dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku.Jika masalah gusi ini tidak dirawat,ia boleh menyebabkan;

1.mulut berbau
2.gigi menjadi renggang
3.tulang yang menyokong gigi menyusut
4.gigi bergoyang
5.kehilangan gigi

Jika anda tidak mahu ini berlaku pada diri anda pastikan anda mendapat pemeriksaan gigi secara berkala.Jangan malu dengan dr gigi anda, kerana kami semua sudah biasa dengan masalah ini.


call klinik kami segera untuk temujanji dan pemeriksaan awal.
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)-0199554161
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KUANTAN)-0199814913

APA ITU KARANG GIGI/ DENTAL CALCULUS?

karang gigi yang baru sedikit 

What is tartar (dental calculus) and why is it a concern?

Even if you practise the best oral hygiene, bacteria will be found in your mouth. These bacteria, along with proteins and food by-products, form a sticky film called dental plaque. This film coats your teeth. Plaque is most prevalent in areas that are hard to clean, like the molars, just along the gum line and around fillings or other dental products.
Plaque is bad news. Every time you eat, these bacteria secrete acids that can damage your tooth enamel and lead to cavities. The acids can also cause inflammation and infection to your gums. But, if you remove plaque regularly with proper hygiene, this assault can be prevented from leading to permanent tooth decay.
If plaque is allowed to remain and harden, which can happen after just 26 hours, it hardens into tartar, or dental calculus. Once tartar has mineralised onto your teeth, it is far more difficult to remove than plaque.

karang gigi yang menyebab gusi berdarah
karang gigi yang menyebab masalah gusi dan gigi menjadi jarang


What effects does tartar (dental calculus) have on teeth and gums?

Once tartar forms, it can be more difficult to brush and floss your teeth effectively. The acids released by the bacteria in your mouth are more likely to break down your tooth enamel. That leads to cavities and tooth decay -  one of the most common health complaints in the world. Tartar that develops above the gum line can be especially serious. That's because the bacteria it harbours can irritate and damage gums. Over time, this inflammation can lead to progressive gum disease, which can have serious consequences if left untreated. The mildest form of gum disease is called gingivitis. This is the initial stages of gum inflammation caused by the presence of plaque and tartar on the teeth. Gingivitis can usually be stopped and reversed with careful brushing, flossing, and regular cleaning by dental professionals.
If tartar is not removed and gingivitis is left untreated, it can progress into a more serious form of gum disease known as periodontitis, whereby pockets form between the gums and teeth. Those pockets become infected by bacteria beneath the gums. The body's immune system releases chemicals to fight the bacteria, which, along with the substances the bacteria release, can damage the bone and other tissues that hold the teeth in place. This can ultimately lead to tooth loss and bone degradation. In addition, studies have shown that bacteria in gum disease may contribute to heart disease and other conditions.


DENTAL SOLUTION: Do dental  SCALLING      every 6 month.


sumber:webmd.boots.com

Tuesday, October 22, 2013

GIGI PALSU FLEXIBLE vs GIGI PALSU COBALT CROME


 Ramai  yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mengganti gigi mereka yang telah hilang.Adakah perlu dicabut semua sekali dahulu baru boleh di ganti dengan gigi palsu penuh?
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganti gigi yang hilang antaranya adalah:
1.Implant gigi
2.Jambatan gigi/dental bridge
3.Gigi palsu Acrilic
4.Gigi palsu flexibe
5.Gigi palsu  cobalt chrome
gigi palsu flexible
gigi palsu chrome cobalt
Hari ini saya hanya ingin menerangkan perbezaan antara gigi palsu flexible dan gigi palsu chrome cobalt.Seperti gambar rajah di atas, gigi palsu flexible ia lembut dan mudah di lentur.Tidak seperti gigi palsu Arcrilic jika jatuh ia mudah patah tetapi gigi palsu flexible dan chrome cobalt ini jarang yang patah.


Di samping itu gigi palsu flexible ini juga biasanya lagi melekat dari gigi palsu Arcrilic kerana gigi palsu ini dapat memegang disekeliling gigi yand ada.ia juga boleh di lentur,serta mempunyai tapak yg lebih kecil,ringan,selesa,serta tiada dawai besi. .

Berbanding gigi palsu biasa(Acrylic dentures) yg memerlukan tapak yg besar dan dawai besi sbg sokongan menyebabkan si pemakai tidak selesa kerana berat dan berasa penuh di dalam mulut.




Gigi palsu chrome colbat juaga antara gigi palsu yang selesa digunakan dan tahan lama berbanding gigi palsu Arcrilic.Ia di buat daripada chrome,ia juga lebih kecil dan ringan.kekurangannya hanyalah pada warnanya yang kurang estetik.
Walau apapun pilihan gigi palsu anda,ia tetap PALSu..yang pastinya yang asli yang paling selesa tiada bandingan 
. Oleh itu,jagalah gigi anda jangan sampai memerlukan pemakaian gigi palsu.
Ini kerana apa-apa jenis penggantian gigi pun anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.


.

PENGGANTIAN GIGI YANG HILANG SECARA JAMBATAN (DEntal bridge)

 Adik Hassan berumur 15 tahun dan masih bersekolah.Tetapi dia mempunyai masalah keyakinan diri kerana gigi depannya yang hilang beberapa tahun lepas akibat gigi rosak teruk dan terpaksa dicabut.Pada pemeriksaan pertama dengan saya adik hassan tidak mahu bercakap banyak..bila saya melakukan pemeriksaan didapati adik Hassan memerlukan beberapa rawatan sebelum penggantian gigi dapat dilakukan.Antaranya adalah gigi hadapan di kiri dan kanannya juga mempunyai lubang yang dalam dan memerlukan rawatan akar di lakukan(RCT),disamping memerlukan rawatan cuci gigi (dental scalling).
 Dental scalling ini perlu dilakukan kerana ,adik Hassan mempunyai karang gigi yang menyebabkan gusi berdarah serta mulut berbau.Setelah itu RCT dilakukan pada gigi yang mempunyai lubang yang dalam dan mempunyai sejarah gusi bengkak.Selesai rawatan gigi tersebut ditampal.
.

 
  


 Ini adalah gambar setelah cuci gigi di lakukan serta RCT di lakukan kepada gigi hadapan gigi 11 ditepi gigi yang hilang dan tampalan putih dibuat bagi menghilangkan  kesan gigi yang berlubang sebelum ini.

  Bagi mengelokkan lagi dan menambah keyakinan,penggantian gigi yang hilang secara tetap telah di pilih.Iaitu adik Hassan telah membuat 3 unit bridge di gigi hadapan atasnya.Dr Ain hanya memerlukan 2 kali temujanji untuk menyiapkan dental bridge ini.Rawatan pertama adalah untuk membuat bentuk dan mengambil acuan saiz gigi tersebut dan lawatan ke dua adalah untuk memesang dental bridge ini.Hanya lebih kurang 2 minggu ,penampilan adik Hassan telah berubah.Kini adik Hassan tidak gusar lagi untuk melemparkan senyuman.
 
Gigi palsu biasa tidak di galakkan dalam kes ini kerana ia boleh menyebabkan masalah gusi dan jika tidak dapat di jaga  dengan bersih ia boleh menyebabkan gigi menjadi rebut dan berlubang. Penjagaan gigi Bridge adalah lebih mudah untuk dijaga.Anda hanya perlu datang ke klinik gigi setiap 6 bulan sekali bagi membuat cuci gigi.

Friday, October 18, 2013

Smile with confidence!


Gigi yang cantik teratur serta bersih, mempengaruhi kecantikan keseluruhan diri seseorang.Jika gigi tidak cantik,maka kita akan malu-malu untuk melemparkan senyuman dan ia akan mempengaruhi penampilan seseorang.Sedangkan kita tahu dengan hanya melemparkan senyuman kita telah pun memberi sedekah tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit.
   
Tahukah anda,senyuman adalah perkara pertama yang di perhatikan kali pertama kita bertemu dengan seseorang.


 Oleh sebab itulah makin ramai yang mendapatkan rawatan cosmetik seperti teeth bleaching atau pemutihan gigi dan rawatan orthodontik atau braces bagi mendapatkan senyuman yang di idamkan.
BEFORE
AFTER
 Sebenarnya, Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga  pernah mendapatkan Rawatan dental cosmetic bagi giginya untuk mendapatkan senyuman yang menawan yang mampu memukau seluruh dunia.Antara lain artis-artis yang pernah mendapatkan rawatan gigi cosmetic adalah seperti berikut:






 Jika anda inginkan membuat pemeriksaan atau rundingan sila call klinik bagi mendapatkan temujanji di talian:


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH, JALAN TELUK SISIK: 0199814913
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH ,GELIGA KEMAMAN; 0199554161

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH JALAN TELUK SISIK DI KUANTAN, PAHANG.


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH yang terletak di Jalan Teluk Sisik merupakan salah sebuah klinik gigi yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan.Klinik pergigian syarifah ini telah di tubuhkan semenjak 2011 lagi.Lokasinya amat strategik kerana ia berhampiran dengan HOTEL SRI MALAYSIA dan HOTEL VISTANA.

Klinik ini beroperasi dari jam 9 pagi  sehingga 9 malam setiap hari isnin sehingga hari Jumaat.Pada hari Sabtu klinik ini hanya peroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.

Klinik Pergigian Syarifah di Jalan Teluk Sisik Kuantan, Pahang ini terletak di sebelah Klinik Pakar Mata Eye Medic dan juga Klinik Telinga-Gnosis Hearing.Manakala berhadapan Klinik Pergigian Syarifah Kuantan, Jalan Teluk Sisik ini pula adalah pusat hiasan dalaman rumah ENG LAI dan pusat servis kereta,HONYIN  Honda.


Klinik Pergigian Syarifah Jalan Teluk Sisik , menyediakan pelbagai jenis rawatan, antaranya adalah rawatan tampalan gigi,cuci gigi atau scalling,Rawatan pendakap gigi atau braces,Penggantian gigi yang hilang bukan hanya dengan cara gigi palsu biasa malahan gigi palsu flexible ,crown,bridge dan implant.

Antara yang unik di Kinik Pergigian Syarifah Jalan Teluk Sisik Kuantan ini adalah , klinik ini dilengkapi dengan Xray gigi yang dapat mengambil Xray OPG dan Lateral Ceph yang dapat membantu dalam melakukan dignosis bagi rawatan Orthodontik,Implant dan juga pembedahan gigi geraham bongsu atau MOS.


Bagi yang mereka yang tinggal di sekitar bandar Kuantan yang berminat untuk mendapatkan rundingan dan nasihat berkaitan masalah gigi anda bolehlah datang ke Klinik Pergigian Syarifah Jalan Teluk Sisik ini atau call no 0199814913 bagi mendapatkan temujanji.


Friday, October 11, 2013

LANGKAH PERTAMA SEBELUM MEMAKAI BRACES (PENDAKAP GIGI)

Sebelum anda dapat memakai braces ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan :


Langkah pertama adalah datang ke klinik gigi Syarifah bagi mendapat pemeriksaan  pertama.Pada pemeriksaan pertama ini kami akan mengambil acuan gigi atas dan bawah dn juga pesakit perlu mengambil X-ray gigi.X-ray gigi ini ada 2 jenis iaitu OPG dan Lateral Ceph.

Tujuan pengambilan model gigi dan X-ray ini adalah untuk membantu doktor membuat  dan mengkaji apkah masalah yang di hadapi oleh pesakit sama ada masalah pada gigi sahaja atau mungkin juga melibatkan gigi dan tulang rahang.

OPG  dan Lateral ceph X-Ray mesin
Ia digital selesa dan selamat untuk digunakan

Ini akan membantu doktor membuat plan rawatan yang terbaik dan paling sesuai bagi setiap pesakit. Untuk makluman, setiap pesakit mempunyai masalah susunan gigi dan rahang yang berbeza.

Pengambilan scusn gigi untuk dijadikan model gigi

Contoh model gigi yang siap

OPG-Xray
Lateral Ceph X-Ray





PASANG BRACES DI TERENGGANU

 Pasang braces??Ramai yang bertanya di manakah mereka boleh mendapatkan khidmat memasang braces di negeri Terengganu ini.Sememangnya dulu sangat sukar untuk menemui klinik yang dapat menyediakan servis rawatan memasang pendakap gigi atau juga dikenali sebagai dental braces.


Kini di klinik kami di Kuantan dan di Kemaman telah mempunyai 3 orang doktor yang mampu memberikan servis yang terbaik bagi rawatan bracaces ini.2 orang doktor perempuan dan seorang doktor lelaki iaitu Dr Syarifah, Dr Ain dan Dr Iswan...

Kami mempunyai tenaga kerja yang ramai bagi memastikan anda tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan rawatan pendakap gigi ini memandangkan jika di lihat di hospital-hospital kerajaan anda perlu menunggu sehingga memakan masa hampir 2 tahun baru dapat melakukan rawatan.

Klinik kami di KEMAMAN,TERENGGANU...boleh dihubungi di talian  0199554161 bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan rawatan braces ini.

Anda juga boleh menghubungi klinik di KUANTAN bagi mengetahui harga braces yang di tawarkan di talian 0199814913

CARA PENJAGAAN GIGI BAYI

Saya terpanggil untuk melakukan posting berkaitan penjagaan gigi susu atau juga di kenali  juga sebagai deciduous teeth ini kerana ramai ibubapa yang datang ke klinik saya bertanya:

-" Dr Syarifah, kenapa ye,gigi anak saya cepat reput?
- Dr Syarifah kenapa ye gigi depan anak saya dah bertukar warna hitam sedangkan anak saya baru berumur 1 tahun?
-Saya tak tahu lagi nak jaga macam mana gigi anak saya ni,daripada abang,kakak dan adik semua gigi reput bukan tak gosok gigi dah gosok gigi tapi reput juga...


Kita perlu tahu bahawa gigi susu yang pertama biasanya tumbuh dalam lingkungan umor bayi 6 bulan ke 8 bulan.Biasanya gigi bawah hadapan (centra incisor) akan tumbuh dahulu di ikuti oleh gigi atas hadapan (upper central incisor).
Add caption
TIPs yang mudah dan murah yang saya ingin kongsikan hari ini adalah merupakan petua orang-orang lama yang ibu saya kongsikan adalah dengan cara MENGGOSOK GIGI YANG BARU KELUAR ITU DENGAN GARAM KASAR..

SELAMAT MENCUBA!!

Ps: nantikan tips seterusnya yang akan saya kongsikan untuk memastikan kesihatan gigi anak anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...