Tuesday, October 22, 2013

PENGGANTIAN GIGI YANG HILANG SECARA JAMBATAN (DEntal bridge)

 Adik Hassan berumur 15 tahun dan masih bersekolah.Tetapi dia mempunyai masalah keyakinan diri kerana gigi depannya yang hilang beberapa tahun lepas akibat gigi rosak teruk dan terpaksa dicabut.Pada pemeriksaan pertama dengan saya adik hassan tidak mahu bercakap banyak..bila saya melakukan pemeriksaan didapati adik Hassan memerlukan beberapa rawatan sebelum penggantian gigi dapat dilakukan.Antaranya adalah gigi hadapan di kiri dan kanannya juga mempunyai lubang yang dalam dan memerlukan rawatan akar di lakukan(RCT),disamping memerlukan rawatan cuci gigi (dental scalling).
 Dental scalling ini perlu dilakukan kerana ,adik Hassan mempunyai karang gigi yang menyebabkan gusi berdarah serta mulut berbau.Setelah itu RCT dilakukan pada gigi yang mempunyai lubang yang dalam dan mempunyai sejarah gusi bengkak.Selesai rawatan gigi tersebut ditampal.
.

 
  


 Ini adalah gambar setelah cuci gigi di lakukan serta RCT di lakukan kepada gigi hadapan gigi 11 ditepi gigi yang hilang dan tampalan putih dibuat bagi menghilangkan  kesan gigi yang berlubang sebelum ini.

  Bagi mengelokkan lagi dan menambah keyakinan,penggantian gigi yang hilang secara tetap telah di pilih.Iaitu adik Hassan telah membuat 3 unit bridge di gigi hadapan atasnya.Dr Ain hanya memerlukan 2 kali temujanji untuk menyiapkan dental bridge ini.Rawatan pertama adalah untuk membuat bentuk dan mengambil acuan saiz gigi tersebut dan lawatan ke dua adalah untuk memesang dental bridge ini.Hanya lebih kurang 2 minggu ,penampilan adik Hassan telah berubah.Kini adik Hassan tidak gusar lagi untuk melemparkan senyuman.
 
Gigi palsu biasa tidak di galakkan dalam kes ini kerana ia boleh menyebabkan masalah gusi dan jika tidak dapat di jaga  dengan bersih ia boleh menyebabkan gigi menjadi rebut dan berlubang. Penjagaan gigi Bridge adalah lebih mudah untuk dijaga.Anda hanya perlu datang ke klinik gigi setiap 6 bulan sekali bagi membuat cuci gigi.

6 comments:

Miss Echa said...

Assalamualaikum dr..
Saya mengalami masalah yg sama iaitu kehilangan gigi disebabkan terjatuh.. Jadi saya telah membuat rawatan bridge ni.. Masalahnya, selepas membuat rawatan bridge, gigi depan seperti jongang sedikit.. Boleh kah saya memakai braces?

Anonymous said...

Asalam Dr,
Saya hendak tanya, sekiranya pesakit memasang korona atau jambatan ini bgi mengantikan gigi yg telah hilang akibat kemalangan atau tercabut, masihkan pesakit boleh memakai pendakap gigi bagi mencantikkan gigi nya di bahagian yg tidak terlibat pemasangan korona dan jambatan ini.
Dan berapakah kos pemasangan jambatan gigi bagi dua batang gigi.

Anonymous said...

Dokter, berdasarkan pengalaman dokter berapa lama gigi bridge boleh bertahan dan bagaimana memastikan gigi tumpang tidak rosak

azrul mahmud said...

Salam doktor,
Saya mengalami masalah underbite dua2 gigi depan.. Boleh x kalau saya cabut kdua2 gigi depan dan digantikan dengan bridge?

gick jay said...

Gigi depan rosak abis..boleh x ganti dengan bridge..dan nak tahu berapa kos yg diambil?

Unknown said...

brapa lama bridge gg bi bley bertahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...