Wednesday, October 23, 2013

KENAPA GUSI SAYA BERDARAH?


.GUSI BERDARAH.Pernahkah anda menghadapi keadaan 
 ini sewaktu anda memberus gigi?

Tentu anda tertanya tanya kenapa gusi anda berdarah meskipun anda tidak memberusnya dengan kuat.Yang peliknya,anda tidak pernah lupa untuk memberus gigi setiap hari tetapi masalah tersebut tetap berlaku.


 
Sebenarnya gusi anda tidak akan berdarah jika ia tidak mempunyai masalah.Gusi berdarah adalah
satu tanda di mana anda telah mempunyai masalah gusi.Karang gigi dan plak gigi merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini.Disamping itu makanan yang melekat dicelah gigi yang tidak dapat di keluarkan secara pemberusan gigi sahaja juga penyebab gusi berdarah

Dalam rajah di atas ,gusi di sekeliling gigi tersebut bengkak dan berwarna merah.Sebenarnya di bawah gusi tersebut ada karang gigi yang terselindung.Dengan hanya memberus gigi karang tersebut tidak dapat hilang atau tertanggal.
Bagi masalah ini anda memerlukan rawatan Dental Scalling dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku.Jika masalah gusi ini tidak dirawat,ia boleh menyebabkan;

1.mulut berbau
2.gigi menjadi renggang
3.tulang yang menyokong gigi menyusut
4.gigi bergoyang
5.kehilangan gigi

Jika anda tidak mahu ini berlaku pada diri anda pastikan anda mendapat pemeriksaan gigi secara berkala.Jangan malu dengan dr gigi anda, kerana kami semua sudah biasa dengan masalah ini.


call klinik kami segera untuk temujanji dan pemeriksaan awal.
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN)-0199554161
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KUANTAN)-0199814913

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...