Sunday, June 24, 2018

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

"Doktor,gigi saya sakit lepas cabut" doc cabut tak habis!!! Saya dah pergi kat klinik lain dan doc tu cakap ada tertinggal akar gigi dan klinik yang awak pergi doktor dia tak bagus dan doktor tu tak pandai...
Saya nak saman doktor !! Ini yang diucapkan pesakit kami di corong telifon.
.
Ini cerita betul dari klinik kami...pesakit kami datang utk cabutan 2 gigi sebelum ni dah banyak cabut sebelumnyaa okey...dua gigi yang terbaru cabut ni ,pesakit ini call dan marah-marah...katanya dia dah pergi ke klinik lain dan doktor tersebut telah bercakap sesuatu yang tak pasti..hanya tengok tampa mengambil xray menuduh klinik kami mencabut gigi dan tertinggal akar didalamnya.. paling teruk mengapi2 kan...
.
ADUH..sayang2 semua...sedih,bila sakit datang jumpa kami...kami buat sehabis baik...jika kami tak pasti kami refer...jika cabutan susah..akar patah kami pasti beritahu pesakit...tiada istilah menipu disini.
.
Kami pujuk pesakit berkenan utk datang supaya dapat kami memeriksa dan mengambil xray..katanya tak mahu bayar..silap doktor...
.
Bila di ambil xray rupa2nya tiada akar...cuma maknan banyak terkumpul di dalam socket gigi yang dicabut..tidak bersih ...2 gigi yang dicabut. ..satunya okey hanya satu sahaja yang terjadi infected socket...atau juga dikenali sebagai dry soket.
Pernahkah anda mengalami situasi di atas?
.
Saya cuci dan bersih,masukkan ubat antibiotik...kita mengalah tak bermasuk kita kalah..malu pesakit berkenaan kerana tak sabar tak perlu marah2...saya cakap puan perlu makan antibiotik untuk baik..boleh beli dimana2 klinik gigi atau farmasi.
.
Tak apalah,terima kasihlah...rupa2nya ada diantara faktor2 dibawah pesakit ini telah lakukan..
Cuba tengok dan ambik tahu apa faktor penyebab DRY SOCKET ATAU INFECTED SOCKET terjadi .
1-Merokok
Anda dilarang sama sekali untuk merokok. Sekiranya anda seorang perokok, anda tidak boleh merokok selama 24 jam. Haba panas dan bahan kimia dari rokok akan menyebabkan gusi anda tidak dapat sembuh dengan baik.
2- Berkumur
Selepas cabutan,anda tidak boleh berkumur. Ludah sahaja darah dan air liur sekiranya anda merasa tidak selesa. Terlalu banyak berkumur dikhuatiri akan menyebabkan darah beku yang akan membentuk gusi tidak akan terbentuk,seterusnya mengganggu proses penyembuhan.Tiada darah beku bermakna makan akan mudah masuk kedalam socket gigi.
3- Cara makan.
Anda boleh makan,tetapi anda tidak boleh menggunakan kawasan cabutan sehingga gusi tertutup.
Kegagalan mematuhi tiga arahan utama ini akan menyebabkan gusi tidak sembuh atau lambat sembuh. Malah ruang yang kosong ini akan dimasuki oleh bendasing seperti makanan,tulang dan bakteria.
Bendasing ini akan menyebabkan gusi lambat atau tidak sembuh,malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan jangkitan.
Rujukan:i
Gambar 1-xray yang menunjukkan jangkitan poket gigi.(bulatan merah)gigi dan akar gigi tiada.
Gambar 2- bendasing yang dikeluarkan dari SOKET GIGI-makanan yang reput dan berbau busuk!!!ubat dan bahan2 untuk membersih socket gigi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...