Sunday, May 27, 2012

Jenis -Jenis Retainer

Ia amat mengujakan apabila anda dapat menanggalkan braces anda dan beralih ke peringkat retainer. Oleh demikian berikut merupakan jenis-jenis retainer yang perlu anda tahu .


Retainer berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah dibaiki oleh braces.Ia mengambil masa hampir setahun bagi ligamen periodontal memejal ke posisi baru mereka setelah braces ditanggalkan. Oleh itu, amatlah disarankan memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces seperti yang disarankan pakar orthodontik anda. Jika anda meninggalkan atau berhenti memakai retainer, gigi anda berkemungkinan untuk kembali kepada posisi asal (sebelum rawatan braces) seperti lebih tidah tersusun dan jurang antara gigi lebih ketara.



Kebanyakan orthodontic menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan kemudian hanya pada waktu malam. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengurangkan pemakaian retainer dengan beberapa malam seminggu tetapi anda tidak boleh berhenti sepenuhnya.


Ketika anda baru memakai retainer, anda mungkin akan merasa pelik atau tidak selesa di dalam mulut anda. Pastikan anda memberitahu orthodontik anda jika terdapat mana-mana bahagian yang melekat atau tidak selesa kerana mereka boleh melaraskan retainer tersebut supaya lebih selesa. Anda mungkin mendapati anda bercakap sedikit pelat atau pelik ketika baru memakai retainer. Jangan bimbang, dalam tempoh lebih kurand sebulan, anda dapat membiasakan didi dengan penggunaannya dan pertuturan anda akan bertambah baik.


Terdapat tiga jenis retainer yang utama.


1. Retainer Hawley - Diperbuat daripada logam dan akrilik. Wayar akan dibengkokkan ke dalam akrilik atau plastik. Wayar akan melilit seluruh bahagian hadapan gigi manakala acuan akrilik akan dimuatkan dengan menyeluruh di dalam mulut anda. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan gaya . Retainer ini mudah dilaras, senang dicuci serta tahan lama.




2. Retainer Essix - Retainer ini diperbuat daripada plastik lutsinar dan menyerupai Invisalign. Braces ini tidak terlalu menonjol atau seperti tidak kelihatan langsung pada si pemakai. Retainer ini perlu diganti setelah beberapa tahun. Ia lebih selesa digunakan dalam pertuturan atau komunikasi harian.




3. Retainer kekal -  Retainer ini kekal sepanjang masa di dalam mulut anda kerana ia akan digam di belakang gigi anda. Biasanya retainer jenis ini akan diletakkan di belakan enam gigi depan yang lebih rendah. Retainer ini kadang-kadang menyebabkan anda sukar untuk floss dan mungkin menganggu lidah. Retainer ini juga tidak dapat dilihat.




Tidak kira apa pun jenis retainer anda, paling penting adalah untuk menjaga kebersihan gigi tersebut dan tetap yakin untuk senyum . :)

Saturday, May 5, 2012

Penjagaan Gigi

SUmber : ADaP


Empat Langkah untuk Mulut yang Lebih Sihat

1. Berus gigi dengan ubat gigi berflorida sekurang-kurangnya dua kali sehari
Memberus gigi sepatutnya mengambil masa tidak kurang dua minit, bermula dengan mencondongkan berus gigi anda pada kedudukan 45° daripada gusi dan memberus ke kiri dan ke kanan atau dari garisan gusi ke luar.
Kemudian memberus garisan gusi dengan lembut, bahagian dalam dan permukaan mengunyah pada setiap gigi dengan pergerakan pendek ke luar dan ke dalam.
Kebanyakan doktor gigi mengesyorkan penggunaan berus gigi lembut untuk menjaga gusi dan enamel anda. Jangan lupa untuk membersihkan lidah anda kerana ia membantu menghilangkan bakteria yang boleh menjadi faktor nafas berbau (halitosis).

2. Memflos sekerap mungkin
Memflos juga sama pentingnya dan anda perlu memflos dengan teknik yang betul – pegang flos agar satu bahagian pendek terdedah untuk digunakan. Masukkan flos dengan perlahan-lahan ke celah gigi. Jika ketat, gunakan pergerakan ke depan dan ke belakang untuk membolehkan flos memasuki ke bahagian sempit.
Pegang flos di keliling bahagian depan dan belakang setiap gigi dengan menjadikannya berbentuk “C”. Hal ini akan membuatkan flos menyaluti sekeliling bahagian tepi gigi tersebut.
Perlahan-lahan gerakkan flos ke arah pangkal gigi dan ke atas ke bahagian antara gigi dan gusi. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah dengan mengenakan tekanan yang ringan hingga kuat untuk membuang plak di bahagian tersebut.

3. Berkumur dengan pembasuh mulut setiap hari
Tahukan anda bahawa 80 peratus bakteria di dalam mulut anda tidak berada pada gigi? Oleh seab itu, adalah amat penting untuk menggunakan pembasuh mulut anti bakteria untuk mencegah pembiakan bakteria dan bau nafas yang tidak menyenangkan.
Doktor gigi mengesyorkan penggunaan pembasuh mulut tidak beralkohol kerana ia kurang mendatangkan kerengsaan kepada tekak dan tisu lembut di dalam mulut anda.

4. Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali
Berjumpa doktor gigi anda secara kerap adalah penting untuk menghilangkan plak dan mengenal pasti kaviti dan masalah-masalah kesihatan mulut lain. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia mengesyorkan lawatan tidak kurang daripada dua kali setahun, sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa.
Doktor gigi anda akan dapat menasihati anda berhubung teknik memberus dan memflos yang betul, justeru, membantu anda memelihara gigi yang cantik berseri sepanjang hidup anda.

* Disarankan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

Wednesday, May 2, 2012

Fadilat : Kelebihan Bersugi atau Menggosok Gigi

1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut....

3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )

- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )

6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .

( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )

Tuesday, May 1, 2012

Rawatan Kaviti Gigi

OPG X-ray

Mesin OPG X-ray ialah filem x-ray yang diambil pada mesin khas. Radiograf yang menunjukkan imej 2 dimensi struktur rahang keseluruhan termasuk semua gigi dengan hanya satu cara.Tidak seperti mesin x-ray pergigian konvensional  yang boleh mengambil bilangan yang berbeza dan pemandangan radiografik gigi yang terhad, di mana mesin OPG pula boleh mengambil hanya satu pandangan keseluruhan pergigian.


Imej ini diagnostik, bagaimanapun, adalah sangat bernilai dalam memeriksa keadaan gigi yang semakin membesar atau tumbuh  serta penilaian untuk trauma dan lain-lain keabnormalan. Konvensional x-ray dapat digunakan untuk pandangan terperinci, sehingga dapat digunakan dalam mendiagnosis kerosakan, masalah kanal akar dan penyakit periodontal. simen ionomer, porselin dan lain-lain.

Biasanya, pesakit dinasihatkan agar melakukan x-ray menggunakan mesin X-ray OPG kerana kewujudan gigi bongsu dapat diketahui dan rawatan untuk cabutan geraham bongsu juga lebih efektif. Di bawah menunjukkan hasil x-ray pesakit di Klinik Pergigian Syarifah yang menujukkan lokasi geraham bongsu. Ini dapat memberikan persediaan kepada pesakit sebelum gigi tersebut tumbuh.

Filem X-ray OPG

Klinik Pergigian Syarifah menyediakan pemeriksaan gigi secara menyeluruh atau x-ray sahaja kepada pesakit-pesakit kami yang mengambil berat terhadap kesihatan gigi dan mulut mereka. Ini kerana, jika terdapat sebarang permasalahan pada gigi atau rahang pesakit, ia dapat dirawat sebelum sakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...