Fadilat : Kelebihan Bersugi atau Menggosok Gigi
- Get link
- X
- Other Apps
1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa
tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika
hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan
ketika berubah bau mulut....
3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk
waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :
“ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari
Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah
s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
( Riwayat Muslim )
- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi
orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir
matahari.
4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang
suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar
kelapa dan lain-lain.
5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda
bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )
2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )
6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan
dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas
langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
7. Di antara kelebihan bersugi ialah :
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )
2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal
dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk
sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam
jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta
cahaya gigi yang segar .
( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )
- Get link
- X
- Other Apps
Comments