Sunday, June 29, 2014

Electric vs. Berus gigi Manual


*kunjungi klinik pergigian syarifah(kemaman,kuantan) untuk pemeriksaan lanjut*

Thursday, June 26, 2014

Bridge vs Implant

Apakah Dental Implant ?

Implan gigi adalah sebenarnya satu  prosedur yang dilakukan bagi menggantikan gigi yang hilang.Ia dibuat daripada titanium, dan akan dimasukkan ke dalam tulang rahang.Implant yang diperbuat dari titanium ini selamat dan tiada kesan samping kepada badan dan tulang.Ia akan melekat dengan tulang rahang kita seumpama bertindak sebagai akar gigi.
Seperti yang kita sedia maklum,titanium adalah logam yang termahal di dunia.Oleh sebab itu,tidak hairanlah harga sebatang implant boleh mencapai 4 angka sebatang.

Apakah  Dental Bridge ?

Jambatan atau dental bridge adalah salah satu cara penggantian gigi yang lebih murah dari dental implant.Ia melibatkan gigi ditepi sebelah menyebelah yang harus di tumpangi untuk memegang gigi yang hendak diganti.Gigi disebelah gigi yang hilang perlu dibentukkan sedikit bagi membolehkan bridge tersebut dilekatkan tampa mengubah bentuk dan saiz asal gigi tersebut.Harga bagi dental bridge ini bergantung kepada  kedudukan dan kehilangan gigi tersebut.

BAGI MENGETAHUI HARGA YANG TEPAT DAN PEMAHAMAN YANG JELAS BERKAITAN DENTAL IMPLANT DAN DENTAL BRIDGE INI KAMI SARANKAN ANDA SEMUA DATANG KE KLINIK KAMI BAGI PEMERIKSAAN PERTAMA DAN RUNDINGAN.

Ini adalah kerana tidak semua pesakit yang sesuai membuat dental implant  dan dental bridge.Semasa pemeriksaan pertama nanti kami dapat sarankan apa yang terbaik bagi setiap pesakit setelah melihat keadaan mulut pesakit tersebut.Di klinik Pergigian Syarifah biasanya rawatan dental bridge ini dapat siap sekitar 1 ke 2 minggu bekerja.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Klinik Pergigian Syarifah di Jalan Teluk Sisik berhampiran Hotel Sri Malaysia dan Hotel Vistana di talian  0199814914 atau boleh juga mengambil temujanji dengan menalifon di talian yang tertera.


atau di INDERA MAHKOTA 8, berhampiran KMC  dan UIA kampus Kuantan di talian
019-779 4161..ini mudah parking kereta


Bagi yang berada disekitar Paka,Kertih dan K

emaman anda boleh  datang ke Klinik kami di Geliga,Kemaman berhampiran Klinik Azmi atau boleh hubungi di talian 0199554161  bagi sebarangpertanyaan.



Antara gambar pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kami.

penggantian gigi yanglebih selesadi klinik pergigian syarifah.
penggantian gigi yang mudah di jaga dan lebih selesa.


SENYUMAN ANDA KEBAHAGIAN KAMI

Saturday, June 7, 2014

Rawatan Braces Dan X-ray

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa jika anda ingin mendapatkan rawatan braces anda perlu mengambil 2 X-ray?
1.Xray-OPG
2.Xray-lateral ceph
Tahukah anda apakah beza kedua-dua xray ini dan kenapa ia penting untuk di ambil sebelum rawatan dijalankan?

Xray-lateral ceph memang berkait rapat dengan rawatan Orthodontik.Ia sangat penting untuk di ambil bagi membolehkan doktor dapat melakukan pemeriksaan yang teliti keatas masalah yang dihadapi oleh pesakit sama ada ia berkait dengan gigi sahaja atau ada hubungkait dengan tulang rahang pesakit itu sendiri.
Dengan adanya Xray ini,ia dapat membantu doktor dalam plan rawatan bagi mencapai keputusan rawatan yang di kehendaki.
Masalah seperti "skeletal resistance" selalu memberi masalah kepada perawat bagi mendapat keputusan rawatan yang di impikan.

Sebelum rawatan braces di Klinik Pergigian Syarifah kami akan memastikan semua data dan xray di ambil terlebih dahulu dan dikira mengunakan sistem berkomputer bagi mendapatkan bacaan cephalometric analysis,ini dapat memastikan rawatan braces dapat dilakukan dengan mudah.

KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (GELIGA,KEMAMAN)-0199554161
KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (Jln TELUK SISIK,KUANTAN)-0199814913
 









Thursday, June 5, 2014

Gigi Susu





 masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan daari masa yang dinyatakan dia atas dikira normal

-KEPRIHATINAN IBU MENJAMIN KESIHATAN SI COMEL-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...