Saturday, May 5, 2012

Penjagaan Gigi

SUmber : ADaP


Empat Langkah untuk Mulut yang Lebih Sihat

1. Berus gigi dengan ubat gigi berflorida sekurang-kurangnya dua kali sehari
Memberus gigi sepatutnya mengambil masa tidak kurang dua minit, bermula dengan mencondongkan berus gigi anda pada kedudukan 45° daripada gusi dan memberus ke kiri dan ke kanan atau dari garisan gusi ke luar.
Kemudian memberus garisan gusi dengan lembut, bahagian dalam dan permukaan mengunyah pada setiap gigi dengan pergerakan pendek ke luar dan ke dalam.
Kebanyakan doktor gigi mengesyorkan penggunaan berus gigi lembut untuk menjaga gusi dan enamel anda. Jangan lupa untuk membersihkan lidah anda kerana ia membantu menghilangkan bakteria yang boleh menjadi faktor nafas berbau (halitosis).

2. Memflos sekerap mungkin
Memflos juga sama pentingnya dan anda perlu memflos dengan teknik yang betul – pegang flos agar satu bahagian pendek terdedah untuk digunakan. Masukkan flos dengan perlahan-lahan ke celah gigi. Jika ketat, gunakan pergerakan ke depan dan ke belakang untuk membolehkan flos memasuki ke bahagian sempit.
Pegang flos di keliling bahagian depan dan belakang setiap gigi dengan menjadikannya berbentuk “C”. Hal ini akan membuatkan flos menyaluti sekeliling bahagian tepi gigi tersebut.
Perlahan-lahan gerakkan flos ke arah pangkal gigi dan ke atas ke bahagian antara gigi dan gusi. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah dengan mengenakan tekanan yang ringan hingga kuat untuk membuang plak di bahagian tersebut.

3. Berkumur dengan pembasuh mulut setiap hari
Tahukan anda bahawa 80 peratus bakteria di dalam mulut anda tidak berada pada gigi? Oleh seab itu, adalah amat penting untuk menggunakan pembasuh mulut anti bakteria untuk mencegah pembiakan bakteria dan bau nafas yang tidak menyenangkan.
Doktor gigi mengesyorkan penggunaan pembasuh mulut tidak beralkohol kerana ia kurang mendatangkan kerengsaan kepada tekak dan tisu lembut di dalam mulut anda.

4. Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali
Berjumpa doktor gigi anda secara kerap adalah penting untuk menghilangkan plak dan mengenal pasti kaviti dan masalah-masalah kesihatan mulut lain. Persatuan Doktor Pergigian Malaysia mengesyorkan lawatan tidak kurang daripada dua kali setahun, sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa.
Doktor gigi anda akan dapat menasihati anda berhubung teknik memberus dan memflos yang betul, justeru, membantu anda memelihara gigi yang cantik berseri sepanjang hidup anda.

* Disarankan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...