Tuesday, October 29, 2013

MULUT ANDA ADALAH SEPERTI SEBUAH KERETA







Tahukah anda, mulut anda boleh di umpamakan seperti sebuah kereta? KEnapa ye doktor mengumpamakan sedemikian?

Ini adalah kerana  gigi memerlukan pemeriksaan yang berkala seperti juga kereta.
Jika kita lihat kereta kita perlu menukar minyak hitam jika kita telah melakukan perjalanan untuk satu tempoh tertentu.Jika kita tidak melakukan sebarang servis untuk 'Maintain"kecekapan kereta kita lama kelamaan kereta kita akan mengalami banyak masalah dan penurunan kecekapan dan berisiko untuk rosak.Harga bagi untuk membaiki kereta yang rosak jauh lebih mahal dari servis untuk maintenance!!

Bagi gigi pula,tanda aras 6 bulan sekali atau setahun sekali sudah cukup mudah untuk kita ingat bagi melakukan pemeriksaan gigi.Ini adalah kerana masalah gusi dan gigi berlubang tidak dapat di kesan pada permulaan.Hanya dengan pemeriksaan gigi berkala sahaja doktor gigi dapat mengenalpasti gigi yang berlubang yang berada pada peringkat awal.Jika ia telah terlambat anda akan mungkin mengalami masalah yang lebih teruk dengan tanda-tanda seperti sakit yang berdenyut-denyut sampai ke kepala.Begitu juga masalah gusi,jika pemeriksaan berkala anda selalu lakukan,masalah karang gigi seperti GUSI BERDARAH dan GIGI BERGOYANG tentu sekali tidak menghampiri diri anda.

Tahukah anda rawatan pencegahan adalah jauh lebih murah dari harga rawatan untuk membaikpulih.Adakah anda lebih sayangkan kereta anda lebih dari gigi anda sendiri??
JIKA YA....Tanya diri anda bilakah kali terakhir anda mendapat pemeriksaan mulut anda di klinik gigi??Dn bila pula kali terakhir anda membuat pemeriksaan dan servis kereta anda??

Jika anda ingin mengunakan gigi anda buat jangka masa lama atau tidak mahu kehilangannya....AMBIK LANGKAH DENGAN SEGERA....pergi lakukan pemeriksaan gigi di klinik berhampiran anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...