Tuesday, June 20, 2017

GIGI OVERERUPT

GIGI OVERERUPT
===============
Cuba tengok dan perhatikan model gigi diatas..gigi pesakit kami ini sudah rapat ke gusi bawah.
.
.
Gigi bawah sudah dicabut lama dahulu lagi.Gigi ini tidak diganti.
.
.
Gigi yang hilang dicabut perlu diganti.Jika gigi yang hilang tidak diganti,ia akan menyebabkan banyak masalah di kemudian hari.
.
.
Gigi pesakit kami ini sudah hilang lebih 5 tahun yang lalu.Gigi atasnya bergerak ke bawah.
.
.
Ini menyebabkan gigi atas mengalami :
1.rasa sensitif /ngilu akibat akar yang terdedah
2.makanan yang mudah terselit pada gigi geraham atas.
3.sakit pada gusi bawah
4.gigi atas menjadi longgar.
.
.
Pesakit ini datang dengan aduan untuk menganti gigi bawah yang hilang..kerana ketiadaan gigi belakang menyebabkan sukar untuk mengunyah.
.
.
Bagaimana doktor dapat membuat penggantian gigi jika ruang yang untuk mengantikan gigi sudah tiada.
.
.
Sebelum penggantian gigi boleh dibuat kami terpaksa melakukan prosedur rawatan yang lain dahulu untuk mengangkat gigi yang telah banyak bergerak..
.
.
Adakah diantara anda yang mengalami masalah bergini?
.
.
Adalah diantara anda yang kehilangan gigi tetapi tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengganti gigi yang hilang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...