FAQ cuci gigi (scaling)
Kenapa gigi saya menjadi jarang selepas rawatan scaling?
Sebenanrya, sebelum scaling lagi gigi tersebut sudah jarang disebabkan oleh pembentukan karang pada celah gigi. Tetapi anda tak perasan gigi tersebut jarang kerana ditutup oleh karang. Hakikatnya, karang tersebutlah punca gigi jarang. Lagi lama awak biar, lagi jarang gigi awak tau!
Cuba lihat gambar kat bawah:
Gigi yang jarang ni takkan jadi rapat balik, kecuali dengan rawatan seperti veneer,braces atau crown.
Kenapa gusi berdarah semasa rawatan scaling?
Semasa dan selepas pencucian gigi, anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah. Ini adalah normal untuk mereka yang mengalami masalah gusi. Karang gigi akan
menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi atau makan, gusi
anda berdarah dan kadangkala berdarah walaupun tidak disentuh.
Kenapa gigi rasa kasar dan 'weird sensation' selepas cuci gigi?
Selepas gigi di cuci, anda juga akan berasa satu kelainan
sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, biasanya
terasa seperti ada ruang. Ini adalah normal kerana bila karang sudah
dibuang, anda akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang. jangan risau okey!
Ramai yang kata, kalau kerap sangat cuci gigi, gigi semakin menipis. Betul ke?
Alat pencucian aka scaler tidak menghakis gigi seperti yang diperkatakan
kerana hanya menggunakan getaran (vibration) untuk membuang karang
gigi. Jadi gigi tak akan menjadi nipis.
Kekerapan untuk mencuci gigi biasanya bergantung kepada tahap cepat atau lambat pembentukan karang gigi. Ada yang memerlukan 3-6 bulan sekali. Ada juga 6-12 bulan sekali.
Sebenarnya karang gigi yang menyebabkan gigi semakin jarang, berdarah, 'menipis' dan longgar!
Comments
Saya nk tny normal ke kalau gusi masih berdarah selepas lebih seminggu scaling dilakukan? (ada masa banyak, ada masa sedikit)