Friday, November 1, 2013

CARA UNTUK MENGHALANG GIGI BERLUBANG DAN MULUT BERBAU







                                
FLOSSING (MEM"FLOSS" )

   

 Apakah perasaan anda jika ada makanan yang melekat pada gigi anda?Tentu anda merasakan ia amat menyeksakan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengeluarkan makanan tersebut.Bagaimana pula jika ada makanan yang melekat pada gigi tetapi anda tidak menyedarinya???Adalah satu yang sangat teruk jika membiarkan makanan yang melekat pada gigi pada jangka masa yang lama .Ini adalah kerana makanan yang melekat ini menarik kuman(bakteria),bakteria ini menghasilkan asid.Dan asid ini menyebabkan  masalah kepada gigi dan gusi. 
          Iaitu gigi berlubang dan gusi berdarah



.Dengan memberus gigi sahaja ,tidak dapat menjamin makanan yang melekat diantara gigi boleh keluar.Tetapi dengan menggunakan floss dapat membantu masalah ini.Makanan yang melekat di celah gigi yang tidak dapat di keluarkan boleh di kelaurkan dengan langkah mudah ini.MEMFLOSS!!Inilah kenapa ramai dr gigi menyatakan memfloss baik untuk kesihatan mulut.

Tetapi sayangnya tidak ramai yang rajin untuk memFLOSS gigi mereka..ramai yang datang ke klinik saya mengadu makanan melekat pada celah gigi dan meminta doktor melakukan sesuatu.Doktor tidak perlu melakukan sesuatu jika makanan yng terselit di antara gigi tersebut belum mengakibatkan lubang.ANDA HANYA PERLU MENGGUNAKAN FLOSS UNTUK MENGELUARKAN MAKANAN TERSEBUT.Tetapi jika terlewat  makanan yang tersepit yang lama boleh mengakibatkan gigi berlubang dan doktor terpaksa menampal gigi tersebut.

Makanan yang melekat terlampau lama boleh mendatangkan bau yang kurang menyenagkan pada mulut anda.Jika anda dapat mengeluarkan makanan yang mereput tersebut sudah tentunya masalah bau mulut dapat di elakkan.


Oleh itu cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengelakkan gigi berlubang dan mulut berbau adalah dengan cara rajin-rajinlah memfloss gigi anda.Dr gigi anda juga melakukan floss gigi,Jadi jangan beri alasan yang anda malas untuk memfloss gigi anda.

2 comments:

siti said...

Salam doctor. Saya nak bertanya, adakah gigi yang telah dibuat rct boleh memakai braces?saya dah buat rct masa saya form 4, dan sekarang dah 7 tahun berlalu saya masih tak buat crown. Dan sekarang baru 2 minggu pakai braces. Sekarang gusi saya bengkak di bahagian gg yang dibuat rct tu. Adakah gigi saya akan pecah ye doctor? Saya tanya doctor gigi saya dia kata takpe. Tapi sekarang pelik pulak sebab dah bengkak n sakit T_T

siti said...

Salam doctor. Saya nak bertanya, adakah gigi yang telah dibuat rct boleh memakai braces?saya dah buat rct masa saya form 4, dan sekarang dah 7 tahun berlalu saya masih tak buat crown. Dan sekarang baru 2 minggu pakai braces. Sekarang gusi saya bengkak di bahagian gg yang dibuat rct tu. Adakah gigi saya akan pecah ye doctor? Saya tanya doctor gigi saya dia kata takpe. Tapi sekarang pelik pulak sebab dah bengkak n sakit T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...