Posts

Showing posts from April, 2012

Kesan Gigi Bongsu

Kesan Jika Tidak Membuang Gigi Bongsu. Pesakit yang memilih untuk tidak atau menangguhkan cabutan gigi bongsu sehingga sakit berisiko tinggi memberikan masalah yang berkaitan akibat gigi bongsu yang bermasalah. Ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk kepada gigi sehingga gusi membengkak dan boleh melarat hingga ke bahagian leher. Selain itu, sakit yang disebabkan oleh tekanan daripada gigi bongsu boleh menular sehingga penyakit periodontal , hakisan akar pada gigi bersebelahan , serta ketumbuhan.  Malangnya, ramai yang masih mengagguhkan cabutan gigi bongsu mereka. Pesakit-pesakit ini yang bukan lagi remaja akan menjalankan pembedahan   yang lebih   rumit serta tempoh pemulihan yang lebih lama .   Sila baca OPG X-ray pada entri akan datang.   

Sebab Gigi Bongsu Bermasalah

Image
Masalah Gigi Bongsu Gigi bongu tidak dapat tumbuh dengan elok kerana tidak cukup ruang di dalam gusi untuk tumbuh disebabkan gigi bongsu adalah gigi terakhir yang akan tumbuh. Akibatnya gigi bongsu akan mengasak gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan sakit yang amat pada gigi. Masalah ini umumnya diatasi dengan mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Apabila gigi bongsu menempati posisi yang sulit untuk dicabut, gigi geraham akan menggantikan gigi bonsu untuk dicabut. Ini akan memberi ruang kepada gigi bongsu untuk tumbuh dengan baik.Kadangkala gigi bongsu tidak muncul dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat menyebabkan penumpukan sisa makanan dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi. Kewujudan gigi bongsu pada posisi yang tidak betul boleh menyebabkan hentaman tisu lembut atau pada tulang . Biasanya, pesakit akan mengadu sakit dan bengkak di belakang gigi molar kedua . Ini dii...

Gigi Geraham Bongsu / Wisdom Teeth

1.Apakah Gigi Bongsu Gigi bongsu atau wisdom teeth adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.Ia adalah gigi terakhir yang tumbuh. Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya menjadi hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi . Banyak ahli berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada mentah menjadi dimasak membuat makanan lebih lunak. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang tarikh menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah. 2. Masalah Gigi Bongsu Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, terkadang rahang tidak memiliki tempat yang cukup untuk gigi bongsu tumbuh dengan wajar. Akibatnya gigi bongsu mendesak gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan sakit pada gigi. Masalah ini umumnya diatas...

Alatan Tambahan Bersama Braces

Image
Tidak semua pesakit yang mengalami masalah gigi tidak teratur dapat diselesaikan hanya dengan braces. Oleh itu, Klinik Pergigian Syarifah menawarkan kepada pelanggan kami yang masih berusia dari 7- 18 tahun agar turut mendapatkan rawatan membaiki rahang mereka ketika atau tanpa rawatan braces. Kebanyakan kanak - kanak  yang mempunyai  gigi sesak, tidak teratur serta mempunyai tabiat gigitan yang tidak elok akan mempunyai rahang yang sempit dan rahang bawah yang tidak membangun atau rahang bawah kebelakang. Ia boleh juga permasalahan di mana rahang bawah lebih kedepan daripada bahagian atas. Ini   boleh diperbetulkan dengan peralatan berfungsi . Peralatan berfungsi membantu membetulkan tulang masalah , manakala masalah gigi diperbetulkan dengan pendakap ortodontik . Umur yang ideal untuk kegunaan peralatan berfungsi semasa  aktif membesar iaitu antara usia 9-12 tahun , apabila tahap kerjasama adalah yang tertinggi . a....

Braces Cost

Image
Salam sejahtera buat pembaca blog Klinik Pergigian Syarifah khususnya bagi mereka yang sentiasa mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Syarifah. Sejak klinik membuat akaun facebook dan blog, makin ramai yang bertanya tentang kos rawatan braces yang sebenar sama ada melalui emai, sms, facebook mahupun blog. Di sini Klinik Pergigian Syarifah ingin memaklumkan bahawa harga braces bukan suatu harga yang ditetapkan secara tetap. Ia bergantung kepada keadaan gigi pesakit itu sendiri. Jika pesakit mempunyai masalah susunan gigi yang tidak kronik, atau hanya mempunyai masalah susunan gigi pada bahagian atas atau bawah sahaja, maka tempoh rawatan braces mereka lebih singkat. Kaedah untuk merawat susunan gigi mereka juga lebih mudah.  Manakala, jika pesakit mempunyai masalah susunan gigi yang kompleks termasuk mempunyai masalah rahang atau masalah pergigian yang umum. Tempoh rawatan braces mereka lebih lama dan masalah mereka perlu dirawat dengan leih teliti. Ini merupa...

Type Of Braces ( Jenis Pendakap Gigi)

Image
Klinik Pergigian Syarifah menyediakan pelbagai jenis rawatan braces khas untuk pelanggan kami. Jenis braces adalah bergantung kepada masalah gigi pesakit dan kemampuan dari segi kos. Braces yang ditawarkan di Klinik Pergigian Syarifah adalah yang terbaik dan rata-rata mereka yang telah memakai braces di klinik kami amat berpuas hati dengan hasilnya. 1. Metal Braces Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan oleh pelanggan di Klinik Pergigian Syarifah. Kami menggunakan bracket braces dari jenis lotus atau 3M yang menjamin keselesaan anda dan paling penting menjamin keberkesanan rawatan agar gigi dapat diatur dengan lebih cantik.   Jenis braces ini adalah amat paling selesa , cekap , dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan  elastics berwarna ( gelang getah ) yang diletakkan atas pendakap mereka. Ia seterusnya dapat mengekspresikan...