Jenis -Jenis Retainer
Ia amat mengujakan apabila anda dapat menanggalkan braces anda dan beralih ke peringkat retainer. Oleh demikian berikut merupakan jenis-jenis retainer yang perlu anda tahu . Retainer berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah dibaiki oleh braces.Ia mengambil masa hampir setahun bagi ligamen periodontal memejal ke posisi baru mereka setelah braces ditanggalkan. Oleh itu, amatlah disarankan memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces seperti yang disarankan pakar orthodontik anda. Jika anda meninggalkan atau berhenti memakai retainer, gigi anda berkemungkinan untuk kembali kepada posisi asal (sebelum rawatan braces) seperti lebih tidah tersusun dan jurang antara gigi lebih ketara. Kebanyakan orthodontic menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan kemudian hanya pada waktu malam. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengurangkan pemakaian retainer dengan beberapa malam seminggu tetapi anda tidak boleh ...