MASALAH GUSI BERNANAH (BENGKAK GUSI)
Masalah gusi bernanah atau dental abcess kerap berlaku bukan hanya di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak.Kes di atas adalah seorang pesakit di Klinik Pergigian Syarifah cawangan Kuantan yang datang dengan aduan sakit yang amat sangat,berdenyut-denyut dan tidak dapat tidur malam di bahagian depan rahang atas beliau. Apabila pemeriksaan di lakukan didapati gigi hadapannya gigi 21 mobile grade2 dan tiada lubang atau carious gigi didapati pada gigi beliau.Apabila di soal selidik,didapati pesakit pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang pernah mengakibatkan "Dental Trauma" pada gigi depan beliau yang mengakibtkan gigi beliau mati. Oleh kerana beliau tidak dapat tidur malam hampir 3 hari meskipun telah mengambil antibiotik dan ubat tahan sakit kami telah mengeluarkan nanah bagi meredakan kesakitan dan membuat rawatan akar (root canal treatment ) RCT bagi gigi yang terlibat bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang kembali.Jangan go...