Posts

Showing posts from 2015

Kepentingan rekod ortodontik untuk rawatan Braces

Image
Rekod Ortodontik ialah rekod pergigian pesakit yang diambil sebelum memulakan rawatan Braces. Ini adalah SANGAT PENTING kerana rekod ini akan digunakan untuk menentukan rancangan rawatan Rekod ortodontik yang biasanya diambil ialah: a) Model gigi - Model gigi digunakan untuk menentukan kedudukan gigi asal pesakit sebelum rawatan dan untuk menentukan kedudukan akan datang selepas rawatan. b) OPG xray - Xray 2 dimensi yang menunjukkan keadaan gigi pada rahang atas dan bawah. Ia juga boleh menunjukkan: -gigi geraham bongsu -gigi yang belum tumbuh -gigi berlubang dan keadaan akar gigi -paras tulang pada rahang serta masalah gusi c) Lateral Cephalometry -- Xray bahagian tepi muka bermula dari bahagian kepala ke bahagian dagu. Ia juga menunjukkan tisu lembut pada muka yang boleh digunakan untuk meramal kedudukan selepas rawatan ortodontik d) Gambar gigi dan muka Ianya digunakan untuk klasifikasi maloklusi pesakit dan rekod rawatan. .   ...

Atasi fobia rawatan pergigian melalui Gas Ketawa

Image
Terdapat sebahagian pesakit terutama kanak-kanak berasa gugup, takut atau fobia daripada menerima rawatan pergigian. Namun, jangan bimbang ketakutan ini dapat diatasi melalui gas nitrous oxide. Nitrous Oxide merupakan gas sedatif yang selamat dan berkesan digabungkan dengan oxygen disedut melalui topeng kecil memuatkan hidung yang membantu anda (terutamakanak-kanak) untuk lebih tenang apabila menerima rawatan pergigian. Nitrous Oxide yang juga dikenali gas ketawa merupakan alat yang membantu anda untuk lebih selesa apabila berhadapan dengan prosedur pergigian. Ia tidak akan menyebabkan anda tidur. Anda dapat mendengar dan memberi respon terhadap doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan arahan untuk anda bernafas secara normal dan hanya beberapa minit anda dapat merasai kesan gas nitrous oxide. Ini akan menyebabkan anda merasa lebih tenang dan selesa. Kesannya akan hilang sebaik sahaja gas tersebut dialihkan. Gas ini merupakan sedatif paling selamt digunakan. Ianya sangat ber...

TIPS HILANGKAN NAFAS BERBAU

Image
Nafas berbau biasanya disebabkan mendapan bakteria yag terperangkap di dalam mulut. ini menyebabkan inflamasi seterusnya membebaskan bau atau gas yang kurang senang Tidak pasti bau mulut anda berbau? Cubalah bertanya kepada rakan anda yang paling rapat kerana nafas berbau sukar dikenali oleh diri sendiri. PENYEBAB MULUT BERBAU BUSUK Tidak ada statistik yang jelas tentang peratusan populasi orang yang mempunyai nafas atau mulut berbau, namun kajian menunjukkan 80 peratus nafas berbau adalah dari masalah kesihatan mulut. Contohnya seperti masalah gigi berlubang dan karang gigi, masalah gusi mahupun penjagaan gigi yang kurang bersih. Beberapa penyakit dalaman juga boleh menyebabkan nafas berbau seperti diabetes, penyakit hati, jangkitan kuman di saluran pernafasan dan lain-lain. 5 CARA TERBAIK MELAWAN NAFAS BERBAU 1. Berus gigi dua kali sehari Beruslah gigi anda dengan cara yang betul sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membuang sisa-sisa makanan di dalam mulut and...

Veneer Gigi

Image
 Veneers gigi merupakan lapisan tipis yang ditempah khas untuk meliputi permukaan hadapan gigi untuk meningkatkan penampilan anda. Ia digunakan pada hadapan gigi yang telah berubah warna, bentuk, saiz, atau panjang. Veneers gigi boleh dibuat dari porselin atau bahan komposit. Veneers porselin memberi kesan yang lebih baik daripada veneers komposit kerana lebih menyerupai gigi yang asli. Anda boleh membincangkan pilihan terbaik bahan veneer untuk anda dengan doktor gigi anda. Ciri-ciri gigi yang memerlukan veneer ; -Gigi yang kekuningan/kehitaman yang mungkin disebabkan rawatan akar, kesan sampingan penggunaan ubat dan lain-lain. -Gigi patah atau terserpih -Gigi hadapan yang jarang -Gigi tidak tersusun sumber : porcelainveneers sumber : doctortav Harus diketahui veneer gigi bukan sahaja dapat melindungi permukaan gigi hadapan anda daripada terus rosak, malah dapat mengembalikan kecantikan dan keyakinan senyuman anda. Untuk makluman lanjut berhubung rawatan ...

2015 MERDEKA PROMOTION!

Image

RAWATAN PEMUTIHAN GIGI

Image
Ini adalah pesakit kami yang telah mendapatkan rawatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Syarifah Kemaman dengan menggunakan cahaya laser... Ramai yang bertanya keberkesanan rawatan pemutihan ini... Sebenarnya pemutihan gigi ini kesannya tidak sama bagi setiap individu...bergantung kepada jenis gigi dan genetic juga.. Memang ramai yang mendapatkan khidmat pemutihan gigi di klinik kami sama ada pemutihan yang dibuat dirumah atau di klinik...ada yang memdapat perubahan yang sangat ketara putih ada yang hanya berubah hanya sedikit...jika ini berlaku kami sarankan pesakit untuk meneruskan melakukan pemutihan gigi di rumah pula sampai mendapat warna yang dihajati... Macam pemutihan muka jugalahankan.. .bukan hanya buat facial atau inject vitamin c satu kali dah boleh dapat kesan ...tetapi ada juga sesetengah kes memang terus nampak kesan...bergantung banyak faktor... so kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bukan hanya muka yang putih... :) hehehe tetapi GIGI pun perlu putih...

RAWATAN BAGI MIDLINE DIASTEMA (COSMETIC DENTAL TREATMENT)

Image
  SAYA SERING MENERIMA EMAIL BERTANYA TENTANG PILIHAN RAWATAN BAGI MASALAH GIGI RENGGGANG DIHADAPAN INI.OLEH ITU SAYA TERANGKAN SERBA SEDIKIT RAWATAN YANG ADA ANTARANYA: Di Klinik pergigian Syarifah kami akan mencadangkan beberapa cara rawatan seperti dibawah dan pilihan rawatan bergantung banyak faktor.Oleh sebab itu biasanya kami perlu melihat dan memeriksa kedalam mulut pesakit terlebih dahulu sebelum dapat mencadangkan rawatan yang terbaik untuk anda. 1) ORTHODONTIC TREATMENT (braces) Rawatan ini biasanya memakan masa paling lama dan memakan belanja paling mahal.Ini kerana pesakit biasanya memerluka 6 ke setahun lebih masa unntuk mendapat result yang diigini.Gigi tepi akan digerakkan menutupi ruang yang ada.Setelah selesai rawatan bisanya pesakit perlu memakai retainer sepanjang hayat bagi mengekalkan keputusan yang telah dicapai.Retainer pakaibuang atau tetap boleh dipilih untuk mengelak daripada ruang tersebut terbuka kembali. Kelebihan ini adalah gigi ti...

LOKASI KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH DI KUANTAN- INDERA MAHKOTA 8

Image
Ramai yang bertanya dan Pm kami di Fb Klinik Pergigian Syarifah Kemaman & Kuantan  https://www.facebook.com/drsyadrgigi  berkaitan di mana ya lokasi Klinik Pergigian Syarifah yang baru. Okey klinik ni dah tak baru dah,sebenarnya dah lama beroperasi tapi baru sempat buat posting berkaitan klinik Pergigian Syarifah yang terletak di Indera Mahkota8 ini.  Klinik ini sudah beroperasi pada akhir bulan tahun 2014 lagi.    Klinik Pergigian Syarifah jika di Kuantan ada 2 ;  - di Jalan Teluk Sisik, berhampiran dengan hotel vistana dan Hotel Sri Malaysia dan satu lagi - di  Jalan Indera Mahkota 8 .Nampak je signbord hijau putih ni,betullah ni klinik kami.  Antara kedai yang berada berhampiran dengan kami Klinik Pergigian Syarifah Indera Mahkota8 adalah: -di tepi kami adalah Butik Litte Ninos -Super Kitchen -Try My Gym -KMC -Kuantan Medical Central yang baru -UIA cawangan Kuantan. ( ya, universiti Islam Antarabangsa) - ...

BAGAIMANA CARA PENGGANTIAN GIGI YANG LEBIH SELESA DAN CANTIK ???

Image
Ya ramai yang bertanya kepada kami di team KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH KEMAMAN ,KUANTAN & DUNGUN bagaimana cara penggantian gigi yang hilang yang lebih selesa.Kebanyakkan mereka ini pernah memakai gigi palsu tetapi lama kelamaan gigi palsu mereka menjadi longgar.Malahan ada juga kes pakai gigi palsu tapi tak pandai jaga, boleh menyebabkan gigi jadi bertukar warna dan  berlubang. Ada juga kes yang kehilangan gigi di sebabkan kemalangan jalan raya...dan juga masalah gigi yang berlubang teruk. Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini. Ya antara cara penggantian gigi yang hilang dengan cara yang lebih selesa dan cantik di klinik pergigian syarifah kemaman dan kuantan  adalah de...

RAWATAN BRACES TERKINI di Klinik Pergigian Syarifah Kemaman dan Kuantan.

Image
Jika di sebut berkitan Rawatan Braces atau Orthodontik pastinya anda akan terbayangkan besi dan wayer bukan??,Kini tidak lagi. Kini tidak lagi..rawatan pembetulan susunan gigi kini lebih mudah serta tanpa memerlukan besi serta wayer lagi yang menakutkan anda..cuma pakai  ini sahaja.Mudah bukan?? Ketiga-tiga klinik kami Klinik pergigian syarifah Di Kemaman dan Kuantan kini ingin memperkenalkan rawatan yang berteknologi tinggi yang pertama di Pantai Timur kami menawarkan rawatan yang mudah dan selesa ini.  Kini anda mempunyai pilihan untuk membaiki gigi anda sama ada dengan cara convensional = cara biasa=dengan memakai braces yang mempunyai wayer serta besi                                                   ...