Atasi fobia rawatan pergigian melalui Gas Ketawa
Terdapat sebahagian pesakit terutama kanak-kanak berasa gugup, takut atau fobia daripada menerima rawatan pergigian. Namun, jangan bimbang ketakutan ini dapat diatasi melalui gas nitrous oxide. Nitrous Oxide merupakan gas sedatif yang selamat dan berkesan digabungkan dengan oxygen disedut melalui topeng kecil memuatkan hidung yang membantu anda (terutamakanak-kanak) untuk lebih tenang apabila menerima rawatan pergigian. Nitrous Oxide yang juga dikenali gas ketawa merupakan alat yang membantu anda untuk lebih selesa apabila berhadapan dengan prosedur pergigian. Ia tidak akan menyebabkan anda tidur. Anda dapat mendengar dan memberi respon terhadap doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan arahan untuk anda bernafas secara normal dan hanya beberapa minit anda dapat merasai kesan gas nitrous oxide. Ini akan menyebabkan anda merasa lebih tenang dan selesa. Kesannya akan hilang sebaik sahaja gas tersebut dialihkan. Gas ini merupakan sedatif paling selamt digunakan. Ianya sangat ber...