Posts

Showing posts from June, 2022

Career Talk - Pusat Asasi UIA Gambang, Kuantan, Pahang

Image
Alhamdulillah, KPS Dentalcare Team telah mendapat jemputan  dari UIA Gambang untuk memberikan Forum Ceramah Kerjaya dalam bidang Pergigian kepada pelajar Matrikulasi UIA bakal-bakal pelajar Fakulti Pergigian pada 21 June 2022, Selasa. Dengan peluang ini dapat bertemu lebih dekat dengan pelajar untuk berkongsi nasihat dan pengalaman sebagai doktor gigi selama 17 tahun ini. Turut terlibat beberapa panel dari KKM dan MiNDEF yang juga berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada pelajar Matrikulasi UIA. Tahniah kepada semua dan semoga berjaya!! Semoga forum seperti ini lebih banyak lagi dianjurkan supaya pelajar mendapat pendedahan awal dan juga motivasi untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kami di KPS Dentalcare Team juga sudi untuk meluangkan masa bagi mana-mana pihak ingin menjemput kami untuk memberikan ceramah untuk pelajar sekolah ataupun universiti. Sebarang pertanyaan atau jemputan boleh terus hubungi kami di www.wasap.my/60198834161 #klinikpergigiansyarifah #

RESEARCH COLLABORATION MOU with USM ❤️ KPS Dentalcare team

Image
Alhamdulillah beberapa minggu lepas, KPS Dentalcare team telah berpeluang mendapat jemputan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) - Kampus Pusat Pengajian Sains Pergigian di Kubang Kerian Kelantan untuk bekerjasama dalam Projek Penyelidikan kajian Orthodontik yang bertajuk : “ Evaluation of Maxillary Skeletal expension in Young Adult “ Semasa perjumpaan tersebut telah berlaku Majlis Penyerahan Cek German Luar Industri yang berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Cek German Luar Industri kerjasama projek antara Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSP) Kampus Kesihatan USM bersama KPS DentalCare team. Selepas Majlis Penyerahan Cek German Luar Industri , kami bersama pihak USM telah membuat pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan dan tanda kenang-kenanganπŸ’• Alhamdulillah terima kasih. KPS Dentalcare team amat berbesar hati kepada mana-mana agensi swasta mahupun kerajaan yang ingin berkolaborasi bersama-sama kami dalam sektor pergigian. #Usm #pusatpengaj