Penjagaan braces amat penting bagi memastikan kesihatan dan kekemasan gigi berterusan terutama selepas tamat tempoh rawatan. Berikut ialah 5 langkah mudah dalam menjaga gigi anda apabila memakai braces.
1. Menjaga Kebersihan Gigi dan Gusi

Pesakit haruslah menjaga kebersihan gigi dengan memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. Kemudian gunakan berus berbulu untuk membersihkan makanan yang terperangkap antara besi dan kurungan pendakap gigi.
2. Penggunaan Floss
Pesakit harus meletakkan di floss di bawah wayar dan tarik flos melalui dengan tangan yang lain dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan apa-apa
makanan yang mungkin terperangkap di antara gigi dan gusi . Ulang proses berikut dengan
perlahan-lahan.
3. Urutan Gusi
Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan baik akan menjadikan gigi bebas-bakteria manakala proses rawatan juga akan berjalan dengan lebih lancar.
4. Penggunaan Lilin

Gunakan lilin (yang disediakan pihak pergigian) untuk mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi. Gunakan sedikit lilin dan tutup pada bahagian braket yang menyebabkan kesakitan.
5. Sentiasa Memeriksa Tahap Kebersihan Gigi

Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan gigi dan gusi mereka adalah memuaskan.
Amalkan penjagaan gigi dan gusi secara berterusan untuk kesihatan anda, dan paling penting senyuman yang menawan.
entri asal : fastbraces
Comments
kalau gigi yang lebih kurang complex, harga lbh murah...
sila ke klinik dahulu untuk membuat pemeriksaan dan doc akan mencadangkan jenis braces yang sesuai & harga...