Sakit Gigi

Resource : shapirosmiles.com


Sakit Gigi.

Jika anda pernah mengalami sakit gigi, anda tahu sakit gigi adalah sakit yang benar utama. Anda harus memahami asas-asas sakit gigi supaya ianya dapat membantu anda mengatasi ketidakselesaaan akibat sakit gigi yang berterusan.

Gentian saraf yang disambungkan kepada gigi anda adalah berbeza daripada yang lain di seluruh badan anda. Walaupun mereka menghantar isyarat sakit kepada otak, mereka tidak memberitahu lokasi spesifik kawasan yang sakit. Contohnya, jika kerosakan wujud dalam molar kiri, otak anda memberitahu bahawa keseluruhan rahang anda sakit.

Disebabkan kewujudan gentian saraf (nerve fibre) yang banyak, ianya menghasilkan tahap kesakitan berbeza. Ini menjadikan ia sukar dan mengelirukan bagi menentukan punca sakit gigi. Apabila ia bermula, sakit mulut boleh menjejaskan gigi tunggal atau keseluruhan tulang rahang, otot, sendi rahang, muka, kepala dan leher.

Professional Pain Killers

Mengenalpasti dan mendiognasis kesakitan yang kompleks ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Seorang doktor gigi yang profesional dengan asas pengetahuan yang menyeluruh, mempunyai kemahiran diognastik yang tinggi, dan pengalaman yang mendalam boeh membantu. Tiada siapa mahu berada dalam kesakitan dan  tiada doktor mahukan pesakit mereka dalam kesakitan.

Tetapi yang lebih penting sakit itu boleh menjadi tanda tentang keadaan yang lebih serius dan boleh merebak dengan cepat ke kawasan-kawasan tertentu. Itulah sebabnya kami menggalakkan pesakit supaya melakukan pemeriksaan pergigian dan mulut jika anda mempunyai masalah berkaitan ketidakselesaan, sensitiviti gigi, sakit rahang atau otot muka, atau sakit kepala atau juga apa-apa yang berkaitan sakit gigi dan mulut.

Lebih cepat doktor memeriksa anda, lebih mudah doktor dapat mengenal pasti dan menyelesaikan punca masalah anda seterusnya dapat menghilangkan kesakitan anda.

" Eperience whole-mouth health and a lifetime beautiful smiles"

Comments

misseiyQha said…
salam dr.syarifah..gigi depan sya tlah pecah & sya suda m`buat tampalan baru..tampalan tu sudah sebulan tapii skrg ni ggi tu sakit pulak..apa sbbnya tu ?? dan kalo sya pegi klinik gigi adaka ggi tu akan d cbut ??
Saya ok said…
It mksudny gigi tu sudah reput hingga akar..adalah terbaik perlu buat rawatan akar kemudian baru tmpL baru..jika xboleh boleh buat crowing

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB