Posts

Showing posts from 2013

KEMPEN - PEMERIKSAAN KANSER MULUT (oral cancer screening for oral cancer awareness)

Image
 CARIF Demi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kanser mulut, kami mengadakan oral cancer screening terutamanya kepada mereka yang berisiko serta mempunyai tanda-tanda berikut:   Risiko tinggi untuk kanser mulut: 1. Perokok 2. Keturunan keluarga mempunyai kanser 3. Mempunyai tabiat mengunyah sirih/pinang/tembakau 5. Minum alkohol (arak) Tanda-tanda awal yang dapat dikesan: 1. Ulser yang tidak sembuh dalam masa 2 minggu 2. Bengkak dalam mulut/muka/leher 3. Masalah semasa menelan 4. Kesukaran untuk mengunyah atau menggerakkan rahang dan lidah 5. Sakit telinga yang tidak diketahui punca 6. Gigi yang tiba-tiba longgar tanpa diketahui punc 7. Lidah menjadi kebas 8. White/Red patches di dalam mulut Harga biasa untuk pemeriksaan mulut: RM 80 (pemeriksaan mulut + xray) Harga sempena kempen oral cancer awareness: RM 50 SAHAJA (pemeriksaan mulut + xray) Maklumat kanser mulut boleh diperolehi di :  http://www.carif....

HARGA RAWATAN BRACES/ORTHODONTIK

Image
. Oleh kerana kami menerima banyak email dan PM  berkaitan harga braces dan pertanyaan berkaitan rawatan gigi,disini kami mengambil peluang untuk bercerita sedikit berkitan harga braces di klinik pergigian syarifah. 1.WHAT is braces? Braces are used in orthodontic treatment to straighten the teeth that are displaced or misaligned. 2.How much it cost? This is what u need before start the treatment.It also depends on what kind of braces u want to wear eg;metal braces,self ligating braces,clear braces,lingual braces  dll   Jika ada kemuskilan sila email kepada kami di drsya_fazlina@yahoo.com atau call klinik kami bagi tindakan  yang lebih pantas di klinik pergigian syarifah  kemaman:0199554161 klinik pergigian syarifah Kuantan:0199814913

PROMOSI PEMUTIHAN GIGI 2013

Image
We regularly run special promotion on tooth whitening.Please contact us if u are interested.    Pakej pemutihan ini adalah kombinasi rawatan pemutihan gigi Whitening booster laser di Klinik Pergigian Syarifah selama 45 minit( Chair Side) serta di ikuti  oleh 2 minggu pemutihan gigi di rumah yang dilakukan sendiri oleh pesakit jika inginkan warna yang lebih putih atau sebagai maintenance.  Perubahan warna bagi setiap pesakit bergantung kepada jenis gigi dan tidak sama bagi setiap individu.  Sesetengah pesakit mungkin mengalami rasa sensitif semasa proses pemutihan gigi dan biasanya akan hilang beberapa jam /beberapa hari selepas itu.(Ada juga yang tidak merasai sensitif) Pakej ini tidak termasuk kos rawatan cuci gigi/dental scalling yang mungkin perlu/tidak perlu dilakukan sebelum rawatan pemutihan dilakukan-bergantung kepada karang gigi atau plak gigi pesakit. Pakej ini tidak termasuk Kos rawatan tampalan atau dental abrassion yang mungkin perlu atau...

SENYUMAN ASET TERPENTING UNTUK DIPELIHARA

Image
Senyuman berharga kepada manusia Statistik menunjukkan bahawa kita meletakkan nilai yang tinggi ke atas senyuman kita. Menurut kajian Kosmetik Pergigian: Hampir semua orang dewasa:   - 99.7 %percaya senyuman adalah aset sosial yang penting.  -96 % daripada orang dewasa percaya senyuman yang menarik membuatkan seseorang lebih menarik .-74% daripada orang dewasa berasa senyuman tidak menarik boleh mengurangkan peluang seseorang untuk berjaya dalam kerjayanya . Dan apabila ditanya , APAKAH YANG  BOLEH  MENINGKATKAN    KEYAKINAN DIRI ANDA?   jawapan yang paling biasa adalah :  Gigi yang putih &cerah serta  Gigi yang tersusun rapi  Jika anda tidak berpuas hati dengan senyuman anda , pemutihan gigi mungkin langkah yang terbaik,atau rawatan Orthodontik bagi mendapatkan gigi yang tersusun rapi.

Masalah gigitan terbuka

Image
Gigitan terbuka dapat dikenalpasti apabila anda mengigit dan gigi belakang atas dan bawah bertemu ( occlude ) , tetapi gigi hadapan atas dan bawah berada dalam keadaan terbuka.  Contoh: Ini adalah salah satu masalah susunan gigi (oklusi) yang menyebabkan anda hanya mengunyah dengan gigi belakang. Gigitan terbuka ini biasanya disebabkan oleh: 1.        Tabiat menghisap jari semasa kecil 2. Tongue thrust (susulan dari tabiat menghisap jari) 3. Mouth breathing 4. Saiz lidah yang besar (macroglossia) 5. Skeletal open bite (biasanya keturunan)   Maka jika anda mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan, mengalami masalah pertuturan serta kurang keyakinan diri disebabkan oleh gigitan terbuka, anda boleh mendapatkan rawatan ortodontik (pemakaian braces).  Sebelum dan selepas rawatan:   sumber:  hamilton orthodontics

GIGI DEPAN ROSAK TERUK.

Image
Ini adalah antara pesakit kami yang mengalami masalah gigi depan yang rosak teruk.. sangat mudah jika anda masih sayangkan gigi asli anda ini...anugerah dariNya yang perlu dijaga dan dirawat. RAWATAN YANG DIJALANKAN 1.Rawatan akar RCT 2.Peletakan post utk menguatkan gigi. 3.Crown RAWATAN AKAR GIGI 11 PELETAKAN POST KEDALAM AKAR GIGI GOLD POST TEMPORARY CROWN CROWN SEMENTARA CROWN ADA WING CROWN CROWN SIAP...PASANG CROWN

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB

Image
Berapa lamakah anda perlu memaki retainer setelah memakai braces?Ramai yang bertanyakan soalan ini dan masih kabur sama ada memakai retainer ini amat penting atau sekadar suka-suka.JAwapannya amat mudah.Anda perlu bertanyakan soalan ini pada diri anda. . .ADAKAH ANDA MAHUKAN RESULT INI KEKAL SEPERTI INI?DAn BERAPA LAMA ANDA MAHU IA KEKAL SEPERTI ITU? SELAMA LAMANYA ATAU SATU DUA TAHUN SAHAJA? Retainer ini adalah satu alat yang doktor berikan yang dapat menjamin gigi anda tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi.Ini kerana ia mempunyai acuan gigi dan lekok-lekok mengikut lekuk gigi anda.Bahannya adalah rigid dan keras. YA..JIKA ANDA MAHU GIGI ANDA KEKAL SAMPAI KE TUA SEPERTI INI ANDA WAJIB MEMAKAINYA SAMPAI KE TUA!!! fix retiner Bunyinya macam kejamkan?tetapi itulah hakikatnya.Berapa ramai dentist yang memakai braces 2 ke 3 kali akibat tidak memakai retainer.Mereka juga tidak terkecuali dari memakai retainer jika mahukan result itu kekal.Jika memerlukan pemaka...

PEMUTIHAN GIGI MURAH

Image
Pemutihan Gigi-Bleaching- Bleaching adalah sebuah proses untuk menjadikan warna gigi lebih putih dari pada sebelumnya.Ia mampu membuat seseorang itu tampil lebih yakin pada diri sendiri dengan perubahan ini. Ia adalah amat penting kepada orang yang selalu tampil sebagai public figure atau orang yang duduk di barisan depan contohnya kerani,jurubank,penjual insurance,artist serta banyak lagi.Warna gigi yang putih bersih memberi lebih keyakinan serta membuatkan anda mudah berinteraksi dengan pelanggan anda tanpa perlu risau gigi anda diperhatikan.Perubahan warna gigi yang kuning kepada lebih putih tidak ternilai harganya dengan keyakinan diri yang anda perolehi. Anda bukan sahaja merasa yakin untuk bercakap dan bertemu dengan orang ramai malahan, orang ramai akan melihat anda lebih berketerampilan serta memberi gambaran yang anda seorang yang pembersih serta menjaga keterampilan serta bole dipercayai. Proses pemutihan gigi atau bleaching,adalah proses yang dapat ...

Masalah gigi berlapis

Masalah gigi berlapis Gigi berlapis merupakan susunan gigi yang tidak sekata, tumbuh tidak mengikut kedudukan yang sepatutnya. Adalah menjadi suatu masalah jika gigi berlapis tidak di jaga dengan bersih. Antara masalah yang boleh berlaku ialah: 1.        Kesukaran untuk membersihkan gigi dan boleh menyebabkan gigi menjadi cepat rosak 2.        Masalah dalam pertuturan, dan sebutan tidak betul 3.        Kurang keyakinan diri 4.        Masalah semasa makan, terutamanya jika gigitan terbuka, makanan tidak dapat dikunyah dengan betul dan mengakibatkan masalah penghadaman. 5.        Mudah terjadinya masalah gusi dan karang gigi akibat sukar membersihkan celah-celah gigi Antara cara penjagaan yang boleh dilakukan untuk masalah gigi berlapis ialah: 1.        Menggunakan floss untuk me...

Kenapa perlu ganti gigi yang hilang?

Image
Kenapa perlu ganti gigi yang hilang? 1.        Jika gigi bawah yang hilang, gigi atas yang berlawanan akan jatuh ke bawah, dan jika terlalu lama boleh menyentuh gusi bawah.   Masalah ini boleh menyebabkan: -gigi atas berasa ngilu disebabkan akar terdedah -gigitan semakin tak selesa  Dan akhirnya gigi tersebut terpaksa dicabut. 2.        Jika gigi bersebelahan yang hilang, gigi tersebut akan bergerak ke ruang gigi yang hilang dan menyebabkan: -         -  Terdapat ruang antara gigi -         -  Makanan mudah terlekat di celah-celah gigi -        -   Gigitan semakin tak selesa -        -   Ggi bersebelahan mudah goyang -        -  Gigi akan menjadi senget dan tumbang -    - D...