Masalah gigi berlapis



Masalah gigi berlapis

Gigi berlapis merupakan susunan gigi yang tidak sekata, tumbuh tidak mengikut kedudukan yang sepatutnya. Adalah menjadi suatu masalah jika gigi berlapis tidak di jaga dengan bersih.
Antara masalah yang boleh berlaku ialah:

1.       Kesukaran untuk membersihkan gigi dan boleh menyebabkan gigi menjadi cepat rosak
2.       Masalah dalam pertuturan, dan sebutan tidak betul
3.       Kurang keyakinan diri
4.       Masalah semasa makan, terutamanya jika gigitan terbuka, makanan tidak dapat dikunyah dengan betul dan mengakibatkan masalah penghadaman.
5.       Mudah terjadinya masalah gusi dan karang gigi akibat sukar membersihkan celah-celah gigi

Antara cara penjagaan yang boleh dilakukan untuk masalah gigi berlapis ialah:

1.       Menggunakan floss untuk membersihkan celah-celah gigi
2.       Membuat scaling 3 bulan sekali serta pemeriksaan rutin bagi mengesan kerosakan gigi awal

Rawatan yang diperlukan (bergantung kepada keadaan gigi pesakit dan kesesuaian) :

1.       Rawatan pemakaian braces/pendakap gigi
2.       Crown atau bridge bagi masalah minor (1-4) batang gigi yang berlapis di hadapan

Namun pesakit harus faham bahawa rawatan tersebut tidak semuanya dapat membetulkan gigi mengikut kemahuan individu kerana bergantung kepada paras tulang, kedudukan rahang dan gigi.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB