MULUT ANDA ADALAH SEPERTI SEBUAH KERETA
Tahukah anda, mulut anda boleh di umpamakan seperti sebuah kereta? KEnapa ye doktor mengumpamakan sedemikian? Ini adalah kerana gigi memerlukan pemeriksaan yang berkala seperti juga kereta. Jika kita lihat kereta kita perlu menukar minyak hitam jika kita telah melakukan perjalanan untuk satu tempoh tertentu.Jika kita tidak melakukan sebarang servis untuk 'Maintain"kecekapan kereta kita lama kelamaan kereta kita akan mengalami banyak masalah dan penurunan kecekapan dan berisiko untuk rosak.Harga bagi untuk membaiki kereta yang rosak jauh lebih mahal dari servis untuk maintenance!! Bagi gigi pula,tanda aras 6 bulan sekali atau setahun sekali sudah cukup mudah untuk kita ingat bagi melakukan pemeriksaan gigi.Ini adalah kerana masalah gusi dan gigi berlubang tidak dapat di kesan pada permulaan.Hanya dengan pemeriksaan gigi berkala sahaja doktor gigi dapat mengenalpasti gigi yang berlubang yang berada pada peringkat awal.Jika ia telah terlambat anda akan mungkin meng...