PENGGANTIAN GIGI YANG HILANG SECARA JAMBATAN (DEntal bridge)
Adik Hassan berumur 15 tahun dan masih bersekolah.Tetapi dia mempunyai masalah keyakinan diri kerana gigi depannya yang hilang beberapa tahun lepas akibat gigi rosak teruk dan terpaksa dicabut.Pada pemeriksaan pertama dengan saya adik hassan tidak mahu bercakap banyak..bila saya melakukan pemeriksaan didapati adik Hassan memerlukan beberapa rawatan sebelum penggantian gigi dapat dilakukan.Antaranya adalah gigi hadapan di kiri dan kanannya juga mempunyai lubang yang dalam dan memerlukan rawatan akar di lakukan(RCT),disamping memerlukan rawatan cuci gigi (dental scalling).
Dental scalling ini perlu dilakukan kerana ,adik Hassan mempunyai karang gigi yang menyebabkan gusi berdarah serta mulut berbau.Setelah itu RCT dilakukan pada gigi yang mempunyai lubang yang dalam dan mempunyai sejarah gusi bengkak.Selesai rawatan gigi tersebut ditampal.
.
Ini adalah gambar setelah cuci gigi di lakukan serta RCT di lakukan kepada gigi hadapan gigi 11 ditepi gigi yang hilang dan tampalan putih dibuat bagi menghilangkan kesan gigi yang berlubang sebelum ini.
Bagi mengelokkan lagi dan menambah keyakinan,penggantian gigi yang hilang secara tetap telah di pilih.Iaitu adik Hassan telah membuat 3 unit bridge di gigi hadapan atasnya.Dr Ain hanya memerlukan 2 kali temujanji untuk menyiapkan dental bridge ini.Rawatan pertama adalah untuk membuat bentuk dan mengambil acuan saiz gigi tersebut dan lawatan ke dua adalah untuk memesang dental bridge ini.Hanya lebih kurang 2 minggu ,penampilan adik Hassan telah berubah.Kini adik Hassan tidak gusar lagi untuk melemparkan senyuman.
Comments
Saya mengalami masalah yg sama iaitu kehilangan gigi disebabkan terjatuh.. Jadi saya telah membuat rawatan bridge ni.. Masalahnya, selepas membuat rawatan bridge, gigi depan seperti jongang sedikit.. Boleh kah saya memakai braces?
Saya hendak tanya, sekiranya pesakit memasang korona atau jambatan ini bgi mengantikan gigi yg telah hilang akibat kemalangan atau tercabut, masihkan pesakit boleh memakai pendakap gigi bagi mencantikkan gigi nya di bahagian yg tidak terlibat pemasangan korona dan jambatan ini.
Dan berapakah kos pemasangan jambatan gigi bagi dua batang gigi.
Saya mengalami masalah underbite dua2 gigi depan.. Boleh x kalau saya cabut kdua2 gigi depan dan digantikan dengan bridge?