Posts

Showing posts from November, 2013

Masalah gigitan terbuka

Image
Gigitan terbuka dapat dikenalpasti apabila anda mengigit dan gigi belakang atas dan bawah bertemu ( occlude ) , tetapi gigi hadapan atas dan bawah berada dalam keadaan terbuka.  Contoh: Ini adalah salah satu masalah susunan gigi (oklusi) yang menyebabkan anda hanya mengunyah dengan gigi belakang. Gigitan terbuka ini biasanya disebabkan oleh: 1.        Tabiat menghisap jari semasa kecil 2. Tongue thrust (susulan dari tabiat menghisap jari) 3. Mouth breathing 4. Saiz lidah yang besar (macroglossia) 5. Skeletal open bite (biasanya keturunan)   Maka jika anda mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan, mengalami masalah pertuturan serta kurang keyakinan diri disebabkan oleh gigitan terbuka, anda boleh mendapatkan rawatan ortodontik (pemakaian braces).  Sebelum dan selepas rawatan:   sumber:  hamilton orthodontics

GIGI DEPAN ROSAK TERUK.

Image
Ini adalah antara pesakit kami yang mengalami masalah gigi depan yang rosak teruk.. sangat mudah jika anda masih sayangkan gigi asli anda ini...anugerah dariNya yang perlu dijaga dan dirawat. RAWATAN YANG DIJALANKAN 1.Rawatan akar RCT 2.Peletakan post utk menguatkan gigi. 3.Crown RAWATAN AKAR GIGI 11 PELETAKAN POST KEDALAM AKAR GIGI GOLD POST TEMPORARY CROWN CROWN SEMENTARA CROWN ADA WING CROWN CROWN SIAP...PASANG CROWN

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB

Image
Berapa lamakah anda perlu memaki retainer setelah memakai braces?Ramai yang bertanyakan soalan ini dan masih kabur sama ada memakai retainer ini amat penting atau sekadar suka-suka.JAwapannya amat mudah.Anda perlu bertanyakan soalan ini pada diri anda. . .ADAKAH ANDA MAHUKAN RESULT INI KEKAL SEPERTI INI?DAn BERAPA LAMA ANDA MAHU IA KEKAL SEPERTI ITU? SELAMA LAMANYA ATAU SATU DUA TAHUN SAHAJA? Retainer ini adalah satu alat yang doktor berikan yang dapat menjamin gigi anda tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi.Ini kerana ia mempunyai acuan gigi dan lekok-lekok mengikut lekuk gigi anda.Bahannya adalah rigid dan keras. YA..JIKA ANDA MAHU GIGI ANDA KEKAL SAMPAI KE TUA SEPERTI INI ANDA WAJIB MEMAKAINYA SAMPAI KE TUA!!! fix retiner Bunyinya macam kejamkan?tetapi itulah hakikatnya.Berapa ramai dentist yang memakai braces 2 ke 3 kali akibat tidak memakai retainer.Mereka juga tidak terkecuali dari memakai retainer jika mahukan result itu kekal.Jika memerlukan pemaka...

PEMUTIHAN GIGI MURAH

Image
Pemutihan Gigi-Bleaching- Bleaching adalah sebuah proses untuk menjadikan warna gigi lebih putih dari pada sebelumnya.Ia mampu membuat seseorang itu tampil lebih yakin pada diri sendiri dengan perubahan ini. Ia adalah amat penting kepada orang yang selalu tampil sebagai public figure atau orang yang duduk di barisan depan contohnya kerani,jurubank,penjual insurance,artist serta banyak lagi.Warna gigi yang putih bersih memberi lebih keyakinan serta membuatkan anda mudah berinteraksi dengan pelanggan anda tanpa perlu risau gigi anda diperhatikan.Perubahan warna gigi yang kuning kepada lebih putih tidak ternilai harganya dengan keyakinan diri yang anda perolehi. Anda bukan sahaja merasa yakin untuk bercakap dan bertemu dengan orang ramai malahan, orang ramai akan melihat anda lebih berketerampilan serta memberi gambaran yang anda seorang yang pembersih serta menjaga keterampilan serta bole dipercayai. Proses pemutihan gigi atau bleaching,adalah proses yang dapat ...

Masalah gigi berlapis

Masalah gigi berlapis Gigi berlapis merupakan susunan gigi yang tidak sekata, tumbuh tidak mengikut kedudukan yang sepatutnya. Adalah menjadi suatu masalah jika gigi berlapis tidak di jaga dengan bersih. Antara masalah yang boleh berlaku ialah: 1.        Kesukaran untuk membersihkan gigi dan boleh menyebabkan gigi menjadi cepat rosak 2.        Masalah dalam pertuturan, dan sebutan tidak betul 3.        Kurang keyakinan diri 4.        Masalah semasa makan, terutamanya jika gigitan terbuka, makanan tidak dapat dikunyah dengan betul dan mengakibatkan masalah penghadaman. 5.        Mudah terjadinya masalah gusi dan karang gigi akibat sukar membersihkan celah-celah gigi Antara cara penjagaan yang boleh dilakukan untuk masalah gigi berlapis ialah: 1.        Menggunakan floss untuk me...

Kenapa perlu ganti gigi yang hilang?

Image
Kenapa perlu ganti gigi yang hilang? 1.        Jika gigi bawah yang hilang, gigi atas yang berlawanan akan jatuh ke bawah, dan jika terlalu lama boleh menyentuh gusi bawah.   Masalah ini boleh menyebabkan: -gigi atas berasa ngilu disebabkan akar terdedah -gigitan semakin tak selesa  Dan akhirnya gigi tersebut terpaksa dicabut. 2.        Jika gigi bersebelahan yang hilang, gigi tersebut akan bergerak ke ruang gigi yang hilang dan menyebabkan: -         -  Terdapat ruang antara gigi -         -  Makanan mudah terlekat di celah-celah gigi -        -   Gigitan semakin tak selesa -        -   Ggi bersebelahan mudah goyang -        -  Gigi akan menjadi senget dan tumbang -    - D...

CARA UNTUK MENGHALANG GIGI BERLUBANG DAN MULUT BERBAU

Image
                                 FLOSSING (MEM"FLOSS" )      Apakah perasaan anda jika ada makanan yang melekat pada gigi anda?Tentu anda merasakan ia amat menyeksakan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengeluarkan makanan tersebut.Bagaimana pula jika ada makanan yang melekat pada gigi tetapi anda tidak menyedarinya???Adalah satu yang sangat teruk jika membiarkan makanan yang melekat pada gigi pada jangka masa yang lama .Ini adalah kerana makanan yang melekat ini menarik kuman(bakteria),bakteria ini menghasilkan asid.Dan asid ini menyebabkan  masalah kepada gigi dan gusi.             Iaitu gigi berlubang dan gusi berdarah .Dengan memberus gigi sahaja ,tidak dapat menjamin makanan yang melekat diantara gigi boleh keluar.Tetapi...