MASALAH GUSI BERNANAH (BENGKAK GUSI)
Masalah gusi bernanah atau dental abcess kerap berlaku bukan hanya di kalangan orang dewasa malahan kanak-kanak.Kes di atas adalah seorang pesakit di Klinik Pergigian Syarifah cawangan Kuantan yang datang dengan aduan sakit yang amat sangat,berdenyut-denyut dan tidak dapat tidur malam di bahagian depan rahang atas beliau.
Apabila pemeriksaan di lakukan didapati gigi hadapannya gigi 21 mobile grade2 dan tiada lubang atau carious gigi didapati pada gigi beliau.Apabila di soal selidik,didapati pesakit pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang pernah mengakibatkan "Dental Trauma" pada gigi depan beliau yang mengakibtkan gigi beliau mati.
Oleh kerana beliau tidak dapat tidur malam hampir 3 hari meskipun telah mengambil antibiotik dan ubat tahan sakit kami telah mengeluarkan nanah bagi meredakan kesakitan dan membuat rawatan akar (root canal treatment ) RCT bagi gigi yang terlibat bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang kembali.Jangan gopoh untuk mencabut gigi anda kerana gigi kekal yang hilang tiada penggantinya.
Antara rawatan yang boleh dilakukan jika menghadapi masalah gusi bernanah adalah:
1.Dapatkan pemeriksaan doktor gigi yang diiktiraf bagi mendapatkan ubat yang betul-betul spesific bagi
masalah yang dihadapi.
2.Masalah gusi bernanah boleh berpunca dari dua sebab yang berbeza sama ada dari masalah gigi yang mati atau masalah gusi yang tidak bersih.
3.Masalah ini boleh dirawat sama ada dengan cara RCT,dental scalling atau cabutan.
4.Masalah bengkak gusi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak boleh dirawat dengan cara membuat rawatan akar separa 'palpotomy'-meletak ubat didalam salur akar bagi mengelakkan kehilangan gigi yang terlampau awal.
5.Gigi yang tengah sakit dan bengkak tidak boleh dicabut terus pada hari yang sama,pesakit dinasihatkan perlu menghabiskan ubat antibiotik terlebih dahulu baru boleh membuat cabutan.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAILKAN KEPADA SAYA
drsya_fazlina@yahoo.com
Comments
Doc,ada kesan buruk tak sekiranya akar gigi bongsu patah dan tertinggal didalam gusi? Sudah 4 tahun berlalu dan saya tak berasa sakit pun. Walaubagaimana pun saya ada terbaca akar gigi bongsu perlu dikeluarkan sekiranya patah dimana minor surgery perlu dibuat.
Disini saya ingin bertanya berkenaan dgn anak saya yg berumur 5 tahun. baru2 nie dia sakit gigi geraham dan gusinya telah bengkak kemudian saya bawa dia ke dentis. Doc memaklumkan kepada saya bahawa gg anak saya rosak dan bengkak disebabkan telah kena saraf. Kemudian doc beri ubat tahan sakit serta antibiotik.Doc telah mengesyorkan supaya rawatan akar. Disini saya ingin tahu adakah rawatan akar elok bagi budak seperti anak saya dan kesannya sekiranya gigi kekal tumbuh.
Saya tgh preggy 36weeks n gusi saya tgh bengkak since geraham sy berlubang.doc gigi ada bg pcm 500mg ngan antibiotik 500mg,dah 2hari telan tp takder perubahan.bengkak besar jugak,nampak ckear kat pipi ni.doc bgtau nak cabut once bengkak dah surut tp sblm tu tak boleh ke kalau cucuk sikit kat gusi bengkak tu dgn jarum steril utk keluarkan any cecair dlm tu.berdenyut2,mmg tak selesa sgt ni....due pun dah dekat
i bengkak blh dibuat pembedahan atau tidak?
i bengkak blh dibuat pembedahan atau tidak?