gigi geraham bongsu



Gigi bungsu / wisdom teeth/ geraham ketiga/ impacted teeth sering tumbuh tidak sempurna sehingga perlu dicabut dengan pembedahan untuk mencegah komplikasi yang lebih parah. Sesetengah orang tidak mahu melakukan pembedahan kerana membimbangkan kesan sampingnya.

Gigi geraham ketiga sering disebut juga gigi geraham bongsu dan tumbuh diantara umur 17-21 tahun. Gigi ini sering menimbulkan masalah kerana pertumbuhan rahang kita sudah berhenti sehingga tidak cukup ruangan untuk tumbuh. Dengan demikian gigi ini tumbuh, tidak sempurna dengan posisi yang tidak tepat .


Seorang ahli bernama Ricketts (1980) menyatakan bahwa evolusi manusia menyebabkan berkurangnya ukuran rahang yang berhubungan diet manusia. Jadi ukuran rahang manusia sekarang semakin kecil sehingga sukar gigi geraham bungsu untuk tumbuh dengan sempurna.

gbungsu2


Gigi geraham bongsu bukan sahaja menimbulkan rasa sakit malah tidak sedar kewujudan gigi  tersebut. Namun setelah timbul gejala-gejala seperti sakit kepala, telinga berdengung, sakit leher , kencing manis, gangguan jantung, gangguan pada kulit, badan cepat lelah dan menjadi punca berlakunya hal demikian, sehingga pesakit pergi ke klinik gigi. Tindakan ini memang tepat mengingat gigi bongsu boleh menimbulkan bermacam-macam masalah

penyelesaian kepada masalah ini ialah melalui pembedahan.

Kunjungi Klinik Pergigian Syarifah Cawangan Kemaman yang berhampiran dengan kawasan pelancongan seperti Pantai Teluk Mok Nik . 
Melalui rawatan x-ray(opg) ,kami dapat mengetahui keadaan gigi anda dan memudahkan kami untuk menyelesaikan masalah gigi bongsu. 
Anda juga boleh mengunjungi Klinik Pergigian Syarifah Cawangan kuantan yang mana  berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti East Coast Mall, Berjaya Mega Mall, Teruntum Complex dan lain.

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB