MASAALAH GIGI SUSU (GIGI KANAK-KANAK)


Apakah itu gigi susu?
Gigi susu adalah gigi yang pertama sekali keluar sebelum ainya di ganti oleh gigi kekal.Carta dibawah adalah masa pertumbuhan gigi susu yang normal.Kebiasannya gigi yang mula-mula sekali tumbuh adalah gigi bawah depan atau dikenali juga sebagai gigi kacip susu.Dua batang di bawah dan diikuti oleh dua batang di atas.Jangka masa pertumbuhan gigi depan ini adalah  semasa baby anda berumur di antara 6 bulan ke setahun.(lihat carta warna merah dan kuning).Sewaktu ini anak anda kelihatan sangat cute. :)
Selepas gigi anak anda tumbuh 4 batang dia depan gigi yang berikutnya akan tumbuh kadang-kkadang tampa anda sedari adalah gigi geraham susu pertama bawah dan diikuti seepas itu gigi geraham pertama susu atas.Kadang-kadang ketika pertumbuhan gigi ini anak anda mungkin mengalami pengeluaran air liur yang banyak atau sedikit meragam.








Pentingnya penjagaan gigi susu awal ini dijaga kerana kehilangan gigi yang awal dari masa yang sepatutnya boleh mengakibatkan  susunan gigi kekal anak anda nanti mempunyai masalah.Bukan itu sahaja kerap kali ramai pesakit kanak-kanak datang ke klinik kami di klinik Pergigian Syarifah Kuantan dan juga klinik Pergigian Syarifah Kemaman mengalami masalah bengkak gusi yang teruk akibat daripada gigi yang belubang walaupun mereka  baru berumur 3 ke 5 tahun!!!


Penjagaan dan rawatan awal amat perlu bagi anak anda. Pastikan anak anda mempunyi hubungan baik dengan klinik gigi yang berhampiran.Jangan hanya datang ke klinik gigi hanya setelah anak anda mempunyai masalah.Dapatkan pemeriksaan yang berkala  sebelum anak anda mempunyai masalah.Pencegahan lebih baik dari mengubati.

Di klinik kami ada beberapa rawatan pencegahan yang biasa di anjurkan kepada pesakit kanak-kanak yang sesuai mengikut kes setelah pemeriksaan dilakukan .Antaranya adalah:  

-Dental check-up and Polishing
-Topical Floride Application 
-Fissure sealent.      

Di klinik kami juga ada menjual Dental Oral Care khas untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah gigi.Sila datang ke Klinik kami yang berhampiran untuk pemeriksaan dan rundingan.Kami team KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KEMAMAN &KUANTAN) sedia membantu anda.    



KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH (KUANTAN)-JALAN TELUK SISIK=                               0199814913


KLINIK PERGIGIAN SYARIFAH ( KEMAMAN)-GELIGA= 
                       0199554161

Ps:Apa beza gigi susu dengan gigi kekal?

Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB