GIGI PALSU DAN TEMPOH PENYESUAIAN
Jika anda pertama kali memakai gigi palsu atau anda memakai gigi palsu bahagian bawah ia amat merungsingkan anda kerana anda mungkin memerlukan masa untuk memastikan ia selesa.Ia dinamakan tempoh penyesuaian. Pada kali pertama atau pemakaian gigi palsu yang baru anda mungkin mengalami masalah berikut: 1.Perubahan pertuturan-biasanya anda akan sukar menyebut huruf R atau sesetengah perkataan dengan tepat 2.Kesukaran untuk mengunyah serta menghancurkan makanan-ini kerana mungkin anda terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan gusi anda sakit 3.Pengeluaran air liur yang bertambah-ini kerana otak kita masih berfikir ada sesuatu di dalam mulut dan megaktifkan kelenjar liur. 4.Kelainan paras rupa-sudah tentu kerana kina anda mempunyai gigi. 5. Gusi terasa sakit dan melecet atau terjadinya ulser Petua untuk anda: · Mulakan makan dengan makanan yang lembut seperti bubur dan roti · ...