GIGI PALSU DAN TEMPOH PENYESUAIAN

Jika anda pertama kali memakai gigi palsu atau anda memakai gigi palsu bahagian bawah ia amat merungsingkan anda kerana anda mungkin memerlukan masa untuk memastikan ia selesa.Ia dinamakan tempoh penyesuaian.

Pada kali pertama atau pemakaian gigi palsu yang baru anda mungkin mengalami masalah berikut:

1.Perubahan pertuturan-biasanya anda akan sukar menyebut huruf R atau sesetengah  perkataan dengan tepat
2.Kesukaran untuk mengunyah serta menghancurkan makanan-ini kerana mungkin anda terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan gusi anda sakit
3.Pengeluaran air liur yang bertambah-ini kerana otak kita masih berfikir ada sesuatu di dalam mulut dan megaktifkan kelenjar liur.
4.Kelainan paras rupa-sudah tentu kerana kina anda mempunyai gigi.
5. Gusi terasa sakit dan melecet atau terjadinya ulser
 
Petua untuk anda:
·         Mulakan makan dengan makanan yang lembut seperti bubur dan roti
·         Makanan dipotong kecil-kecil supaya senang dikunyah
·        'Gam' gigi palsu (Polident) dapat membantu anda dalam tempoh penyesuaian gigi palsu baru
·         Jangan pakai gigi palsu buat sementara waktu jika sakit. Bawa gigi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan


*kunjungi klinik pergigian syarifah(kemaman,kuantan) untuk pemeriksaan lanjut*

Sekiranya anda masih tidak suka memakai gigi palsu tersebut, mungkin anda boleh bertukar kepada gigi palsu flexible yang lebih selesa atau bridge/implant (bergantung pada keadaan gigi & perlu dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu)


Comments

Popular posts from this blog

Sakit lepas cabut gigi?? Cabut gigi tapi tertinggal akar?? Pernah dengar dengar istilah DRY SOCKET

Apa itu tanam gigi dan bezanya dengan dental bridge

PEMAKAIAN RETAINER ADALAH WAJIB